17

3.2K 231 0
                                    

    "Oh.. Ini ke sekolah?" Soal Rayyan.

    "Dekat Kota Rosmera tak de sekolah ke?" Soal Arissa. Rayyan menggeleng laju. Terdetik di hati Arissa. Kota itu perlukan perubahan. Ya.. Bila semua ini selesai, dia akan merubah kota itu.

   "Dah jom.. Kita jumpa pengetua dulu.." Rayyan dan Arissa mengangguk setuju dengan kata2 Isman.

…………………………………………

"Baiklah class. Kita ada student baru hari ni.." Semua mata memandang ke arah pelajar lelaki yang berdiri di sebelah En. Halim, guru kelas 4 Maaruf. Pelajar2 perempuan mula berbisik2 sesama sendiri. Iyalah, Rayyan memiliki rupa paras yang sangat tampan. Rambutnya didandan oleh Arissa menepati cita rasa masa kini. Dia kelihatan segak sekali.

   "Sila kenalkan diri kamu.." Rayyan mengangguk.

   "Hmm.. Assalamualaikum.. Nama saya Rayyan Rifqi. Sila beri tunjuk ajar.." Rayyan menunduk 30°. Sungguh kekok sekali rasanya. Tidak pernah dia memperkenalkan dirinya seperti itu.

   "Oklah.. Rayyan duduk tepi Azad.. Tempat tu tak de orang.." Rayyan memandang seorang lelaki yang melambai2 ke arahnya sebelum melangkah ke meja tidak berpenghuni itu.

   "Okey.. Kita ada sorang lagi student.. Tapi bukanlah student baru sangat pun.." Ujar En. halim mencuri tumpuan pelajar2nya. Seorang pelajar perempuan bertoncang satu melangkah masuk ke kelas 4 maaruf membuatkan semua pelajar tercengang. Syima berdiri dari kerusinya. Tanpa menunggu sesaat pun dia berlari memeluk gadis itu. Erat.

    "Rissa!! Rissa! Rissa!!" Ujarnya diselang-selikan esakan tangisan. Azad juga sudah berdiri dari tempatnya membuatkan Rayyan kebingungan. Semua pelajar perempuan lain mula menghampiri Syima dan Arissa. Riuh sekali kelas 4 Maaruf pagi itu sehinggakan En. Halim terpaksa membatalkan kelasnya.

   "Seminggu kau tak de weh.. Kau hilang tanpa khabar berita. Tiba2 kau muncul hari ni. Macam tak de apa2 yang berlaku.." Ujar Syima. Semua pelajar 4 maaruf berkumpul di tempat Syima dan Arissa. Ingin mendengar cerita gadis itu.

   "Apa yang berlaku, Risa? Kau gi mana?" Soal Azad.

   "Aku.. Hmmm." Arissa memandang Rayyan. Lelaki itu hanya tersengih memandangnya. Ceh, tak membantu langsung dia ni.

   "Haa.. Korang dah jumpa Rayyan kan? Ni sepupu aku.." Ujar Arissa.

   "Sepupu?!?!" Kata semua yang berada di situ serentak. Terkejut gamaknya.

   "Aku tak pernah tahu pun kau ada sepupu.." Ujar Syima.

   "Aku pun baru tahu.."

   "Tapi kan.. Hensemla sepupu kau Risa.." Bisik salah seorang rakannya. Yang lain mengiakan.

   "Hmm dah mula dah.. Pantang nampak lelaki hensem sikit kau ni Azza.." Ujar Amri.

   "Eh suka hati akulah.. Kau kenapa.." Mereka pun mula bergaduh. Arissa hanya tergelak. 'Fuh, nasib baik aku sempat tukar topik..'

………………………………………

   Arissa memegang erat kristal biru di lehernya. Bagaimanalah nasib penduduk Kota Rosmera sekarang ini? Sudah 2 hari sejak mereka tinggalkan kota itu dalam keadaan huru hara.

   "Hey.. Awak jangan risau.. Mereka tak apa2.." Rayyan yang sedari tadi memerhatikan Arissa itu bersuara.

   "Mana awak tahu diorang tak apa2?" Tangan kecil Arissa di atas meja itu diraih perlahan.

   "InsyaAllah.. Mereka baik2 saja.." Jujur, hatinya juga gundah memikirkan keadaan di tanah kelahirannya itu. Wajah2 kesayangannya bermain2 di mata. Dia takut jika bila sampai masanya dia pulang ke sana, mereka sudah tiada. Namun, demi Arissa dia perlu lebih kuat. Dia tak mahu Arissa nampaknya bersedih.

    "Okey.. The food is here.." Ujar Syima dan Azad yang kembali ke meja mereka sambil menatang dulang berisi KFC. Cepat2 Arissa menarik tangannya. Kedua2nya terdiam.

   "Yeah! KFC!" Arissa menjerit kecil. Rindu barangkali. Iyalah. Sudah seminggu dia hanya makan roti dan air suam sahaja di Kota Rosmera. Itupun kadang2 dia hanya makan sekali sehari.

   Rayyan masih memandang ayam goreng di dalam pinggan di hadapannya.

   "Weh.. Asal tengok je. Makanlah.. Jangan risau. Aku belanja.." Ujar Azad. Rayyan tersenyum sebelum memasukkan peha ayam goreng itu ke dalam mulutnya. Nikmatnya ya Tuhan. Sudah 13 tahun dia tak makan sedap macam tu.

    "Hei.. Kalau ya pun janganlah gelojoh sangat makan tu.." Ujar Syima. Rayyan sudah tersengih malu. Arissa dan Azad sama2 tergelak.

   "Okey, Risa.. Sambung cerita pagi tadi. Kau pergi mana sepanjang kau hilang hari tu?" Soal Azad membuatkan Arissa tersedak.

   "Ehem. Hmm.. Emm.." Dia sudah tergagap2.

   "Kau kenapa sebenarnya, Risa? Aku perasanla sejak pagi tadi lagi kau macam mengelak bila kitorang tanya.." Soal Syima pula.

   "Hmm.. Guys.. Look.. I'm sorry ok. Aku dah buat korang risau. Aku dah takutkan korang. Aku mintak maaf sangat2 tapi.. Aku tak sedia lagi nak cerita semuanya kat korang. Cerita aku ni susah sikit korang nak percaya. Lebih banyak mengarut dari logik tapi itulah realitinya. Nanti bila aku dah ready, korang orang pertama aku bukak cerita.. Okey?" Azad dan Syima berpandangan sebelum mengangguk perlahan.

    "Kalau itu yang kau nak.. Kitorang tak leh nak paksa.."

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now