prolog

9.1K 380 10
                                    

Istana Balqis
Kota Rosmera
Januari 1996

   Dia berdiri megah di singgahsana diraja di balairungseri Istana Balqis. Raja Yaakob Shah menanggalkan mahkota kebesarannya lalu berdiri di samping anakandannya, Raja Muda Isman Shah. Raja Muda Isman Shah beralih ke hadapan ayahandanya lalu melutut dengan satu kaki. Istana Balqis tidak pernah semeriah itu sebelum ini. Kesemua penduduk Kota Rosmera menurut serta dalam acara diraja yang bersejarah itu.

   Raja Yaakob Shah mengeluarkan pedangnya lalu diletakkan di bahu kanan putera mahkotanya sebelum beralih ke bahu sebelah kiri. Kemudian mahkotanya ditempatkan betul-betul di atas kepala Raja Muda Isman Shah sebelum dia bersuara.

   "Bismillah... Bermula pada hari ini, beta tabalkan anakanda beta, Raja Muda Isman Shah bin Raja Yaakob Shah sebagai raja tertinggi, pemerintah agong Kota Rosmera!!" Mahkota disarungkan di kepala anakandanya.

   Raja Isman Shah berdiri megah di hadapan rakyatnya. Satu persatu wajah penduduk Kota Rosmera yang hadir diperhatikannya. Mulai saat itu, dia bakal memegang satu tanggungjawab yang cukup besar. Memerintah sebuah negara yang yang mempunyai beratus-ratus ribu rakyat. Dia sudah bersedia. Menjadi seorang raja kepada negara itu.

   "Daulat tuanku!! Daulat Raja Isman Shah!!" Jerit kesemua rakyat memenuhi seluruh istana. Raja Isman Shah mengambil tempat di singgahsananya, di samping isteri tercinta, Permaisuri Maria Arissa.

   "Datuk bendahara, jalankan kewajipan dengan segera.." Ujar Raja Isman shah.
   "Menjunjung perintah, tuanku." Datuk bendahara, datuk Iskandar berdiri.
   "Nenek Wu, ahli nujum negara dititahkan masuk ke balairungseri.."

   Seorang wanita berumur dalam lingkungan 50-an melangkah perlahan ke tengah-tengah balairungseri Istana Balqis. Dia mengambil tempat di hadapan sang raja menanti arahan untuk menjalankan tugasnya. Walaupun usianya baru mencecah 55 tahun, dia lebih senang digelar sebagai nenek kerana dia sudahpun mempunyai seorang cucu yang merupakan ketua pengawal istana. General Rifqi juga merupakan sahabat baik Raja Isman Shah dan mereka sudah bersahabat sejak kecil lagi.

   "Sila nek.." Ujar Raja Isman Shah. Seorang pengawal istana meletakkan semangkuk air bersih di hadapan Nenek Wu.

   Sudah menjadi satu adat, pada setiap hari pertabalan raja baru, ahli nujum negara dititahkan untuk melihat masa depan negara itu. Semua mata tertumpu pada wanita tua itu.

    Nenek Wu mengangguk sebelum mulutnya terkumat-kumit membacakan sesuatu. Sebiji batu berwarna putih dimasukkan ke dalam mangkuk itu sebelum satu kepulan asap putih keluar membentuk seekor naga. Naga adalah lambang Kota Rosmera. Naga melambangkan kekuasaan dan kemakmuran dan itulah yang mereka inginkan pada Kota Rosmera.

   Setelah naga itu hilang asap putih mula berubah warnanya menjadi hitam. Asap itu mula berubah bentuknya menjadi satu makhluk bertanduk. Nenek Wu tersentak membuatkan Raja Isman mula risau.

   "Kenapa nek? Apa yang nenek nampak?" Soalnya. Nenek Wu memandang Raja Isman dengan pandangan penuh kerisauan.
   "Tuanku, kota Rosmera dalam bahaya...."

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now