Apa yang aku inginkan dari kau bukanlah hati
Kerana hati itu telah menjadi milik si dia
Kerana hati itu pernah melukakan hati ini
Luka--
Yang dalam.Perkenalan kita-
Adalah sebuah memori yang indah buat aku
Sehingga kau ditabalkan sebagai sahabat buat aku
Yang telah kita janjikan adalah kesetiaan untuk kekal bersama
Walaupun sukar dan berliku laluannyaTapi aku sedar
Hati aku mulai berubah
Aku tahu aku silap
Silap--
Kerana berharap sesuatu yang akan menjauhkan kita
Maaf.Sakit hati ini
Dikala aku terpaksa memakai topeng kebahagiaan
Tatkala melihat kemesraan kau dengan si dia
Luluh jiwa ini
Hampir terputus tangkainyaLalu aku menjauhkan diri
Kerana aku sudah tidak sanggup
Menahan sakit
Akibat nanah dari luka yang parahTanpa kita sedari
Bait-bait kata antara kita
Semakin hari
Semakin bisa dihitung dengan jejari
Betapa jauhnya kitaDi saat ini
Kita sudah memungkiri janji kitaTingkahku
Bersama akal yang tidak matang-
Dengan tujuan untuk menyakitimu
Sebagaimana sakitnya aku
Namun--
Akhirnya masih tetap aku yang menambah luka di hati sendiri
Pabila melihat kau sakit dengan tindakankuHati ini
Terlalu sayangkan kau.Mujurlah kini
Tiada lagi pertemuan antara kitaTidaklah aku menambah luka
Kerana aku tahu kau sedang berbahagia.