empatpuluh

184 20 1
                                    

"Kita pergi office appa dulu, boleh? Saya ada benda nak bincang dengan appa." Kata Jieun sesudah dia melangkah masuk ke dalam kereta.

"Nae." Jawab Taehyung dengan ringkas.

Pedal minyak ditekan dan mereka memulakan perjalanan. Jieun mula mengalihkan pandangan nya ke luar tingkap.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Taehyung menarik telinga Jieun sambil berjalan menuju ke parking lot.

"Arhh! Sakit lah!" Jieun memegang telinga nya sambil mencebik.

"Padan muka. Siapa suruh awak cakap yang bukan² dekat appa awak tadi."

Flashback.

Taehyung memberhentikan kereta nya di parking lot. Mereka membuka seatbell secara serentak.

"Saya tunggu dalam kereta je eh?"

"Tak. Awak kena ikut saya."

"Apa?"

"Palliwa.."

Jieun terus keluar dari kereta. Senyuman kecil mula terukir. Apabila dia terdengar enjin kereta dimatikan dan pintu kereta dibuka, dia terus membuat muka serious.

"Yah, betul ke awak nak saya masuk sekali?" Taehyung menghampiri Jieun.

"Nae. Kajja." Jieun mengenggam tangan Taehyung dan terus menarik tangan lelaki itu masuk ke dalam bangunan yang bernama ' J'Park Holdings '

"Saya nak berjumpa dengan En. Park." kata Jieun kepada wanita yang berumur 30-an itu.

Tangannya masih lagi mengenggam kemas tangan Taehyung.

"Ermmm...En. Pa--"

"Saya anak dia. Park Jieun." bidas Jieun.

"Yah, awak kenapa ni?" Taehyung menarik perlahan tangan Jieun.

Agak seram juga tengok perempuan ni. Tiba-tiba sahaja berperangai pelik macam ni.

"Na..nae. Sila ikut saya." wanita itu terus berjalan mendahului Jieun dan Taehyung menuju ke sebuah bilik.

Tok! Tok!

"Masuk."

"Tuan, ada orang nak berjumpa tuan."

"Siapa?" soal En. Park tanpa memandang wajah P.A nya.

Belum sempat wanita itu memberitahu siapa orangnya. Jieun terus melangkah masuk, begitu juga dengan Taehyung.

"Appa.."

En. Park mengangkat mukanya.

"Oh? Jieun? Taehyung? Kenapa ni?"

"Tuan, saya keluar dulu."

"Nae. Terima kasih, Jihyo."

Wanita itu hanya menunduk lalu keluar dari bilik pejabat En. Park.

"Ada apa Jieun nak jumpa appa ni? Takkan dah rindu kot?" gurau En. Park sambil menyambung membuat kerjanya semula.

Jieun hanya diam. Dia memandang Taehyung dan Taehyung turut memandang nya juga.

Dia mengeratkan pegangannya lalu memandang appa nya semula.

"Jieun mengandung."

En. Park terus berhenti menulis. Mata Taehyung terbuntang dengan luas. Dia betul-betul terkejut. Taehyung menekan pegangan Jieun.

"Apa awak merepek ni?" bisik Taehyung.

"Jadi, Jieun nak kahwin dengan Taehyung secepat yang mungkin." Jieun mengabaikan soalan Taehyung.

dRiveR ↯ Taehyung [C]Where stories live. Discover now