Kalau ditanya pada aku
Perihal cinta ketika ini--
Apa yang boleh aku katakan hanyalah,
Kehadiran rasa di dalam hati
Kehadiran rasa yang sering kali mampu membangunkan
Namun bisa juga menjatuhkan.
Kehadiran rasa yang buat kau jiwa kacau
Kemarukkan perhatian dan pandangan
Keinginan yang kadang-kala tak masuk akal
Namun--
Jangan dibuat main perihal cinta ini.
Kerana mungkin kau tak merasai kegilaannya sewaktu kau sewenang-wenang ingin melepaskan
Tapi-
Ada yang merasai kegilaan itu sehingga mengenepikan hal yang lain
Demi memahami apakah kesalahan yang mengakibatkan
Kau berubah hati.
Sehingga kau jauh dari hidupnya
Ini definisi cinta buat aku
Si tinta ungu.
