Mereka memerhatikan perkarangan istana. Terdapat dua makhluk berkepala helang berbadan manusia sedang mengawal pintu masuk. Kedua2nya memegang tombak. Isman juga telah mengeluarkan pedang pusakanya. Dia dan Rayyan menyelinap perlahan dari sisi istana tanpa disedari pengawal itu. Dengan perlahan mereka menerkam dua makhluk itu sebelum menikam jantung mereka sebelum sempat mereka menyerang balas.
"Risa, Azad.. Jom.." Bisik Isman sedikit kuat. Risa dan Azad membontoti mereka. Mereka kemudiannya menyelinap masuk ke dalam istana. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila kehadiran mereka disedari oleh pengawal2 istana yang pelbagai bentuk dan rupa.
"Risa! Ke belakang!" Jerit Isman. Arissa hanya menurut. Rayyan dan Isman bersedia dengan pedang masing2. Azad pula bersedia dengan ilmu mempertahankan diri yang dia ada. Masing2 mula melawan pengawal2 istana yang mula menyerang mereka dari segenap sisi.
"Ayah!!" Jerit Arissa apabila salah seekor pengawal itu mula menyambar lengannya. Dia cuba bergelut, namun apalah sangat tenaga seorang gadis kurus sepertinya itu. Dia sudah didalam tahanan pengawal Marina. Rayyan yang menyedari keadaan itu cuba untuk menolong namun dia juga ditangkap oleh pengawal2 Marina yang sudah hampir beratus2 ekor itu. Begitu juga Isman dan Azad. Terasa kepalanya dipukul dengan kuat menyebabkan pandangan Arissa mula kabur. Sempat dia memandang Rayyan, Isman dan Azad yang masih bergelut itu sebelum keadaan sekeliling menjadi gelap.
………………………………………
Matanya dibuka perlahan. Kepalanya sakit. Apabila dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya, keempat2nya kaku. Arissa memandang ke kiri dan kanannya. Kedua2 belah tangan dan kakinya dirantai pada sebiji batu besar. Ditarik2 namun tidak berjaya. Dia memandang ke hadapan, terdapat Rayyan, Isman, dan Azad. Juga dirantai sepertinya dan masih tidak sedarkan diri. Di satu sudut lain, kelihatan sekujur tubuh tidak bermaya diikat pada sebatang tiang. Badannya dipenuhi calar dan luka. Rambutnya kusut menutup muka. Namun, Arissa kenal gadis itu.
"Syima!!" Jeritnya. Syima mengangkat perlahan wajahnya yang sudah pucat lesi itu.
"Ya Allah.. Apa diorang dah buat pada kau?" Soalnya memandang sayu ke arah Syima. Gadis itu tersenyum.
"A.. Aku gembira.. Kau tak apa2.. Dia cakap kau dah mati.. A.. Aku tak nak kehilangan kau lagi.. Aku t.. Tak caye p.. Pun.. Aku.. Yakin kau.. Okay.." Ujar Syima tersekat2 nafasnya. Arissa sudah menangis teresak2.
"Ya Allah.. Syima.. Kau tak payah lah risau pasal aku! Beritahu aku sekarang! Diorang seksa kau ke?" Syima tersenyum lagi sebelum tertunduk kembali. Dia penat. Dia dah tak larat. Dia gembira Arissa selamat. Bila Marina memberitahunya bahawa Arissa sudah mati, jantungnya seakan2 gugur. Dia tak nak kehilangan Arissa buat kali ke dua. Cukuplah sekali dulu.
"Syima! Syima!" Panggilan Arissa tidak mampu lagi disahutnya.
"Haa.. Dah bangun pun tuan puteri.." Ujar satu suara memasuki bilik itu. Arissa memandang tajam kearah makhluk yang berdiri didepannya sekarang.
"Apa kau dah buat pada kawan aku syaitan!! Sial laa kau!!" Jeritnya tidak dapat menahan amarahnya lagi.
"Hahaha.. Siapa suruh dia bising sangat.. Aku cuma nak senyapkan dia saja.." Marina melangkah perlahan ke arah Syima sebelum jari runcingnya menyentuh wajah gadis itu.
"Kau jangan sentuh dia dengan tangan kotor kau tulah!!" Jerit Arissa lagi. Dia menarik2 tangannya. Cuba untuk melepaskan diri namun masih gagal.
"Jangan risau.. Aku dah puas seksa dia.. Sekarang.. Aku dah ada mangsa2 baru.." Ujar Marina sebelum beralih kepada Isman, Azad dan Rayyan pula.
"Jangan! Tolonglah jangan! Aku merayu.. Apa kau nak dari aku sebenarnya!" Marina tersengih.
"Aku nak kau hancurkan kristal mistik kat leher kau tu!" Arissa memandang kristal biru yang masih tergantung di lehernya. Kalau kristal ini dihancurkan, Marina akan lebih berkuasa. Dan dia akan musnahkan bukan alam ini sahaja, malah alam manusia juga. Apa yang patut dia lakukan.
"Kenapa teragak2 lagi tu? Atau kau nak aku seksa mereka ni depan kau baru kau nak ikut arahan aku?" Arissa menangis lagi. Kepalanya menggeleng2 laju. Marina tidak boleh menghancurkan kristal itu sendiri. Malah dia tidak boleh menyentuhnya pun. Kristal itu hanya boleh disentuh oleh mereka yang berdarah suci sahaja.
"Aah! Lambat!" Jerit Marina.
YOU ARE READING
Sumpahan Rosmera
FantasyDunia ini satu misteri. Mungkin ada beberapa sisi. Yang tidak diketahui. Mungkin ada dunia yang berbeza. Dari apa yang disangka. 16 tahun dia hidup sebagai manusia. Tidak pernah pula dia sangka. Yang dia bukan manusia biasa. Malah dia tidak layak p...