2: Suntikan

732 33 4
                                    

Mereka lambat seminit ke sekolah. Nampaknya, nasib mereka malang hari ini kerana hari itu merupakan hari Khamis dan harinya untuk Cik Drama Queen, Anis, itu bertugas di hadapan sekolah.

Anis sudah pun bercekak pinggang di depan pagar sekolah sambil memegang buku catatan dan sebatang pen. Sudah tentu dia sudah bersedia menulis nama murid yang datang lewat.

"Masaklah kita." Bisik Yana. Memang masaklah mereka! Anis hanya memberi senyum sinis. Mereka bertiga menyusuri ke tempat dimana Anis berada.

"Hah! Korang kenapa datang lambat? Dalam seminggu ni, dah tiga kali korang bertiga lambat. Muak aku tengok muka yang sama. Muak tau tak muak? Muakkkkkk!!!" Jerit si Drama Queen.

Ish kenapalah dia boleh jadi pengawas? Macam mawas je aku tengok. Mulut dia aku rasa macam nak aku koyakkan je. Geram!!

Tak payahlah nak melebih. Datang lambat je pun, bukannya membunuh pun. Macam orang dah hilang laki je jerit. Pesakit hospital agaknya.

Syaf hanya memandangnya dengan tajam. Tiba-tiba, Adib, jejaka idaman Anis muncul. Anis melihat Adib tanpa kelipkan mata.

Eh minah ni? Tadi bukan main lagi buat drama free dan memainkan watak antagonis. Ni nak buat drama hindustan pula, berkuch-kuch hotak dia pulak!

"Ehh! Cepat lah tulis nama... aku malaslah nak tengok minah ni," bisik Yana pada Pris. Pris pun hanya menggaguk kepalanya manakala yang si Syaf sedang menahan geramnya.

*****

Pengumuman mengejut diadakan di kelas ke kelas. Pengumuman bahawa kesemua murid Tingkatan 2 dikehendaki menerima injection secara tiba-tiba.

"Takda angin, takda ribut, kenapa tiba-tiba ada injection pula ni?" Omel Mimi.

Gila tak takut kena injection! Jarum dia peh, buat 5 hari 5 malam tak tidur mengenangkan tajam dia, sakit dia. Ceh drama je lebih!

"Aku tak nak kena inject doh! Sakiiiiittt!!" Heleh, mengada betul si Pris ni.

Dalam perjalanan mereka berlima iaitu Syaf, Yana, Pris, Mimi dan Syida, ke bilik sakit, mereka terserempak dengan Adib.

Kebetulan, Adib dan 4 orang lelaki ahli kumpulan Hyper Squad baru sudah habis latihan bola sepak di padang.

"Korang jangan pergi ambik suntikanlah." Adib tiba-tiba menghalang perjalanan mereka.

"Kenapa pula?" Syaf membalas.

"Jangan je, nanti aku bagitahu kenapa." Jawab Adib.

"Aku pun dah suruh Hafiz, Azizi, Harith dan Faizal tak ambik suntikan. Lagipun, suntikan ni tak penting pun." Tambah Adib.

Celah mana dia tahu suntikan ni tak penting? Dia ni doktor ke? "Kejap lagi korang tahulah kenapa aku tak bagi korang pergi ambil suntikan."

15 minit sudah berlalu, mereka hanya duduk di kelas atas suruhan si Adib, footballer terkenal sekolah. Oleh sebab kelas 2 Intan yang terakhir mengambil injection, mereka harus menunggu lama.

Tunggu, tunggu dan tunggu.

Hampir setengah jam jugalah sebab Tingkatan 2 ni ramai.

*****

Syida, Pris dan Mimi bersiar-siar di kawasan sekolah. Biasalah, ponteng. Takkan nak hadap papan putih, kerusi, meja je memanjang. Naik muaklah!

"Weh, korang rasa, kenapa eh Adib tak bagi kita ambik injection tadi?" Tanya Syida.

"Mungkin dia risaukan Syaf. Syaf kan puteri dia. Ewah!" Jawab Mimi.

"Mungkin... Ni ada kaitan dengan van hitam yang kita tengok tadi." Pris meneka.

"Ha? Apa kau merepek ni Pris?" Syida pelik, tiba-tiba je Pris cakap fasal van hitam, kalau putih takpelah juga.

Mimi mencebik lalu menjawab, "setahu aku kawasan sekolah dan perumahan kita takda orang bawa van hitam."

"Hah! Sebab tu lah aku pelik. Tadi, aku, Syaf dan Yana nampak van hitam parking depan sekolah. Tapi aku fikir mungkin tu van makcik kantin ke pakcik kantin."

"Aku rasa tu bukan van makcik or pakcik kantin tu lah. Sebab tu first time kan yang van hitam tu ada kat sini," sampuk Syida.

"Betul juga cakap kau tu," balas Pris.

"Kau rasa apa yang van hitam tu buat kat sini?" Tanya Mimi kepada rakan sekerabatnya itu.

"Entahlah weh," balas Pris dan Syida serentak.

*****

"Weh, kau pernah nampak tak van hitam tu?" Tanya Yana sambil membuat muka hairan.

"Tak pernah," balas Syaf pendek kerana sedang sebuk main permainan mobil, mystic messengernya itu.

"Dan kenapa Adib tak bagi kita..." Tak sempat Yana menghabiskan ayatnya itu kerana ketua kelas menyuruh 2 Intan turun ke bawah untuk injection. Semua murid 2 Intan sudah keluar kecuali Yana, Syaf, Harith, Hafiz dan Azizi.

"Ehhh! Cepatlah turun!" Tegur ketua dengan tegas tetapi tiada siapa pun bergerak dari tempat duduk mereka kerana mereka tak takut dengan ketua yang berdedikaki itu.

"Turunlah cepat," arah ketua kelas lagi.

"Alahai! Nanti kitorang turunlah," balas Harith selamba.

"Lantak korang lah!"

"Okey!" Balas Syaf yang masih fokus pada phonenya itu. Lalu ketua kelas itu pun berlalu pergi dari kelas.

"Hai korang!" Jerit hafiz sambil tepuk meja sebelah Syaf dan diikuti dengan Azizi dan Harith.

"Nak apa?" Tanya Yana dengan muka doposennya.

"Tak, tadi aku dengar apa yang korang berbual tadi," balas Hafiz sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Pasal apa?" Tanya Yana dengan nada sinis. Pelik.

"Alah, yang pasal van hitam tulah pasal apa lagi," balasnya.

"Oh, gini cerita dia. Time kita orang nak pergi sekolah kita orang nampak van hitam yang berhampiran dengan sekolah so, kita orang pun hairan asal tiba-tiba ada van hitam. Nak kata van tu milik makcik or pakcik kantin tu, aku rasa tak kot sebab tu first time van tu ada kat situ," jelas Yana dengan panjang.

"Ohh gitu," balas Hafiz. Mukanya sudah bertukar daripada muka ceria ke muka 'nak ambil tahu'.

"And then, kenapa Adib suruh kita tak payah ambil injection tu?" Tanya azizi dengan hairan.

"Aik? Asal tanya aku. Patutnya aku yang tanya kau kenapa Adib tak bagi kita turun," Yana menjadi semakin hairan.

"Mesti ada something yang akan berlaku ni," sampuk Syaf yang akhirnya berhenti melayan Mystic Messenger.

"Maybe," balas Harith pendek.

"Mana Pris, Mimi dengan Syida?" Tanya Syaf yang baru saja menyedari ketiadaan tiga kawan kerabatnya itu, yelah, tadi sibuk layan phone sampai lupa dunia sebenar..

"Tadi kan diaorang ada cakap yang diorang nak jalan jalan. Tulah lain kali jangan asyik fokus dengan benda tu je," balas Yana dengan geram. Puas dia menahan amarahnya itu kerana dia bagaikan tunggul tidak dilayan.

"Hmmm, okey fine."

Knock knock bunyi ketukan pintu. Siapakah yang mengetuk pintu itu? Adakah cikgu? Adakah si Drama Queen itu? Adakah Faizal? Or Pris, Syida dan Mimi?

bersambung...

TERUS HIDUP || DISCONTINUEWhere stories live. Discover now