____ POV
Aku ... Tiap tiap hari macam ni.. Kene sindir... Kene ejek... Kene buli... Diabaikan... Oleh sebab apa? Oleh sebab rupa paras aku dari atas hingga bawah. Aku berisi, ade jerawat , muka tak lawo gitu... Orang perlu tahu yang paras rupa seseorang itu perlu di judge dari dalam diri dia. Bukannya luar diri dia. Apa gunanya kalau rupa cantik tapi hati buruk? Takde siapa yang faham erti ' Don't judge a book by it's cover' ..
Tetapi dia ....
Dia lain daripada yang lain. Dia baik dengan aku. Dia sangat peramah... Dia langsung tak ejek aku takpun buli. Dia selalu bagi aku senyuman arnabnya tu. Siapa lagi kalau bukan....
Jeon jungkook..
Dia budak yang paling famous kat sekolah ni. Semua senior kenal dia. Dia ada banyak fangirls. Dan akulah salah seorangnya. Aku perlu simpankannya sebagai rahsia. Kalau tak nanti habis diejek dengan teruk.
" Hey, heyyy!! Hello?! Roh ___ ade kat dalam tak?"
Aku terjaga dari lamunanku. Kelihatan kawan baikku sedang menghayunkan tangannya di hadapan mukaku.
" Ingat tak sedar tadi. Dah jomlah. Waktu rehat dah nak tamat. Nanti lambat pulak." sambung dia.
Aku hanya menggangguk.
Kawan baik aku ni adalah seorang yang popular jugak. Dia dikenali dengan perwatakan dia dan penampilannya yang handsome. Siapa namanya? Nantilah aku bagitau.
Aku dan dia mula jalan menuju ke kelas seterusnya apabila aku terdengar bunyi percakapan. Suara dia amat dikenali.
" Hahaha _____? Si budak obesiti tu? Takde makna lah aku nak suka dia. Not my taste lah bro. Aku hanya kawan dengan dia sebab rasa kesian je. Yelah bukan selalu orang hodoh dapat kawan dengan laki popular macam aku. Aku nak tengok muka dia, wuuuuuuu mengerikan. Buang masa je aku nak sukakan dia. Lebih baik aku pergi dating dengan tiang daripada dengan dia." gelak Jungkook yang sedang berborak dengan geng geng dia di loker. Langkah aku terhenti. Begitu juga kawan baik aku.
Air mata mula turun perlahan lahan. Aku pun lantas patah balik dan lari.
Kawan baik aku memandang slack pada Jungkook namun Jungkook langsung tak perasan. Setelah berusaha mencari, dia telah berjaya jumpa aku di atas rooftop. Aku sedang bersandar pada pintu dan menutup mataku lalu menangis perlahan lahan." Kat sini pun kau , ____.." kata dia dengan lega.
Dia datang menghampiri lalu duduk disebelah aku.
" Dah, dah jangan nangis.. Tak cantik lah kalau perempuan menangis.." pujuk dia
" Aku memang tak cantik pun.." bisik aku
" Siapa kata?"
" Diaorang semua..."
" Kau jangan layan bedah bedah tu. Banyak cakap lebih. Diaorang ingat diaorang tu siapa hah nak pakai sedap je judge orang. Atleast ko jadi diri kau, jadi original.. Diaorang tu? FAKE BICHES yang pandai melawa dan menggatal je. Tapi dalam pembelajaran? Haha keputusan diaorang memang menyedihkan. "
" Tiada siapa faham aku... Tiada siapa sudi jadi kawan aku.. Aku keseorangan... Kesunyian.." bisik aku.
" Hey, hey.. Pandang aku.. Pandang aku " kata dia sambil meletakkan kedua dua tangannya di bahuku. Aku memandang dia.
" Aku kan ada. Aku pun dah cukup dah. Aku tengok kau lagi cantik. Aku ni judge orang dari hati . Bukannya dari rupa. Ingat tu. Just remember.. Aku akan sentiasa ada di sisi kau,____."
" Gomawo... Gomawo , Taehyung.." bisik aku sambil nangis kerana terharu.
Ya betul tu.. Kawan baik aku ... Satu satunya kawan aku... Ialah Kim Taehyung. Dia seorang yang funny, pelik dan baik hati. Dia sentiasa beri sokongan bila aku perlukan. Aku ingat lagi time dia mula mula jadi kawan aku.
YOU ARE READING
BTS Imagines[ Malay ver.]
FanfictionRasanya tak perlu ada sinopsis pun. Just nak bagitau yang BTS atau sesiapa je yang muncul dalam fanfic ni , bukan milik Teary. Teary hanya memiliki jalan cerita je. Kay? CAUTION : KEMUNGKINAN AKAN ADA PERKATAAN YANG TIDAK ELOK. BE CAREFUL . KAU TELA...