19

3.2K 237 3
                                    

Arissa sudah bersiap sedia malam itu. Dia menunggu ayahnya di luar bersama Rayyan.

"Risa.. Awak pasti ke nak balik malam ni?" Soal Rayyan. Inginkan kepastian.

"Maaf Rayyan.. Saya tetap dengan keputusan saya.. Awak pun rasa saya tak patut balik lagi ke?" Rayyan tersenyum.

"Awak puteri yang terpilih. Kalau awak yakin dengan keputusan awak, saya tak boleh nak halang. Yang penting, awak ada saya untuk lawan bersama awak.." Arissa tersenyum lega. Sekurang2nya Rayyan menghormati keputusannya.

Seorang lelaki sebaya mereka berjalan masuk ke halaman rumah banglo 2 tingkat itu. Arissa tersenyum memandangnya.

"Azad! Kau nak ikut kitorang?" Soalnya. Azad tersenyum.

"Aku tak tahu cerita korang ni betul ke tak. Tapi yang pasti aku nak cari Syima. Tak kisahlah kat mana pun dia.." Arissa mengangguk.

"Jangan risau. Kami yakin dia ada kat sana.." Rayyan menepuk perlahan bahu Azad. Sebaik sahaja Isman keluar dari rumah, mereka menaiki kereta milik Isman, meluncur laju ke hutan sungai tua.

"Apa kita buat kat sini?" Soal Azad sebaik sahaja mereka keluar dari kereta.

"Kat sinilah jalan masuk ke kota Rosmera.." Ujar Isman. Mereka melangkah masuk ke dalam hutan itu. Isman tercari2 pokok besar yqng menjadi pintu masuk ke kota terlindung. Sebelum mereka meninggalkan hutan itu 3 hari lepas, Isman sempat menanda pokok itu dengan sebiji batu berwarna hitam berkilat yang di tanam di sisi akar pokok besar itu.

"Kat sini!" Ujarnya menghampiri sebatang pokok yang sangat besar. Tangan kanannya dilekatkan pada batang pokok itu. Mulutnya terkumat-kumit menuturkan seauatu. Sesuatu yang sangat tidak jelas untuk didengari. Tiba2 satu cahaya putih muncul dari celah akar pokok itu sebelum akar2 itu menjalar membentuk sebuah pintu gerbang. Azad sudah terlopong melihat kejadian itu.

"Jom.." Rayyan, Arissa dan Azad mengangguk sebelum membontoti Isman. Mereka sampai disebuah hutan yang berbeza beberapa saat kemudian. Azad berasa asing berada di situ. Begitu rupanya rasa berada di alam lain. Perasaannya sungguh asing. Keadaan di situ gelap. Malah semakin gelap dari sebelum ini. Mereka tidak pasti sama ada ianya waktu malam atau siang.

Arissa yang berasa tidak sedap hati mula berlari menuju ke Desa Air diikuti oleh Rayyan, Isman dan Azad. Arissa berhenti sebaik sahaja sampai di Desa Air. Desa itu kelihatan teruk sekali. Lebih teruk berbanding kali terakhir dia ke sini.

Pondok2 buruk semuanya roboh. Ada yang sudah hangus terbakar. Bangkai2 binatang memenuhi tanah. Bau2 busuk mencucuk2 hidung. Darah di merata tempat. Ada yang sudah kering. Ada yang masih baru. Tak pasti samaada darah manusia atau binatang.

Rayyan berlari ke rumahnya. Juga sudah roboh atapnya.

"Ibu! Nenek!!" Jeritnya. Sunyi. Sunyi sekali. Tiada sesiapa pun di situ.

"Abang Hazuwan!! Pak cik Zahir! Arman!!" Semua nama dipanggilnya. Langsung tiada sahutan. Arissa menelan liurnya.

"Mana semua orang?" Soal Isman. Arissa berlari ke sebelah selatan Desa.

"Risa! Nak gi mana?" Soal Azad. Arissa tidak menjawab. Dia hanya berlari ke arah sebuah kampung lain. Kampung bernama Desa Angin.

"Sini pun tak ada orang.." Ujar Rayyan dari belakang. Arissa berlari lagi hingga akhirnya sampai ke desa terakhir, Desa Api. Semuanya sudah tidak berpenghuni. Kosong. Sunyi. Arissa rebah ke tanah.

"A.. Apa yang Risa dah buat.." Ujarnya menggigil. Air mata tidak berhenti mengalir laju. Pantas tubuh kecil itu di rangkul kemas oleh Isman.

"Risa tak salah.. Bukan risa yang buat semua ni sayang! Ni semua kerja Marina! Ni semua salah dia!" Ujar Isman. Arissa masih lagi menangis.

"Kalau awak terus macam ni kita takkan dapat nak selamatkan mereka!!" Ujar Rayyan. Suaranya ditinggikan. Barannya sudah meninggi. Namun dari tadi ditahan. Arissa tidak boleh terus lemah macam ni. Semakin lemah gadis itu semakin kuat perempuan syaitan itu.

Arissa tersentak. Dia memandang wajah Rayyan. Wajah lelaki itu benar2 menakutkannya. Kali terakhir dia melihat wajah seram lelaki itu adalah ketika mereka mula2 bertemu dulu.

"Awak nak selamatkan mereka tak?!" Soal Rayyan lagi. Arissa terdiam.

"Jawab soalan saya Puteri Arissa!" Arissa bangkit.

"Saya nak selamatkan diorang!!" Jeritnya. Rayyan tersenyum. Begitu juga Isman dan Azad yang mula memahami keadaan itu.

"Baiklah.. Jom.." Rayyan mengeluarkan pedang yang sejak tadi tersisip kemas di pinggangnya.

........................👑........................

Sorry guys.. Sis baru habis final exam petang tdi.. Ni baru sempat update.. Huhu 🙇🙇 thanks sebab sudi baca 😘😘😘

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now