7: Rahsia Adib

455 27 1
                                    

"Ouch!" Adib menjerit kesakitan. Kepalanya sudahlah kena cebisan pasu yang digunanya untuk menyerang zombie tadi, lepas itu Syaf memukulnya menggunakan kayu di tempat yang sama. Malang sungguh nasib.

"Adib?! Dah jadi zombie?! Adib dah jadi zombie!" Jerit Syaf dan dia memukul Adib untuk kedua kalinya kerana rupa Adib persis rupa zombie lepas serang orang, badannya bercucuran darah dan mukanya calar. Manakala yang lain hanya terdiam melihat gelagat Syaf, mereka tidak terkejut pun kerana jelas sekali itu Adib bukannya makhluk yang bernama zombie.

Syaf juga memukul Azizi yang berada di belakang Adib. Hanya Azizi dan Adib sahaja yang mukanya dipenuhi darah dan baju koyak, dipercik darah. "Stop! It's me!" Azizi cuba menenangkan Syaf.

"Hei, hei! Rileks der. Ni kitoranglah!" kata Adib sambil memegang bahu Syaf. Amboi, bukan main eh pegang anak dara orang. Terbuat scene lawaklah pula! 'What? Dia panggil aku der? Dia fikir aku brader dia ke apa? Cubalah panggil sayang ke baby ke darling ke.' Desis hati kecil Syaf.

"Kita baru bunuh dua zombie dekat tangga. Tak kasihan ke dekat kakanda kau ni?" Usik Yana sambil mengeluarkan gergaji dan memberinya ke Hafiz untuk menggergaji kunci bilik kh.

"Kelakar weh! Time Syaf cemas!" Kata si Mimi sambil ketawa.

"Oh! Maaf! Tak sengaja! Aku ingat apalah tadi. Yelah, aku ni cantik overload sampai zombie pun jatuh cinta," katanya, cuba menahan malu. Habis anak orang dipukulnya. "Eh Mi Goreng! Diam! Kau juga, Yana!"

Bunyi gergaji itu tersangatlah bising. Mereka takut jikalau ada zombie yang mendengar. Hampir lima minit dibuang hanya untuk menggergaji kunci tersebut.

Akhirnya, kunci tersebut berjaya dibuka. Namun, ada lagi satu halangan. Pintu. Mereka harus menendangnya sekali lagi kerana mereka tiada kunci untuk membuka. Yang telah dibuka itu hanyalah pintu besi. Pintu kayu belum dibuka.

"Alright guys. Biar lelaki je buat, kita tendang ni," ucap Harith dalam keadaan siap sedia untuk menendang daun pintu tersebut.

"Satu! Dua! Tiga!" Azizi mengira dengan suara yang perlahan untuk mengelakkan zombie mengesan dimana tempat bersembunyi mereka.

Kali ni, cubaan pertama berjaya. Skuad lelaki menghembus nafas lega sebaik sahaja daun pintu terbuka. "Baik ah, geng!" Adib memuji gengnya.

Skuad perempuan masuk dahulu, bak kata orang Barat, 'ladies first'. Mimi mendahului lalu memberi salam. Selepas Mimi menjejak kaki ke dalam, Faizal pun mengikutnya ke dalam tapi sempat ditarik oleh Hafiz.

"Ladies first-lah! Tak gentle langsung kau ni," Hafiz memarahi Faizal yang blur.

"Okey," balas Faizal dengan akur lalu memandang bawah. Acah-acah merajuk. Merajuklah tiga abad sekali pun, takda siapa nak pujuk.

Pris mengambil tempat duduk di atas katil yang tersedia di dalam bilik kh. Satu je katil. Syaf dan Syida pula ke bahagian dapur untuk memeriksa ada makanan ataupun tidak.

Mimi dan Yana pula sibuk mencari internet connection untuk menghubungi pihak berkuasa mengenai zombie di sekolah dan ingin keluar dari sekolah secepat yang mungkin. "Asal tiba-tiba takda line dekat sini? Selalunya ada je kalau kita pakai internet dekat sekolah. Sekolah kita ni hutan ke apa?" Yana mengomel.

"Entahlah weh... Ni mungkin sebab kehadiran zombie tu kut." Balas Mimi.

"Apa pasal tiba-tiba zombie pula? Apa kena mengena dengan zombie," jerit Syaf dari dapur.

"Yalah, yalah! Dekat belakang tu ada makanan tak?!" Tanya Mimi. "Lapar ni," tambahnya.

"Ada!" Balas Syida. Selepas sahaja Syida menjawab soalan Mimi, dia terus pergi ke hadapan manakala Syaf pergi ke bilik jahitan yang bersambung dengan bilik kh. Dia mencari kotak kecemasan untuk merawat luka di kepala Adib.

Mereka membiarkan bilik itu gelap supaya zombie tidak mengesan kehadiran mereka di bilik itu. Selepas beberapa minit Syaf mencari kotak kecemasan, akhirnya jumpa juga berkat lampu suluh milik Syida.

Kesemua ahli kumpulan Hyper Squad dan juga Adib berkumpul di dapur kecuali Syaf. Mereka hanya menjamu selera dengan Mi Segera yang dibawa oleh Yana. Mahu atau tidak, itu sahaja yang ada untuk alas perut. Lampu dapur tidak dibuka, hanya ditemani oleh lilin-lilin yang malap.

Sedang mereka berborak kosong di dapur, mereka terdengar Syaf menjerit di bilik jahitan. "Argh!!!!!" Bunyi jatuhan barang jelas didengar.

Mereka yang berada di dapur terkedu. "Syaf!" Jerit Mimi.

"Syaf! Kau okey tak?" Tanya Hafiz dengan nada yang tinggi. "Arghhhhh! Korang! Tolong aku!"

Suara Syaf jelas kedengaran seperti dalam kesusahan bercampur dengan tangisan. "Tolong!" Jeritnya lagi.

Adib segera angkat dari tempat duduknya lalu mengambil lampu suluh yang berada di tangan Azizi. Jatuh kerusinya akibat Adib terlalu gelisah.

"Syaf!" Adib cuba mencari di mana arah suara Syaf.

Kelihatan Syaf sudah pun pengsan. "Zombie," itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Adib. Dia mengambil cawan kaca yang diletakkan di atas meja lalu membalingnya ke arah zombie tersebut.

Kemudiannya, dia mengambil kerusi yang sudah patah dan menghempapnya ke kaki zombie tersebut.

Harith yang baru tiba di tempat kejadian mencucuk pisau yang diambilnya dari dapur ke leher zombie. Zombie tersebut ingin mematahkan tengkuk Adib. Jelas sekali bahawa organ utama yang diingini oleh zombie ialah otak.

Pris menarik Syaf yang pengsan je bilik kh lalu meletakkannya ke katil. Syida cuba menyedarkan dengan menggerakkan badannya lalu berkata, "Syaf, Syaf! Bangunlah!"

Mimi mengambil pisau yang lebih panjang di dapur dan segera ke bilik jahitan.

Dengan menjerit, dia memegang pisau itu dengan kedua-dua tangannya lalu menikam perut zombie tersebut. Zombie tersebut masih bergerak tetapi lemah.

Azizi menumbuk zombie itu berulang kali. Darah milik zombie itu terpercik di merata-merata tempat. Akhirnya, zombie tidak mampu bergerak lagi.

Mimi dan Azizi menghembuskan nafas lega. "Phewww! We did it," Mimi bangga.

"Syaf okey tak?" Tanya Adib kepada skuad perempuan. "Entahlah," balas Pris.

Yana pula mengelap luka di kaki dan kepala Syaf lalu membalutnya dengan menggunakan kain putih. "Aku nak tanya something boleh?" Soal Yana.

"Tanya jelah," balas Syida sambil mengipas Syaf yang masih belum sedar. "Kenapa zombie tu ada dekat sekolah? Any reasons?" Tanya Yana.

Adib menahan kegelisahannya. Dia tidak mungkin memberitahu perkara yang sebenar pada waktu genting seperti sekarang. Mereka mungkin akan membenci Adib selamanya.

"Adib?" Tanya Yana sejurus kerisauan tampak di wajah Adib. "Kau tahu sesuatu ke pasal semua ni?"

"Kami nak tahu. Please, Adib. Kau berahsia macam ni pun apa gunanya. Banyak yang terluka, kita tak sanggup kehilangan sahabat," ujar Hafiz dengan serius.

"Please, Adib." Faizal menambah.

"A-a-aku tak boleh bagi tahu." Adib berkata sambil menundukkan pandangannya ke bawah. "Sampai masa sesuai, aku bagi tahu."

Keadaan menjadi sepi penuh dengan kesedihan. Mereka terperangkap di dalam sekolah. Mereka buntu. Buntu sebuntu buntunya!

Bersambung...

TERUS HIDUP || DISCONTINUEWhere stories live. Discover now