Kau tahu?
Aku benci rasa iniAku benci sebab aku rasa cemburu
Cemburu--
Bila kau selalu bertanyakan hal si dia
Cemburu--
Bila kau hanya lihat dia
Cemburu--
Bila hanya nama dia yang kau sebutkan
Cemburu--
Bila hanya dia di hati kau.Entahlah
Aku pun tak faham diri aku sendiri
Sanggup kehilangan kau dan beralah dengan dia
Sanggup jauhkan diri aku dari kau
Sedangkan sakitnya tak mampu aku tanggung
Sakitnya sehingga aku tutup pintu hati ini daripada menerima yang lainDahsyatkan rasa ini?
Sehingga aku sanggup sakit demi melihat sekuntum kebahagiaan dalam hidup kau
Walaupun--
Bukan bersama aku.Usah kau tanya apa yang aku dapat dengan tindakan ini
Kerana aku pasti kebahagiaan itu turut ditetapkan untuk aku
Meskipun bukan bersama kau.Semoga kita terus berbahagia
Jangan kau risau
Kerana namamu tetap akan ada di dalam doaku.