16: Gunting

204 19 1
                                    

Mereka melangkah ke tempat kematian Harith. Setengah daripada mereka menggunakan jalan lain memandangkan mereka ramai dan untuk elakkan daripada serangan zombie.

Syaf, Mimi, Yana, Pris dan Syida menggunakan jalan yang terdekat kerana tiada lelaki bersama dengan mereka. Mereka tidak gentar, mereka mula membiasakan diri dengan keadaan yang begini.

Adib, Hafiz, Azizi dan Faizal menggunakan jalan yang lebih jauh.

Jam menunjukkan pukul 2:30 petang. Masih awal. Walaupun begitu, mereka perlu bergegas kerana zombie mempunyai deria bau yang amat kuat. Ini akan membuatkan mereka digerumuni dengan zombie-zombie.

"Korang! Korang ada bawa tak peralatan tajam? Aku takut je nanti budak lelaki lambat sampai." Syaf bersuara.

"Tak," Pris membalas dengan sepatah perkataan. Mereka melihat antara satu sama lain. Rasa takut mulai membuak-buak.

Tiba-tiba Mimi mula membuka beg sandangnya. "Aku rasa aku ada bawa, kut." Dikeluarkan semua barang-barang dalam beg sandangnya yang berwarna merah tua. "Ha!"

Mimi memegang gunting kertas dan menunjukkan kepada kawan-kawannya yang lain.

"Gunting je?" Yana bertanya dengan nada separa teriak. Dia lantas menutup mulutnya. Tak pasal-pasal pula nanti zombie melawat mereka disebabkan teriakan Yana.

"Tak apalah, kita orang kan ada ilmu pertahankan diri sampai peralatan tajam pun tak bawa." Syaf menggulingkan matanya ke atas. "Ada sesiapa dekat sini ada kuasa magis?"

"I wish I had," Yana menjelirkan lidahnya. "So, apa kita nak buat bila zombie serang kita?" Tambahnya.

"Berserah pada takdir." Syida mendagu lalu memikirkan apa yang mungkin akan berlaku.

**********

"Kenapa kau asyik langgar-langgar aku ni? Ish!" Azizi menolak Hafiz ke tepi.

"Dah tempat ni sempit kan, nak buat macam mana lagi." Hafiz menyahut. "Tepilah sikit!!!" Hafiz menendang kaki Azizi sehingga Azizi terduduk.

Baran Azizi mula naik. Mukanya persis seekor kerbau yang mengamuk. Dia membina buku lima ditangannya. "Aku memang pantang nenek moyang aku bila ada orang berani buat tu dekat aku." Azizi mula jalan separa lari ke arah Hafiz lalu menumbuknya di muka tetapi malangnya Hafiz mengelak.

Tangan Azizi dalam kesakitan tetapi amarahnya lebih penting. "Apa korang ni? Jangan jadi macam budak kecil boleh tak?" Adib cuba meleraikan pergaduhan mereka.

"Enough! Azizi! Hafiz!" Adib menjerit.

Faizal memeluk Hafiz dari belakang seperti pasangan hubungan sesama jenis. "Dahlah tu sayang, if you love me, please stop," Faizal berkata.

"Okey sayang." Balas Hafiz.

Chop! Itu bukannya apa yang berlaku.

Faizal memeluk Hafiz dari belakang dan memasungnya dengan kaki sehingga mereka terjatuh. Adib pula menolak Azizi dari membelasah Hafiz.

"Korang ni! Dahlah! Matang sikit boleh tak?" Adib menjerit sekali lagi, mengeluarkan suara lantangnya.

"Kita takkan sampai kalau korang asyik bergaduh. Baik korang tak payah ikut je, senang." Faizal berkata lalu melepaskan Hafiz dari pelukannya.

**********

Sedang konflik berlaku diantara Hafiz dan Azizi, Pris, Syaf, Syida, Yana dan Mimi meneruskan perjalanan ke tempat kematian Harith.

Yana dan Mimi mula menangis dan mereka tidak sanggup melihat mayat itu. Sesampainya mereka di situ, mereka berubah seperti semasa hari kematian Harith.

Sungguh, tidak sanggup melihat mayat itu. Perut Harith sudah terburai, usus-ususnya terkeluar, ada darah sana sini, kepalanya sudah tidak ada otak. Ini mungkin disebabkan zombie yang memakan otaknya.

"Aku tak sanggup, weh," Mimi menutup matanya.

Mereka saling berpelukan. Semasa mereka berpelukan, mereka tidak sedar bahawa ada sesuatu yang menjejaki mereka.

**********

Azizi membetulkan bajunya. Hampir koyak bajunya. Nasiblah bajunya berjenama mahal, kalau tak, tak pakai bajulah dia lepas ni kerana kesemua bajunya kotor dan koyak.

Hafiz memberi pandangan maut kepada Azizi lalu membetulkan cermin matanya menggunakan jari tengahnya.

Azizi memalingkan pandangannya ke arah lain supaya amarahnya dapat dikawal.

Mereka melanjutkan perjalanan. Adib berpasangan bersama Azizi manakala Hafiz pula berpasangan bersama Faizal untuk mereka berdua bertengkar lagi kerana jalan sempit.

Tiba-tiba, sekumpulan zombie muncul. "Oh shit," Faizal mencarut.

Adib terus mengeluarkan senjatanya dari beg. Dia mencari senjata yang sesuai. Dia cari, cari dan cari. Lantas sahaja, zombie berlari ke arahnya dan ingin menerkamnya tetapi nasiblah dia dapat mengelaknya. Dia ambil sahaja apa yang dia mampu capai. Dia tidak tahu apa yang dia capai, batang besi? Besi tajam? He had no idea.

Tanpa melengahkan masa, Adib terus menusukkan batang besi itu ke dalam mulut zombie itu. Dia mencabut balik batang besi itu dari mulut zombie itu lalu dia menusuk badan zombie itu berulang kali. Akhirnya zombie itu tidak bermaya.

Azizi cuba menunjukkan machonya dengan mengeluarkan tukul. Dia merasakan dirinya seperti Thor. "Ahhhh!" Dia mengeluarkan jeritan lalu menampar muka zombie itu menggunakan tukul yang diambilnya.

"Jangan macam-macam dengan aku!" Azizi berteriak lalu menumbuk badan zombie itu berulang kali. Darah zombie memercik sehingga terkena mereka berempat.

"Rasakan!" Azizi menghembuskan nafas lega. Tukul dilepaskannya.

Adib melihat satu per satu zombie disitu, memastikan mereka benar-benar mati.

Kelihatan Hafiz dan Faizal bekerjasama menentang satu zombie. Faizal mengambil tali hos yang tidak digunakan lagi lalu meletakkannya di leher zombie itu sehingga zombie itu lemas dan kemudiannya mati.

Hafiz terduduk keletihan.

**********

Mereka berlima melepaskan pelukan. Pris membesarkan matanya lalu berkata, "w-w-weh!" Dia menunjukkan jarinya ke arah sekumpulan zombie.

"Oh my god! They are coming!!!" Syida berteriak. "Apa kita nak buat ni?"

"Cepatlah Adib datang. Cepatlah cepatlah," Syaf membuat muka separuh menangis.

"Alamak dia datang makin dekat," Yana ketakutan.
Gunting Mimi dipegangnya erat.

Bersambung...

Apa yang akan berlaku? Adakag mereka akan menentang zombie-zombie itu menggunakan satu gunting? Atau hanya berserah kepada takdir? Atau adakah kumpulan lelaki akan datang tepat pada masanya?

Cari jawapannya di chapter seterusnya!

TERUS HIDUP || DISCONTINUEWhere stories live. Discover now