10

3.5K 265 1
                                    

   Arissa melilau mencari keberadaan Rayyan. Hidup sebagai seorang puteri raja sememangnya membosankan. Dia langsung tidak dibenarkan melakukan apa2. Jadi dia mencari sahabatnya itu. Kata Rayyan, dia ingin mencari makanan untuk malam nanti.

   Arissa berhenti di tepi sebuah tasik yang sudah ketiadaan airnya. Tasik itu hanya dipenuhi lumpur. Tiada setitik air jernih pun. Disitu dia menemukan Rayyan. Sedang termenung memandang langit yang gelap tanpa sedikit cahaya pun. Redup sekali pandangannya. Apa yang dia fikirkan? Arissa menjadi ingin tahu. Gadis itu mengambil tempat di sisi Rayyan.

   "Jauh termenung.. Apa yang awak fikirkan tu?" Soal Arissa.

   "Tuanku.. Apa yang tuanku buat kat sini?"

   "Tengok tu.. Tuanku lagi.." Rayyan tersengih.

   "Maaf, saya masih belum dapat biasakan diri lagi.." Arissa hanya tersenyum.

   "Jadi, apa yang awak fikirkan?"

   "Tak ada apa.. Saya cuma rindukan kehangatan cahaya matahari.. Dan kedinginan titisan hujan.." Arissa masih memandang lelaki itu dan Rayyan masih memandang langit.

   "Tembuslah muka saya kalau awak terus pandang saya macam tu.." Arissa tersentak. 'Dia perasan aku pandang dia lagi?' Gadis itu tergelak.

   "Maaf.. Rayyan.. Berapa umur awak?"

   "Kita sebaya Risa.. Saya cuma dilahirkan lebih awal.. Saya tak pernah rasa hangat cahaya matahari dan dingin air hujan. Tak sampai setahun saya kat dunia, Marina dah rampas semua tu.." Arissa mengangguk perlahan. Dia faham. Mungkin dia tak pernah rasa semua tu tapi dia faham perasaan Rayyan.

   Sedang mereka masih melayan perasaan di situ, mereka dikejutkan dengan satu jeritan dari kawasan pekan desa air. Terus mereka bangkit sebelum melangkah laju ke arah suara itu.

   "Apa khabar nenek.. Lama kita tak jumpa ya.." Nenek wu memandang tajam pada wanita bersayap hitam dihadapannya. Seekor kerbau berbadan manusia bertanduk dua sedang memegng seorang gadis desa yang sudah menangis teresak2. Di sekeliling wanita itu terdapat makhluk pelbagai rupa. Ada yang bersayap, ada yang berwajah burung, ada yang berbadan kuda dan sebagainya. Yang pasti tiada satu pun yang normal di situ. Semua penduduk Desa Air berkumpul di situ waktu itu. Mereka tidak takut dengan syaitan2 seperti itu.

   "Apa kau nak Marina? Kenapa kau datang ke desa ini?" Soal Nenek Wu. Marina ketawa.

   "Aku dengar puteri tunggal kota ni dah kembali.. Mana dia? Aku nak kenal dengan anak saudaraku.." Nenek Wu tersenyum sinis.

   "Kenapa perlu aku beritahu kau syaitan tak guna?"

   "Hah! Atau kau nak tengok satu lagi nyawa melayang hari ni?" Gadis yang dipegang manusia berkepala kerbau itu menjerit nyaring apabila tangannya ditarik di kedua2 belah.

   "Lepaskan dia Marina! Aku kat sini!" Marina memandang seraut wajah yang muncul dari belakang Nenek Wu. Dia tersentak menyangkakan wajah itu adalah milik kakaknya, Maria.

   "Haa!! Itu dia puterinya.. Tengok wajah tu.. Mirip sekali dengan Maria.." Ujar Marina teruja.

   "Lepaskan dia Marina.." Marina mengangkat tangan kanannya sebagai isyarat supaya tebusannya dilepaskan. Rayyan memapah gadis itu pergi.

   Marina melangkah perlahan ke arah gadis yang masih berdiri di hadapannya. Wajah gadis itu dijamah dengan tangannya yang berkuku panjang dan tajam.

   "Hmm.. Cantik.. Macam Maria.. Mana dia sekarang?" Soalnya dengan nada sinis.

   "Ibu dah takde.. Allah dah jemput dia.." Ujar Arissa jujur. Kata2 gadis itu mengejutkan semua yabg berada di situ. Marina sudah terundur ke belakang. Dia agak terkejut sebelum ketawa berdekah2.

   "Hahaha! Benarkah? Akhirnya.. Sudah mampus perempuan sial itu!" Ketawanya masih belum berhenti. Arissa hanya mampu menahan marah. Tangannya menggenggam buku limanya erat. Dia tidak mampu melawan. Dia tahu wanita itu lebih hebat kuasanya berbanding dia yang hanya bertali pinggang putih dalam kelas taekwondo yang baru didaftarnya awal tahun ini.

   "Di... Diam..." Bisiknya menahan sebak di dada. Wanita bersiung itu mendekati Arissa.

   "Sekarang hanya tinggal kau sebagai penghalang untuk aku takluk dunia ni dan juga dunia satu lagi.." Baru sahaja kuku2nya ingin mencakar wajah mulus Arissa, lengannya dikelar dengan sebilah pedang yang datang tiba2. Semua yang berada di situ tercari2 pahlawan yang hebat bermain pedang itu.

   "Pergi Marina! Ini bukan tempat kau!!"

Sumpahan RosmeraWhere stories live. Discover now