pengecut_

81 1 0
                                    

Sebab aku tau yang kau
Tak akan baca benda ni
Di sini
Oleh itu, aku berani.

Aku tau aku pengecut
Mencinta dari jauh
Mencinta dalam diam
Kau tak pernah tau
Walau sekali,
Tak pernah kau terdetik.

Banyak. Tak!
Terlalu banyak yang aku pendam
Sampai tak terluah
Sampai tak tertangis
Sampaikan aku bingung
Dengan perasaan aku sendiri.

Pedihnya hati aku
Sedihnya aku
Kecewanya aku
Tanpa air mata, walau setitik
Biar Tuhan saja yang tau.

Sakit yang aku rasa ini
Perlu aku buang
Sejauh-jauhnya.
Kuatkan hati
Kuatkan iman
Kuatkan diri
'Sado'.

Bukan ini pengakhiran yang aku impikan
Selepas ini tiada lagi kita.
Kau akan pergi jauh
Begitu juga aku.
Tapi aku tak mahu begini
Bukan dengan perasaan ini.

Kita berdua telah berjanji
Untuk setia bersama sampai mati
Dalam susah senang.
Tapi, kalau dah begini jadinya
Macam mana?

Mereka suruh aku berhenti
Berhenti menjaga hati orang.
Pentingkan diri sendiri
Sekurang-kurangnya untuk saat ini.
Kerana aku punya impian
Aku punya matlamat.
Berhentilah.

Bantulah aku
Tahan aku daripada terus hanyut
Hanyut dengan perasaan yang bercampur ini
Sayang dalam benci
Rindu dalam kecewa
Tangis dalam diam
Bantulah aku.

PURPLE INK.Where stories live. Discover now