Bab 11

4.6K 99 0
                                    

Kenangan menaiki sampan bersama Putera Danial tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah hampir tiga hari berlalu, terasa macam baru sebentar tadi aku menghabiskan satu petang dengan dia. Niat hendak joging petang Sabtu hari tu terkubur selepas insiden aku melanggar dia.

Akhirnya kami menghabiskan masa di atas sampan dan sempat dia belikan aku belon yang seorang badut jual di tepi tasik sebelum kami balik. Belon yang ada gambar puteri-puteri Disney pula tu. Dia yang pilih sendiri. Tiba-tiba aku rasa macam kanak-kanak riang balik apabila berjalan pulang ke rumah dengan belon di tangan. Itu pun aku naik kereta Putera Danial untuk pulang.

Aku menggelengkan kepala mengenangkan diri sendiri yang hilang fokus di dalam kelas. Mata menjeling ke arah Hairi yang tekun mendengar kuliah. Aku menghela nafas perlahan. Rasa bersalah pula teringatkan tuan putera apabila Hairi ada dekat sebelah. Tapi, bukannya kita orang ada apa-apa pun.

Kelas tamat dua puluh minit kemudiannya. Aku mengajak Hairi untuk makan tengah hari di kafeteria. Dalam perjalanan ke sana, mata aku terpandangkan Putera Danial sedang melayan sekumpulan pelajar perempuan berbual di ruang legar blok C. Kami berjalan melintasi kumpulan putera itu. Aku menjeling ke arah Putera Danial yang sentiasa tersenyum melayan gadis yang ada. Tak sangka jelingan aku berbalas dengan jelingannya. Aku tertunduk. Bibir membentuk senyuman di luar sedar.

"Adele, cuti ni balik kampung, kan?" Hairi menyoal sewaktu kami baru nak menjamah makanan.

"Haah. Kenapa?"

"Tiket dah beli dah?"

"Belum. Beli on the spot ajelah."

"Hrm... Aku tak ada dekat Alamin. Acha sibuk mengajak ke Hong Kong. Plus, Uncle Idho dekat sana. Seminggu juga kami pergi. Kau take care, okey? Aku cuba untuk call at least dua hari sekali," terangnya lalu berjanji.

Aku sekadar tersenyum manis mendengarkan kata-kata Hairi. "Okey. Jangan risau pasal aku. Enjoy your holiday, okey?"

Hairi mengangguk. Kami menikmati makan tengah hari dalam suasana yang paling senyap. Teringatkan beberapa hari lagi untuk cuti tiba, aku menyentuh hujung rambut yang aku warnakan dengan warna perang. Alamak! Mujur teringat!

"Kenapa?" Hairi memandang pelik.

"Aku nak kena pergi salon." Mahu kena bunuh aku dengan Abang Hadi kalau balik dengan keadaan macam ni.

"Hrm... Bila? Nanti aku hantarkan."

"Tak apa. Nantilah senang-senang. Tak jauh pun dari rumah."

Hairi hanya mengangguk. "Kau tak pernah bagi aku hantar kau setiap kali balik kampung, kan?"

Aku memandang Hairi yang meminta jawapan. Aku menghela nafas perlahan. Akhirnya sudu dan garpu aku letakkan di tepi pinggan.

"Aku jarang balik kan kalau cuti? Kan kalau cuti aku selalu kerja part time dekat sini."

Kalau balik pun bukannya buat apa. Rasa macam tak wujud aje dekat rumah tu. Masing-masing dengan urusan sendiri. Ada saja kerja ke sana ke mari. Aku menggigit bibir. Tak suka betul apabila kena ingat kampung. Lainlah kalau kita balik, ada yang menunggu.

"Habis tu, kali ni balik pula?"

"Sebab Abang Hadi telefon suruh balik. Dia kata ada perkara nak diuruskan."

"Perkara apa?"

Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu-menahu urusan apa yang Abang Hadi maksudkan. Aku pun tak berminat nak ambil tahu. Hairi tidak bertanya lanjut. Selepas makan, kami berjalan pula menuju ke Pustaka Ilmu.

Aku melangkah keluar dari salon dengan imej aku yang asal. Rambut aku kembali lurus dan hitam warnanya. Harap-haraplah Abang Hadi tak nampak sangat rambut ni tak senatural seperti selalu. Sebab apabila guna teknik rebonding, rambut lurusnya nampak kejung sikit.

Oh, My Prince!Where stories live. Discover now