17: Dayus

254 13 1
                                    

Zombie-zombie itu datang mendekat. Wajah zombie itu sudah cukup jadi mimpi ngeri mereka.

Tiba-tiba, Syida merampas gunting dari Yana. "Biar aku selesaikan dia orang ni." Syida yakin, dia boleh.

Syida menendang kaki milik zombie itu dan zombie itu terlentang. Syida mencuba sedaya upaya dia untuk menentang zombie itu demi kawan-kawannya.

Mimi, Pris, Yana dan Syaf hanya berdiam diri, menyorokkan diri di tempat yang selamat. "Syidaaa!!"

Syida tidak sempat memaling pandangannya ke belakang.

**********

Azizi, Adib, Faizal dan Hafiz terus berjalan menyusuri jalan itu. Sunyi.

Hafiz mengambil botol airnya dari beg sandang lalu meminumnya. "Ahhh, lega rasanya."

"Minum tu tak payahlah bising sangat. Aduhai!" Azizi cuba memulakan pergaduhan. Hafiz memandangnya dengan rasa tak puas hati.

"Dasar kepala botak, tak sedar diri!" Hafiz cuba memanaskan lagi keadaan. "Nak aku cukur semua rambut kau tak? Tak selesa pulak aku tengok kepala kau botak tengah." Tambahnya sambil ketawa terbahak-bahak.

'Ish. Kau sabar je. Ada lori ada bas, ada hari aku balas.' Desis hati kecil Azizi.

Oleh kerana menentang zombie, Azizi tak pasal-pasal jadi botak tengah. Itu sahajalah bahan gurauan semenjak dia orang tiada bahan gurauan yang lain.

Disuruh gunting semua rambutnya, tidak mahu kerana katanya 'rambutnya, mahkotanya.' Apa-apa jelah Azizi.

Selepas beberapa minit, mereka pun tiba di destinasi yang dituju. Mereka baru sahaja ingin melepaskan nafas gelisah tapi disedut semula kerana mereka terlihat Syida melawan zombie.

"Syida!!!" Syida tidak sempat memaling pandangannya ke belakang tetapi seperti ada sesuatu yang membaham di leher.

"Oh tidak!!!" Syaf berteriak. Syaf, Mimi, Yana dan Pris berlari ke arah Syida. "Apa dah jadi ni? OMG!" Pris mengambil sapu tangan lalu mengelap darah di leher Syida.

"Syida! Be strong!" Teriak Yana dalam suara merayu.

"Kenapa korang lambat? Cubalah datang tepat pada masanya. Tengok, apa dah jadi sekarang ni," Mimi mengelap air matanya.

Mereka berempat, Azizi, Hafiz, Faizal dan Adib, tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Mimi. Lantas sahaja mereka mengeluarkan senjata lalu membunuh zombie itu.

**********

"Guys! Look at this! Look what we've got," Nurul menunjukkan komputer ribanya yang berjenama Apple ke arah Fatin dan Emy.

Kelihatan radar zombie yang direka oleh mereka menunjukkan sesuatu yang menarik perhatian mereka.

"Wow!" Emy seperti sudah terpanar dengan apa yang ditunjukkan oleh Nurul. "Dekat mana ni?" Tambahnya.

"Let me check!" Fatin merampas komputer riba dari tangan Nurul. Ditekannya keyboard di komputer riba itu dengan laju. Tik tik tek tik tek tik tik.

Alamat itu dipaparkan dengan terperinci. Ternyata, tempat itu berada di sebuah sekolah yang agak jauh dari makmal mereka. Oh ya, sebernarnya, Nurul, Fatin dan Emy merupakan saintis cilik yang agak terkenal. Sekarang, mereka ingin menyiasat tentang zombie.

"Tempat ni agak jauh tapi kita boleh pergi ke sana guna helikopter." Fatin bercadang.

"Bila kita nak pergi?" Nurul bertanyakan soalan yang sama seperti Emy ingin tujukan kepada Fatin.

Emy mengambil gambar radar tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada Profesor L.

"Esok mungkin? Sebelum tu, kita kena minta kebenaran dari Profesor L," Fatin berucap sambil menanggalkan uniformnya yang seakan-akan doktor. Jamnya menunjukkan pukul 6 petang, waktu untuk dia pulang ke rumah.

"Gerak dulu!" Fatin melambai-lambai tanda selamat tinggal ke arah Emy dan Nurul.

**********

Azizi, Adib, Hafiz dan Faizal telah selesai membunuh zombie-zombie itu.

"Syida! Syida!" Syida telah pengsan akibat dari gigitan zombie itu. Mereka berhasrat ingin mengejutkan Syida dengan menggegarkan badannya tetapi tidak berjaya.

Adib memeriksa jantung Syida dan lehernya, masih hidup. "Jom kita angkat Syida ke bilik KH."

**********

Syida diletakkan oleh mereka di katil. Adib menyuruh mereka berkumpul di dapur kerana ada beberapa hal ingin dibincangkan.

"Sebelum ada apa-apa yang kita nak bincangkan, aku nak tanya sesuatu boleh tak?" Mimi bertanya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Faizal.

"Tanyalah," Hafiz mengeluarkan suaranya. Yana mengedarkan air mineral kepada kesemua mereka memandangkan semuanya kelihatan penat dan lelah.

Mimi meneguk dahulu air mineral yang diedarkan lalu bertanya, "Asal korang datang lambat? Kalau korang datang awal nanti pasti Syida selamat dan kita boleh tengok mayat Harith tapi apa yang jadi? Sebaliknya pula yang terjadi. Salah koranglah semua ni!"

"Sebab Hafiz dan Azizi bergaduh di tengah-tengah jalan tadi. Lepas tu, muncul pula zombie nak melambatkan masa kitorang." Adib mengulas.

"So semua ni salah aku lah, gitu?" Azizi menghentak botol mineral itu sehingga kesemua mereka terkejut.

"Memang salah kau! Semua yang berlaku memang salah kau!" Mimi seperti ingin bertekak dengan Azizi.

Azizi bangun dari tempat duduknya. "Oh yeke? Kau berhenti meninggikan suara kat aku or aku akan buat benda yang kau takkan suka." Azizi membalas.

"Disebabkan kau dah bertukar sifat, kitorang semua merana. Aku nak Azizi yang dulu. Kami semua nak Azizi yang dulu. Kalau boleh, aku nak salahkan kau atas semua yang terjadi atas Harith dan Syida. Kau puncanya!" Mimi marah dengan panjang lebar.

Tidak sampai satu minit Mimi berkata sebegitu, Azizi menampar pipi Mimi yang gebu. Muka Mimi menjadi merah padam dan Mimi memandangnya dengan penuh kemarahan.

"Aku dah cakap berhenti! Kau tak berhenti! Tengok apa yang dah jadi. Ini yang kau nak kan?" Azizi tidak ada rasa bersalah langsung.

"Bodoh punya lelaki! Kau dayus!" Mimi memegang pipinya lalu menampar Azizi. Syaf dan Pris menghalang mereka berdua daripada bergaduh.

"SUDAH!" Yana menjerit. Kesemua mereka terdiam sejenak. "Korang bergaduh macam ni fikir masalah boleh selesai ke?" Tambahnya.

"Tak habis-habis nak bergaduh!" Yana bangun sehingga kerusinya jatuh. Marah sangat. Mereka semua terdiam

Tiba-tiba...

Anis dan Jiha muncul dari bilik KH sebelah. Mereka terkejut melihat Anis dan Jiha berlumuran darah.

Bersambung...

Adakah hubungan Mimi, Azizi dan Yana akan menjadi baik-baik sahaja selepas ini? Apakah sebenarnya berlaku terhadap Anis dan kawan-kawannya? Apakah terjadi kepada Syida setelah zombie menggigitnya? Cari jawapannya di chapter seterusnya!

TERUS HIDUP || DISCONTINUEWhere stories live. Discover now