"Jadi...awak masih lagi tak boleh terima omma SooNie?" soal Jieun.
Taehyung hanya menggeleng. Dia telah menceritakan semuanya tentang kisah hidup nya.
Yer, semuanya.
"Disebabkan perempuan tu omma saya selalu menangis. Dia tu bukan omma saya. Dia perempuan simpanan sahaja."
Jieun hanya diam. Kesian Pn. Kim. Dia terpaksa menerima kesakitan yang suaminya sudah berkahwin dengan perempuan lain. Perempuan yang digelar 'perempuan simpanan'.
×××××××××××××××××××××××××
"Kita nak beli apa dekat sini?" soal Taehyung yang berada di sebuah butik. Dia melihat sahaja tangan Jieun yang sedang membelek gaun.
"Baju.." jawab Jieun ringkas tanpa memandang wajah Taehyung. Besok prom hari ni baru terhegeh hegeh nak cari gaun.
"Untuk?" soal Taehyung lagi. Jieun mula mengeluh kecil. Dia segera memandang Taehyung di sebelah.
"Untuk majlis prom besok. Saya nak jadikan awak sebagai partner saya. Sebab awak teman lelaki saya. Faham?"
"Saya?"
"Yer...wae?. Tak nak?. Tak nak takpe. Saya call Suho ajak dia jadi partner saya." Jieun mengeluarkan telefonnya dan berpura pura menelefon Suho. Taehyung terkejut lalu merampas telefon Jieun membuatkan gadis itu tersentak.
Taehyung berdiri betul betul dekat dengan Jieun.
"Saya tak suka awak berpasangan dengan lelaki lain selain saya..." bisik Taehyung.
Jieun kaku. Jantungnya berdegup kencang. Dia terus menolak dada Taehyung.
"Yah...jangan macam macam eh." dia memberi pandangan maut pada Taehyung. Lelaki itu mula ketawa kecil.
"So, awak nak cari baju warna apa?" Taehyung mula membelek gaun yang berada di hadapannya.
"Yang ni?...." tunjuk Jieun.
×××××××××××××××××××××
"Ahjumma, ok ke gaun ni?" Jieun berdiri di hadapan cermin biliknya sambil meneliti gaunnya.
"Ok. Jieun nampak cantik malam ni." puji ahjumma yang sedang duduk di atas katil Jieun.
"Haish. Jieun berdebarlah..."
Ahjumma hanya tersenyum. Dia menghampiri anak majikannya.
"Jieun kena yakin...." ahjumma memegang bahu Jieun dari belakang. Jieun hanya tersenyum sambil memandang bibiknya dari cermin.
"Jieun buatkan ahjumma teringat dekat omma pulak"
"Ahjumma....." rayu Jieun.
"Gwaenchana. Dah jom. Taehyung mesti dah lama tunggu."
Jieun hanya tersenyum....
×××××××××××××××××××××××
Taehyung menunggu Jieun di hadapan tangga. Dia membetulkan tuxedo yang dibeli oleh Jieun semalam.
"Taehyung-ahh...."
Taehyung terus berpaling ke belakang setelah namanya dipanggil. Kelihatan Jieun dan ahjumma menuruni tangga.
Taehyung terpegun melihat Jieun pada malam ni. Dia nampak...
Cantik sekali.
"Dah siap?" soal Jieun.
"Dah."
"Ahjumma, kami pergi dulu."
"Nae."
Jieun dan Taehyung terus melangkah keluar dari rumah dan menuju ke kereta.
YOU ARE READING
dRiveR ↯ Taehyung [C]
Fanfiction"Kau tu cuma ibu tiri aq! Sedar diri tu sikit! Kalau appa aq tak kutip kau dah lama kau duduk merempat tahu?! And now, jangan halang aq untuk kahwin dengan sesiapa pon." +TAEHYUNG "Apa hubungan awak dengan Jiwon sebenarnya?" +JIEUN "Muka kau...muka...