"Kenapa lukisan ayah dan ibu ada kat sini? Siapa lelaki tu?" Soal Arissa memandang Rayyan, Nenek Wu dan Nia.
"Lukisan tu dilukis oleh pelukis terkenal dalam kota ni. Ianya dilukis pada hari pernikahan Raja Isman Shah dan Permaisuri Maria Arissa. Waktu tu, Raja Isman masih lagi raja muda Kota Rosmera. Yang berdiri di sebelahnya itu adalah ayahanda Raja Isman. Nenda kepada puteri Arissa sendiri.." Nenek wu memulakan ceritanya."Jadi... S.. Semua ni betul?" Arissa menyentuh wajah ibunya pada lukisan itu sebelum beralih ke ayahnya. Kemudian wajah datuknya pula.
"Dan ni... Atuk saya?" Rayyan mengangguk.
"Jadi.. Apa nama tempat ni?"
"Kota Rosmera. Sebuah negara yang terlindung.."
"Negara terlindung? Apa maksud awak?"
"Negara ni terlindung dari pandangan manusia. Tiada sesiapa yang boleh sesuka hati keluar dan masuk ke negara ni."
"Kejap.. Awak nak cakap yang penduduk negara ni bukan manusia?" Rayyan mengangguk.
"Habis, kalau bukan manusia apa? Alien?"
"Alien? Alien tu apa tuanku." Soal Nia.
"Makhluk asing.." Mereka yang masih tidak faham akan kata2 Arissa itu hanya menggeleng laju.
"Kita juga makhluk Allah, tuanku. Bukan manusia, bukan jin mahupun syaitan." Jelas Rayyan.
"Hmm.. Susahlah saya nak faham. Kita ni bunian ke?"
"Lebih kuranglah.."
"Susah saya nak terima semua ni. Tiba2 je." Arissa mengambil tempat di atas sebuah kerusi.
"Rasanya lebih baik tuanku rehat dulu. Kita sambung cerita nanti saja." Cadang Nenek Wu. Namun, cadangan itu ditentang oleh Arissa. Dia menggeleng laju."Tak! Saya nak tahu semuanya. Dari A sampai Z. Dan kenapa saya dibesarkan dekat dunia lain? Kenapa mesti dunia lain.. Apa yang berlaku. Semuanya. Beritahu saya semuanya." Rayyan dan Nia memandang Nenek Wu. Lebih baik wanita tua itu yang bercerita kerana dia yang lebih tahu semuanya.
Nenek Wu mengangguk sebelum Mengambil tempat di atas kerusi di sisi Arissa. Dia mula bercerita. Bermula dari 20 tahun yang lalu.
.......……………………..............
Istana Balqis
Kota Rosmera
Januari 1996"Apa maksud nenek kota ini dalam bahaya?" Soal Raja Isman bangkit dari takhtanya. Masa hadapan Kota Rosmera adalah di bawah tanggungjawabnya.
"Nenek nampak kegelapan bakal menyelubungi kota Rosmera. Satu perjanjian telah dibuat antara seorang anak Adam dengan seekor syaitan laknatullah! Dan perjanjian itu bakal menghancurkan kota ini, tuanku.." Jelas Nenek Wu.
"Allahuakhbar.." Raja Isman terduduk kembali di takhtanya. Wajahnya diraup perlahan. Besarnya dugaan pertamanya sebagai seorang raja."Tak adakah cara untuk menanganinya nek?" Nenek wu memsukkan sebiji lagi batu berwarna putih ke dalam mangkuk berisi air itu. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Kepulan asap muncul lagi. Kali ini ia berwarna biru muda.
"Hanya seorng sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan itu." Nenek wu memandang Raja isman dan Permaisuri Maria silih berganti.
"Puteri sulung kota Rosmera.." Sambungnya lagi.
"Apa? Tapi, permaisuri beta masih belum mengandung.."
"Mungkin kita perlu bersabar menunggu kelahiran puteri sulung tuanku.."
"Macammana puteri beta hendak mengalahkan sumpahan itu?"
"Dengan bantuan kristal mistik.."
"Kristal mistik? Nek! Kristal itu sudah pupus kejadiannya sejak 100 tahun dulu.." Raja Isman memegang kepalanya yang rungsing.
"Bersabarlah anakanda.. Ada hikmah disebalik semua dugaan yang Allah berikan pada kita.." Ujar mantan Raja Yaakob Shah.
"Maaf tuanku.. Nenek tahu semua itu mustahil, tapi nenek tahu di mana keberadaan kristal mistik itu...""Nampaknya semua dah tahu bakal ada pengkhianat dalam negara ini.." Ujar satu suara menyampuk dari belakang. Semua yang berada di situ mencari si pemilik suara.
"Namun pengkhianatan ini taklah sesakit pengkhianatan dari kanda pada adinda.." Sambungnya lagi.
YOU ARE READING
Sumpahan Rosmera
FantasyDunia ini satu misteri. Mungkin ada beberapa sisi. Yang tidak diketahui. Mungkin ada dunia yang berbeza. Dari apa yang disangka. 16 tahun dia hidup sebagai manusia. Tidak pernah pula dia sangka. Yang dia bukan manusia biasa. Malah dia tidak layak p...