"Oh, jadi yang dekat airport tu awak lah?"
"Nae."
Aq mengalihkan pandangan ku. Mata dipejamkan seketika. Ahhh pabo! Tak sangka pulak mamat airport tu sebenarnya Taehyung. Haishh!
"Saya pergi L.A selepas appa saya meninggal. Dan dari situ lah saya dh mula kenal dengan awak."
Aq memandang Taehyung semula.
"Mianhaeyo. Saya tak dapat nak cam muka awak masa tu....
Tapi ni semua salah awak lah!. Kalau awak tak pakai penutup muka tu mesti saya pon dah lama kenal awak." Aq meninggi kan sedikit suaraku. Walaupon ramai orang yang lalu lalang. Tapi...who cares?
"Saya sengaja pakai penutup muka masa tu."
"Oh?. Waeyo?"
"Tak payahlah tau." Taehyung mencuit hidung ku. Aq sudah mula mengembungkan pipi. Haish dye ni. Banyak betul rahsialah.
"Emm...dah malam ni. Awak nak terus duduk sini ke ata--"
"Kajja!. Kita balik." Aq terus memotong ayat Taehyung. Ni kalau aq tak potong mesti dia dah merepek.
Taehyung menolong aq untuk bangun. Dan lagi sekali aq memegang lengan nya.
.............................................
Aq memandang kedai kedai yang berada disebelah ku. Tiba tiba Taehyung mula memecahkan kesunyian.
"Kan best kalau hari hari saya dapat pegang awak macam ni. Bila lagi saya boleh dapat peluang macam ni?"
Aq terus mendongak memandang muka Taehyung.
"Tch...tunggu kaki saya sakit lah. Tak pon bila kita dah kahwin." Aq mula tersenyum sinis.
"Woah jinjja?. Kalau macam tu saya doakan awak jatuh setiap hari lah. Boleh kita pegang tangan sampai kita kahwin. Setuju?"
Ya ampun, kenapa aq ni goblok sangat pergi cakap macam tu.
"Tapi saya tak maksudkan pon apa yang saya cakap."
"Tapi saya maksudkan apa yang saya cakap."
"Yah, hajima. Nanti saya yang kena tanggung sakit tu, tahu?"
"Tak pe lah. Awak yang beruntung sebab ada orang yang sanggup dukung awak pergi sana sini. Kan?"
Aq menjeling ke arah nya.
"Menjengkelkan nya awak ni."
Taehyung sekadar ketawa kecil. Keadaan mula menjadi senyap semula.
"Emm taehyung-ah."
"Nae?"
"Mianhae sebab saya cakap dekat Makcik Bae yang awak ni driver saya." Aq menundukkan wajah ku. Tiba tiba terasa malu pulak mintak maaf hanya disebabkan benda tu.
"Gwaenchana. Saya faham." Balas Taehyung tanpa memandang wajahku.
"Awak...marah ke?"
Aq memandang mukanya.
"Aniya. Saya cuma kecewa sedikit."
Aigoo. Janganlah buat aq rasa serba salahh. Haishh. Dah start gelabah nih.
"Omo...jangan lah buat saya serba salah dekat awak. Sebenarnya saya tak de niat pon nak cakap macam tu. Makcik Bae tu sebenar--" percakapan ku terus terhenti tatkala Taehyung meletakkan jari telunjuknya ke bibir ku. Langkah kami juga turut dihentikan.
Aq mula terdiam dan memandang sahaja anak mata Taehyung.
"Kan saya dah cakap, tidak mengapa. Awak tak perlu rasa serba salah pon. Janji awak dah tahu yang saya betul betul cintakan awak. Arraseo?"
YOU ARE READING
dRiveR ↯ Taehyung [C]
Fanfic"Kau tu cuma ibu tiri aq! Sedar diri tu sikit! Kalau appa aq tak kutip kau dah lama kau duduk merempat tahu?! And now, jangan halang aq untuk kahwin dengan sesiapa pon." +TAEHYUNG "Apa hubungan awak dengan Jiwon sebenarnya?" +JIEUN "Muka kau...muka...