3

4K 297 4
                                    

Hutan Lipur Sungai Tua
April 2016

   "Risa!! Arissa!!" Nama itu dipanggil berulang kali. Keesokannya, mereka mula mencari Arissa. Kehilangan gadis itu benar2 mengejutkan. Cuaca pada pagi itu tenang sekali. Seakan2 ribut malam tadi tidak pernah berlaku.
   "Saya rasa lebih baik kita laporkan pada polis.." Ujar puan Shahida.

   Telefon bimbitnya berdering mengejutkannya dari tidur. Dato' Isman langsung tidak pulang ke rumah malam tadi. Dia bermalam di pejabatnya sendirian. Telefon bimbitnya dicapai.
   "Assalamualaikum.." Salamnya berjawab. Berita yang disampaikan oleh pemanggil di hujung talian membuatkan jantungnya seakan2 gugur. Terus sahaja kunci kereta dicapainya lalu bergegas keluar dari bangunan itu.

   Usaha mencari dan menyelamat menemui jalan buntu. Satu jasad pun mereka tidak temui. Setelah pokok besar itu dialih oleh pihak bomba, tiada sebarang mayat pun di bawahnya. Jika benar Arissa meninggal setelah dihempap pokok itu, sudah semestinyalah mayatnya masih disitu. Namun, setelah mencari dan mencari dan mencari, Arissa tetap juga tidak ditemui.

   "Macammana inspektor?" Soal Dato' Isman kepada Inspektor Adam, pegawai polis yang bertanggungjawab dalam operasi mencari dan menyelamat Arissa. Inspektor itu menggeleng perlahan.
   "Maaf Dato'. Kami masih belum menemui apa2." Dato' Isman terduduk di bangku. Dia meraup2 wajahnya yang sudah berpeluh dingin itu.
   "Ya Allah.. Risa.. Risa pergi mana?"
   "Sabarlah Dato'."
   "Saya tak peduli berapa pun kosnya. Tolong, cari Risa inspektor.." Inspektor Adam mengangguk.
   "Baiklah.. Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk mencari anak dato'."

……………………………

   Dia membuka matanya perlahan. Dia memandang sekeliling. Dia masih di dalam hutan. Seingatnya, ada berlaku ribut yang maha dasyatnya sehingga semua pokok2 tumbang dan khemah2nya diterbangkan angin. Sekali lagi dia memandang sekeliling. Langsung tiada pokok2 yang tumbang di situ. Hutan itu masih lagi berdiri megah. Seakan2 tidak berlaku apa2 pun di situ. Namun, langit masih lagi gelap. Dia tidak tahu berapa lama dia pengsan di situ. Arissa cuba untuk berdiri sebelum dia rebah kembali. Kaki kirinya cedera. Kasut dibuka perlahan2. Darah mengalir keluar seperti air.

   "S.. Syima!! Azad!! Cikguu!!" Jeritnya dalam kesakitan. Senyap. Hanya bunyi hutan kedengaran memecahkan kesunyian.

   "Syima!! Azad!! Mana korang? Korang tinggalkan aku ke?" Jeritnya lagi. Masih tiada sebarang jawapan. Arissa menguatkan dirinya untuk berdiri. Kakinya diseret perlahan2. Dia harus mencari rakan2nya. Hutan tebal itu diredah dengan kepayahan. Darah menitis tidak dihiraukan. Tanpa disedari, sepasang mata sedang memerhatikannya sejak tadi lagi.

   Arissa mula tersenyum sebaik sahaja sampai ke penghujung hutan itu. Senyumannya mati sebaik sahaja ternampak sebuah kampung yang sangat daif dipenghujung hutan itu. Rumah2 kampung itu kelihatan seperti hendak roboh. Yang lebih aneh, penduduk2 di situ semuanya berpakaian seperti zaman dahulu. Seperti cerita2 pendekar yang pernah ditontonnya di kaca tv.

   Dia melangkah perlahan. Di satu sudut kelihatan beberapa orang kanak2 sedang bergaduh disebabkan sebuku roti. Di sudut lain pula kelihatan beberapa orang wanita sedang menyedok air sungai yang sudah kering dan dipenuhi lumpur. Di satu sudut lagi kelihatan seorang lelaki tua sedang mencabut tanaman yang tidak menjadi. Kering dan layu. Tempat apakah itu? Arissa menyapa salah seorang penduduk kampung.

   "Pak cik, boleh saya.." Belum sempat dia bertanya, lelaki tua itu berlalu tanpa mempedulikannya. Aneh. Arissa mencuba lagi.
   "Mak cik, saya nak tanya.." Namun wanita itu juga tidak mengendahkannya. Arissa akhirnya mengeluh berat. Dia mencari2 seseorang yang lebih muda untuk bertanya. Matanya tertangkap seorang pemuda yang sedang membersihkan sebilah pedang dengan sehelai kain di tepi perigi yang telah kering airnya.

   "Assalamualaikum saudara?" Alhamdulillah, salamnya berbalas. Lelaki itu memandangnya dengan muka yang sangat serius. 'Handsomenya.' Bisik hati Arissa.

   "Siapa kau?" Soal lelaki itu, tegas.
   "Hai, saya sebenarnya sesat. boleh saya tahu saya kat mana sekarang ni?" Soalnya ramah. Tiba2 lelaki itu berdiri lalu mengheretnya ke sebuah rumah di hujung kampung. Arissa sudah meronta2 dan menjerit. Namun, tiada seorang pun penduduk kampung yang datang menolong. Gadis itu sudahpun menangis teresak2.

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now