Di kala ini
Saat sinar kebahagiaan buatku
Hampir memancarkan cahayanya
Aku mulai meraguinya
Bukan kerana seriknya aku
Kerana luka yang lalu
Tetapi kerana aku takut
Hati ini terluka lagi
Aku ingin menggapai bahagia itu
Tapi sepertinya cinta itu
bukan buatku
Kau membuat aku lupa seketika
Saat sakit pahit hidupku yang lalu
Sehingga aku rasakan
Alam di sekeliling sedang mengalun melodi cinta buat kita berdua
Tapi jujur dari hati
Aku risau
Andai hanya aku yang mendengar melodi indah itu
Jika bisa aku pintakan
Untuk mereka mengalunkannya buatmu
Akan aku lakukannya
Kerana jauh di sudut hati ini
Aku percaya kaulah sinar itu.
