Jungkook [ Bully / Jealous / Sweet ]

1.6K 103 5
                                    

____ P.O.V

Kriiing,Kriiing!!!

Aku tutup jam penggera yang berada di atas meja, sebelah katil aku. Aku groan . Aku memang malas nak pergi sekolah. Bukannya apa cuma.. Aku malas nak menghadap muka pembuli aku iaitu Jeon Jungkook. Dialah kingka sekolah aku. Dia sering kali buli aku macam baling jet kertas,langgar bahu aku, ejek aku dan perkara lain lagilah. Aku bersabar jelah dengan mamat tu. Sebab apa? Sebab aku boleh dikatakan ada SIKIT crush kat dia. Haha.. Macam mana lah aku boleh suka kat pembuli aku sendiri. Mungkin sebab penampilan dia handsome dan suara dia boleh buat orang melting kot..
Haishh ape yang aku cakapkan ni?!

" ____ cepatlah bersiap! Nanti lambat pergi sekolah tu!" jerit ibu

" Tapi ibu! ____ demam lah hari ni!" jerit aku balik

" Ah banyak cantik kau! Cepat bersiap ! Kang ibu heret kau ke sekolah kang baru tahu!"

Aku mengeluh. Aku pun bangun dan pergi ke bilik air.

~~~~~~
Aku sedang mengambil beberapa buku dalam loker apabila ada seseorang langgar bahu aku menyebabkan buku aku terjatuh. Aku pandang insan itu. Aku memasamkan muka.
Di hadapan aku tak lain dan tak bukan , Jungkook. Aku abaikan dia dan mengutip buku aku yang berselerak di lantai.

" Heh, kau tu kecik sangat sampai aku pun tak nampak." kata Jungkook sambil tersengih

Aku ambil semua buku aku dan berlalu pergi.

" Hey! Bile orang tengah cakap , pandang lah orang tu!" kata Jungkook sambil memegang pergelangan tangan aku.

" Eesh, lepas lah!" kata aku sambil tinggikan suara

Jungkook nampak begitu terkejut dengan kemarahan aku yang tiba tiba sebab setahu dia, aku tidak pernah meninggikan suara atau melawan dengan dia.

" Amboi marah nampak."

" Memang lah aku marah! Kau tu asyik ganggu aku je! Tak pernah tinggalkan aku sorang sorang! Disebabkan kaulah takde orang nak jadi kawan aku!" marah aku

Jungkook kehilangan kata.

Aku pun berlalu pergi ke kelas pertama aku dengan perasaan marah.

Jungkook P.O.V

Uwahh.. Tak sangka yang dia marahkan sangat kat aku. Tapi dia nampak sexy bile marah. Tak tau pulak aku yang aku dah buat dia seksa sampai macam tu. Aku rasa bersalah sangat. Lebih baik aku bagitau dia perkara yang sebenar sebelum dia bencikan aku.

~~~~~~

____ P.O.V

Lepas ni kelas Bahasa Inggeris dan lepas tu balik. Tak sabarnya aku nak balik! Tapi.. Lepas ni aku sama kelas ngan si mamat kingka tu! Arghhh sakit otak aku! Takpe.. Semuanya akan okay.. Kalau aku tak hiraukan dia, tentu dia takkan kacau aku.

Aku angguk kepala aku sorang sorang. Tanpa disedari, ada seseorang di belakang aku.

" Kenapa awak angguk kepala?"

Aku pusing belakang dan bersemuka dengan seseorang itu.

" L - lay?"

  Lay memberikan senyuman manisnya pada aku.

" Ermm.. Ma - mana ada saya angguk kepala!" kata aku

" Haha yelah. Awak ada kelas English kan? Apa kata kita duduk sama sama."

" Ermm.. Okay?"

Aku dan Lay masuk ke dalam kelas dan mengambil tempat duduk, bersebelahan.

" Ermm.. Lay - "

BTS Imagines[ Malay ver.]Where stories live. Discover now