10: Renjatan Elektrik

391 30 0
                                    

Kumpulan dua yang berada di kantin cuba membuka pintu kantin. "Macam mana nak buka ni?" Hafiz mengeluh dan menggoyang pintu itu sekuat yang mungkin.

"Kita...," Faizal tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana terdengar jeritan. Bunyi jeritan datang dari arah perpustakaan. "Oh my god," Syida terkejut.

Mereka terkedu seketika. "Apa yang berlaku dekat atas sana?" Mimi menyoal sambil memandang ke arah perpustakaan. Mimi dan Faizal ingin melangkah ke tangga untuk ke perpustakaan tapi ditahan oleh Azizi.

Syida pula menitiskan air matanya. Tak sanggup dia kehilangan salah satu daripada kawannya. "Weh! Aku takut," katanya sambil merapatkan dirinya ke Mimi. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Korang jangan pergi. Nanti kita pula yang kena," Azizi menghalang mereka. Mukanya bertukar sinis. Tersenyum sinis. Apakah maksud senyumannya itu? Dia memang nak semua ini terjadi ke?

Azizi mengalihkan perhatiannya ke kantin pula selepas menghalang pergerakan mereka ke perpustakaan. Mimi pula memeluk Syida dengan rapat.

"Aku pergi check pintu belakang kantin ni, mana tahu tak kunci." Azizi menukar topik. Hafiz berbisik kepada Faizal, "asal Azizi dah jadi lain macam?" Suaranya diperlahankan supaya tidak sampai ke cuping telinga Azizi.

Faizal mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

*****

"Pris!!!" Yana mengangkat kepala Pris dan letaknya di atas ribanya. Syaf pula mengusap kepala Pris. 'Pris, aku tahu kau kuat. Please bertahan.' Hati Yana bersuara.

Harith berasa bersalah. Dia tidak sengaja. Sepatutnya wayar elektrik tu terkena dekat zombie bukan Pris. Adib pula masih mencari buku fakta tentang zombie.

"Yes! Dapat pun!" Adib menjerit kegembiraan. Lantas dia meletakkan buku itu ke dalam begnya yang berjenama Puma dan mengeluarkan pisau yang diambilnya dari dapur bilik KH. "Sekarang, kau bersedia ya zombie!!!" Adib menarik nafasnya sedalam yang mungkin.

Pada mulanya, Adib membuka silatnya di hadapan zombie tersebut. Zombie tu pun membuat muka pelik dan mungkin zombie tu fikir, 'apa kau buat ni?' dan menyengetkan kepalanya 90 darjah.

Belum sempat Adib menyilat zombie itu menggunakan silat ular tedungnya (eh ada ke? hahaha lantaklah), zombie lain mencekik lehernya.

Dia hampir pitam. Zombie-zombie itu cuba mengigit kepala Adib kerana otak adalah organ sasarannya tapi dapat dielak oleh Adib dengan menikam pisau yang ada pada tangannya ke peha zombie tersebut. Zombie itu meraung kesakitan.

Zombie itu melepaskan tangannya yang dari tadi mencekik leher Adib. Adib terus menikam leher zombie yang lagi satu. Dia cuba melarikan diri tapi kakinya ditarik oleh zombie yang ditikam Adib pada peha.

"Lepaslah!" Adib menjerit dengan api amarahnya. "Ish!" Adib memijak tangan zombie itu lalu dia terus berlari ke arah Syaf, Yana, Pris dan Harith.

Harith telah pun merenjatkan zombie itu dengan menggunakan wayar yang terputus itu. Adib melihat Pris terlentang di atas lantai beralaskan peha Yana.

Dia terus berlari ke arah mereka dan berkata, "kenapa ni? Kenapa Pris?"

"Dia kena renjatan elektrik yang Harith pegang tadi," Syaf menerangkan perkara yang bari terjadi kepada Adib sambil mengusap rambut Pris.

"Kita pergi bilik KH dululah, Pris dah tak boleh tahan lagi ni," kata Syaf sambil memandang mata Adib dengan tajam.

"Siapa nak angkat Pris ni?" Tanya Yana kepada mereka semua. Sasarannya ialah Harith.

"Harith," Syaf memandang Harith. "Kau yang buat, kau angkat. Okey?" Kalau suruh Adib, nanti Syaf cemburu. Tambahan pula, Adib bawa beg yang paling berat.

Harith membuat muka geram tapi dia kena akur kerana itu memang salah dia. Nasib kumpulan kedua sangat baik pada hari ini kerana mereka tidak terserempak dengan zombie di kantin.

Sebaik sahaja mereka sampai ke bilik KH, Harith meletakkan Pris di atas katil manakala Yana mengambil kain dan semangkuk air untuk mengelap luka di dahi Pris dan seluruh mukanya yang kotor akibat renjatan elektrik. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka bukannya ahli St. John mahupun Bulan Sabit Merah.

"Aku pergi kantin tau. Korang duduk je dekat sini," Adib berkata lalu menggalas begnya. "Take care," Syaf mengukir senyuman palsu.

*****

"Nasib kita baik, pintu belakang kantin ni tak berkunci," kata Azizi sambil membuka pintu. Faizal pula membuka langkah ke arah kotak-kotak yang belum terbuka. Barangkali ada makanan.

Azizi memerhati sekeliling jikalau ada zombie yang ingin menyerang. Bak kata pepatah, malang tidak berbau, tapi zombie berbau. Berbau darah. "Aman tak? Takda zombie?" Soal Syida lalu mengelap air matanya yang tersisa di pipi. Azizi mengangguk. Hafiz pula diarahkan untuk berdiri di pintu untuk menjaga keselematan.

Mereka mengambil semua makanan yang ada di dapur kantin termasuklah bahan mentah, tepung ayam goreng pun diorang ambil juga tapi ayamnya tiada. Semua bag ahli kumpulan dua dipenuhi dengan makanan dan Faizal pula mengangkat sekotak air mineral.

"Semua dah ambil?" Tanya Azizi sebagai ketua kumpulan. Ambil? Lebih tepat, mencuri.

"Dah," jawab Faizal, sebotol air mineral dibukanya untuk menghilangkan dahaga. "Okey, jom balik pergi bilik KH." Ajak Azizi.

Semasa dalam perjalanan balik ke bilik KH, Adib muncul dengan baju dipenuhi darah. "Kau kenapa, Dib?" Hafiz bertanya, dia fikir, mungkin ada kejadian berdarah terjadi pada kumpulan pertama.

"Hah! Sebab itulah aku tak suruh korang pergi sana. Silap-silap, kita yang kena tadi," Azizi berkata dan memamparkan muka selambernya. "Ada yang dah jadi arwah ke?" Mulut laser Azizi berucap.

Semua terkejut apabila Azizi berkata begitu. "Azizi!" Mimi menegurnya dengan kasar. "Kau apa hal?" Tambah Syida. "Sampai hati kau," Adib menolak bahu Azizi.

"Apa? Aku tanya je kan! Takda maksud apa-apapun," Azizi meninggikan suaranya lalu menolak dada Adib. Dia melepaskan nafas amarahnya.

"Dah! Dah! Aku tak nak ada yang bergaduh dekat sini, kejap lagi ada zombie dengar lepas tu serang kita, lagi banyak yang terluka nanti!" Faizal memisahkan kedua-duanya.

"Macam budak kecillah korang ni," Mimi mengomel. Keadaan menjadi sunyi.

Mereka meneruskan perjalanan ke bilik KH. Adib mendahului perjalanan mereka manakala Azizi pula mengakhiri. Tiba-tiba, kotak yang diangkat oleh Faizal jatuh dan membuat bunyi yang agak nyaring. "Takpa, aku tolong kau angkat," pergerakan Faizal yang ingin mengambil kotak itu terhenti sebaik sahaja Hafiz bertindak ingin menolongnya. Lagipun, Hafiz takda bawa apa-apa.

Faizal hanya membalas dengan senyuman. Malangnya, bunyi tersebut membuat zombie mengesan kehadiran mereka. Mereka terkedu. Seramai lima puluh lebih zombie di hadapan mereka. "Oops!" Faizal terkejut.

"Lari!!!" Azizi menjerit dan mereka mengikuti jejak Azizi.

Akhirnya, zombie itu tidak mengekori mereka dan mereka telah pun sampai di bilik KH. Desuhan penat dilepaskan.

Kotak yang diangkat Hafiz dilepaskan. "Fuh, nasib baik aku takda asma! Kalau tak, dah lama aku jadi arwah," ujar Hafiz sambil membetulkan rambutnya menggunakan cermin milik Syaf.

"Kenapa Pris?" Mimi dan Syida bertanya serentak. "Dia kena renjatan elektrik," balas Yana, mukanya kelihatan sedih. "Are you fucking serious?" Faizal membulatkan matanya. Syaf hanya mengangguk.

Bersambung...

TERUS HIDUP || DISCONTINUEWhere stories live. Discover now