2

4.3K 289 7
                                    

   Bas yang membawa pelajar2 kelab rekreasi ke Hutan Lipur Sungai Tua itu bertolak selepas semua ahlinya mengambil tempat duduk. Arissa memandang keluar tingkap bas. Fikirannya melayang ke rumahnya malam tadi.

………………………………

   Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Dato' Isman sedang menyiapkan kerjanya di bilik bacaan. Arissa mengetuk perlahan pintu sebelum melangkah masuk bersama dulang berisi sebiji kek strawberi yang dibakarnya menggunakan resepi ibunya.
  
   "Ayah.. Risa ada buatkan kek. Jomlah kita makan sama2" ayahnya hanya mendiamkan diri. Tangannya ligat menaip sesuatu pada laptopnya.
   "Ayah berhentilah dulu.. Dari tadi lagi Risa tunggu ayah balik. Ayah ingat tak hari ni hari..." Belum sempat dia menghabiskn kata2nya, Dato' Isman mencelah.
   "Risa tak nampak ke ayah tengah busy ni? Letak ajelah kat dapur, nanti ayah makan.."

   Arissa sedikit tersentak. Inilah kali pertama ayahnya meninggikan suara. Tanpa berkata apa2 lagi, dia melangkah keluar sebelum menuju ke dpur.
Tulisan aising merah jambu itu ditatap sayu. Hati ini hari lahirnya yang ke-16. Tidak pernah sekali pun mereka terlupa untuk menyambut hari lahirnya. Ibunya selalu membuat kek strawberi kegemaran dia dan ayahnya. Namun, semuanya sudah berlalu. Dato' Isman langsung tidak ingat akan hari lahir anak gadisnya itu.

   Mak cik Zakiah, pembantu rumah Dato' Isman merapati gadis itu sebelum menariknya ke dalam pelukan.
   "Mungkin ayah cik muda sibuk dengan kerja dia sebab tulah dia lupa.." Ujar Mak Cik Zakiah cuba untuk menenangkan Arissa.
   "Mari, mak cik temankan cik muda makan.."
   "Tak apalah mak cik.. Mak cik makanlah dengan Pak Rahim.. Risa nak tidur dulu. Esok nak pergi camping.." Arissa melangkah lemah menaiki anak tangga.

…………………………………

   "Ingat ya semua.. Jangan ada sesiapa yang merayau2 tanpa pengetahuan cikgu dan cikgu2 lain.. Cepat dirikan khemah masing2." Ujar en. Ramli, salah seorang guru pengiring sepanjang perkhemahan selama 3 hari 2 malam di Hutan Lipur Sungai Tua itu. Malam itu mereka berkumpul mengelilingi unggun api yang dinyalakan oleh en. Mursyid. Dia mula menceritakan tentang pengalamannya ketika berkhemah di kawasan pergunungan di kampungnya.

   Sedang asyik bercerita, mereka disapa oleh satu hembusan angin sejuk. Masing2 mula menggosok bahu dan tapak tangan. Angin yang mulanya perlahan kini semakin kuat sehingga unggun api mula melambai2 sebelum terpadam.

   "Nampak macam nak ribut.." Ujar puan Shahida.
   "Kalau macam ni kita tak boleh teruskan aktiviti malam ni!" Ujar cik Hanis pula. Angin mula menghembus kencang. Pokok2 mula bergoyang. Khemah2 juga semuanya musnah diterbangkan angin.

   "Kita kena pindahkan semua pelajar ke tempat selamat sebelum keadaan jadi bertambah teruk!" En. Ramli, en. Mursyid dan puan Shahida mengangguk setuju dengan kata2 cik Hanis. Pelajar2 mula menjerit dan menangis ketakutan.

   "Syima.. Aku takut.." Jerit Arissa memeluk rakan karibnya.
   "Aku pun.." Syima sudahpun menangis sejak tadi. Guruh mula berdentum kuat. Kilat sabung-menyabung. Pokok2 mula tumbang dipanah petir.

   Azad memimpin syima dan Arissa untuk keluar dari situ. Namun, nasibnya malang apabila salah satu dahan pokok jatuh menimpa kaki Arissa menyebabkan gadis itu tersungkur.
  
   "Risa!" Jerit syima.
   "Syima! Azad! Tolong!!" Azad melepaskan tangan Syima dan cuba membantu Arissa namun gagal apabila sebatang pokok besar mula tumbang ke arah Arissa. Azad sudah tercampak ke belakang. 

   "Risaa!!!!" Jeritan Syima diselang-selikan dengan dentuman di langit. Kelibat Arissa sudah tidak kelihatan. Syima dan Azad berlari ke arah pokok besar yang menimpa rakan mereka. Pokok itu cuba dialihkan namun gagal. Dahan2 pokok lain mula jatuh satu persatu.

   "Syima! Kita kena pergi! Tempat ni bahaya!!"
   "Tapi Risa?!" Azad menariknya meninggalkan tempat itu.

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now