18: Pembunuhan Misteri

247 17 1
                                    

"Apa jadi dekat korang berdua?" Adib menyoal. Cuba melangkah mendekati Anis dan Jiha. "Mana Adrian dengan Aizat?"

Anis merebahkan diri ke atas lantai. Dia lelah dan menangis. Yana simpati terhadapnya lalu mengangkatnya dan menyandarkan diri Anis pada dinding. Jiha cuba menenangkan Anis.

"Kenapa ni? Ceritalah," Pris bertanya, cuba mengambil berat. Anis terus menangis, menangis dan menangis. "Janganlah nangis, aduhmak!" Azizi sudah mula muak.

"Dahlah tu. Tak payah nangis lagi Anis." Jiha cuba sedaya upaya untuk menenangkannya.

"Ish kau ni!" Faizal membuat Azizi diam lalu memberi pandangan maut.

"Se-sebe-benarnya..." Anis mula bercerita.

Imbas kembali...

Sebaik sahaja kumpulan lelaki keluar untuk melihat mayat Harith untuk kali terakhir, Anis berbincang bersama kawan-kawannya.

Hal yang dibincang oleh mereka adalah mereka ingin mengikut mereka yang lain untuk melihat mayat Harith.

"Aku tak bolehlah berjauhan dengan kesayangan aku, aku takut dia curang dengan Syaf." Anis mengadu. Dia mendagu, memandang ke luar jendela. Mana tahu kelibat Adib boleh dilihatnya.

"Kalau begitu, jomlah ikut diorang. Diorang mesti tak jauh dari kita," Adrian mengambil begnya lalu disandang.

Anis diam sejenak. "Kau pasti kau nak ikut?" Dia inginkan kepastian.

"Macam mana kalau ada apa-apa jadi dekat kita? Kumpulan kita harap je ada lelaki tapi semua sotong. Semua nak harapkan perempuan!" Jiha membebel.

Aizat hanya membelek-belek telefon pintarnya yang berjenama Oppo. "Ala... Kenapa tak ada signal?"

"Kau nak buat apa tu, Aizat? Tak guna pun kau belek-belek benda tu. Memang tak ada internet," Adrian menggelengkan kepalanya. Dia memandang ke luar tingkap jika ada zombie disekeliling tempat itu supaya mereka boleh keluar daripada tempat itu secepat mungkin. Tapi malangnya, banyak zombie berkeliaran sehingga mereka terpaksa tunduk.

Aizat mula menangis. Cermin matanya diangkat supaya air matanya boleh dilap. "Asal kau nangis ni. Macam budak kecil je!" Anis menolak kepala milik Aizat dengan kasar.

Aizat tidak membalas. "Kita nak keluar ke tak nak ni?" Jiha membuat riak muka yang garang.

"Entahlah. Aizat ni ha, lembik sangat. Sikit-sikit nangis." Anis angkat dari tempat duduknya lalu menolak daun pintu sikit demi sedikit. Line clear!

"Jom jom! Line clear! Cepat!" Anis mengangkat beg milik Aizat dan menarik tangan Aizat. "Come on, Aizat! Adrian, kau keluar dulu. Jagakan pintu, mana tahu nanti ada zombie nak masuk ke, kau tolong jagakan. Jangan jadi sotong sangat. Be brave!"

"Cepatlah!" Jiha menarik tangan Aizat yang sebelah. "Ye, okey! Aku bangunlah ni. Lepaslah!" Tangannya dihempaskan.

Aizat bangun, rambutnya dikemas rapi. Tanpa diduga, "Ahhhhhhhh!" Suara yang memang mereka kenal menjerit. "Adrian?!"

"Ha?! Adrian?!" Jiha keluar dari bilik itu dan melihat Adrian sudah pun terbaring. Darah berlumuran. Mereka tidak sempat untuk menyelamatkan Adrian. "Adrian!!!!!!!!" Anis keluar lalu berlari ke arah Jiha.

"Tak!!! Adrian!" Anis menepuk pipi Adrian dengan sekuat hatinya, mengharapkan Adrian sedar. "Adrian!"

Aizat keluar dan melihat kelibat-kelibat orang atau mungkin makhluk pelik yang telah membunuh Adrian, tetapi tidak ada walau satu pun yang dilihatnya. Dia kembali ke tempat dimana Adrian terbaring.

Aizat melihat ada kesan luka dari pisau yang memang disengajakan. Siapakah pembunuh itu? Sehingga sekarang, pembunuh itu tidak dapat dikenal pasti.

Anis dan Jiha terus menangis. Tidak boleh berhenti. Tanpa mereka sedar, masa berjalan, sudah lebih setengah jam mereka berada di situ sehingga kehadiran zombie pun mereka tidak perasan. Aizat membesarkan dan membulatkan matanya sebaik sahaja dia terlihat sekumpulan zombie yang tidak terkira bilangannya menghala ke arah mereka. "Oh tidak!!"

Aizat terus angkat dari tempat duduknya dan mengeluarkan segala peralatan tajam yang boleh digunakan sebagai senjata di dalam beg milik Adrian. Jiha dan Anis melihat Aizat menggelabah. "Kenapa ni?"

"Tengok tu! Cepat serang diorang!" Aizat mengarah mereka berdua.

"Oh. My. God." Terbeliak mata Anis melihat berapa ramai zombie itu. Terus sahaja dia bangun dan meletakkan Adrian di tempat yang lebih selamat, siap sedia untuk membunuh zombie-zombie itu.

Tamat imbas kembali...

"Pastu? Mana Aizat? Kenapa dengan dia?" Mimi menyoal.

"Aizat... Dia..." Jiha memulakan ceritanya.

Imbas kembali...

Aizat cuba sedaya upaya untuk menentang zombie-zombie itu walaupun itu mustahil kerana bilangan zombie itu sangat banyak. Kiri, kanan, depan dan belakangnya dikelilingi zombie.

"Aizat! Lari! Itu mustahil untuk kau lawan diorang." Jiha menjerit, bersedia untuk larikan diri. "Lari cepat!"

Aizat masih terkedu. Berdiri tegak. Tiada ruang untuknya menyelusup untuk melarikan diri. "Macam mana nak keluar?"

Anis memikirkannya jalan keluar. "Aku baling pisau ni. Bila dah terkena, lari! Kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Ye! Dengar! Cepatlah! Diorang makin dekat ni." Aizat berteriak.

Anis baling pisau itu lalu terkena salah satu zombie itu. Aizat cuba lari tetapi tangannya ditarik. Tangannya yang sebelah lagi pun ditarik. "Korang lari je! Aku tak apa-apa!"

"Ahhhh!" Aizat telah pun digigit oleh zombie. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka. Sudah terlambat. "Aizat!!!!!!!"

Anis ingin lari mendapatkan Aizat tapi ditarik oleh Jiha. "No, Anis!"

Anis akur lalu melarikan diri bersama Jiha.

Tamat imbas kembali...

"Oh my god," Pris berkata lalu menutup mulutnya. "Anis, Jiha, be strong. Kita pun tak sangka perkara macam ini akan berlaku."

"Aku rasa bersalah sangat. Aku layan dia dengan kasar. Aku... Aku... Tak sempat minta maaf," Anis mengalirkan air matanya, bajunya basah akibat air matanya yang tak henti-henti mengalir.

Bersambung...

TERUS HIDUP || DISCONTINUEWhere stories live. Discover now