duapuluhlapan

203 23 0
                                    

Jieun hanya membisu sambil duduk di atas bangku. Dia hanya melihat saja suasana yang bising di dalam taman hiburan itu.

"Awak marah saya lagi ke?" Soal Taehyung di sebelah.

"Saya takde mood. Hantar saya balik." Jieun terus bangun tapi sempat Taehyung menahan nya.

"Saya minta maaf lah. Saya tahu saya salah." Taehyung berdiri menghadap Jieun.

"Macam ni ke cara awak pujuk teman wanita awak? Tch....menyedihkan betul." Jieun tersenyum sinis.

Taehyung yang terasa tercabar terus menarik tangan Jieun keluar dari taman hiburan tersebut. Dia menuju ke parking lot.

"Yah Taehyung-ah!" Jieun meronta ronta minta dilepaskan.

Sampai saja di kereta yang tidak mempunyai ramai orang. Taehyung terus menolak badan Jieun dengan perlahan membuatkan gadis itu tersandar pada kereta.

"Yah, awak ni kenapa?"

"Boleh awak ulang balik apa yang awak cakap tadi?" Ujar Taehyung sambil mengunci Jieun supaya dia tidak lari. Kepala Taehyung betul betul rapat terhadap gadis itu.

"Saya cakap awak tak pandai nak pujuk teman wanita awak sendiri. Wae? Rasa tercabar?"

Taehyung mula tersenyum sinis.

"Saya minta maaf."

Jieun mengetap bibir menahan geram.

"Tepi! Saya nak balik!" Jieun menolak badan Taehyung dengan kuat. Tapi secara mengejut Taehyung terus mencium bibir Jieun. Langkah Jieun terus terhenti. Mata nya dibulatkan. Jieun terkaku.

Taehyung melepaskan ciumannya dan merenung anak mata Jieun. Tetapi Jieun terus menundukan kepalanya.

"Kan saya cakap saya minta maaf. Awak masih marah saya lagi ke?" Bisik Taehyung.

Jieun hanya menunduk dan diam.

Taehyung  tersenyum kecil. Dia mencium dahi Jieun dengan lembut.

"Maafkan saya?"

Jieun hanya mengangguk kecil. Sungguh dia malu sekarang ni.

××××××××××××××××××××××××

Jieun dan Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba tiba mereka berdua ternampak yang ahjumma keluar dari bilik sambil membawa beg besar nya.

"Oh? Ahjumma nak pergi mana ni?" Soal Jieun.

"Mianhae Jieun. Ahjumma kena balik kampung. Sebab anak anak ahjumma dalam perjalanan balik ke sana. Boleh kan Jieun bagi ahjumma cuti sampai naik sekolah nanti?"

"Nae nae. Jieun kasi ahjumma cuti. Hati hati yer ahjumma."

"Nae. Kalau macam tu ahjumma pergi dulu. Teksi dah sampai."

"Baiklah. Hati hati ahjumma."

Ahjumma hanya mengangguk dan terus keluar dari rumah tersebut. Sekarang hanya tinggal Jieun dan Taehyung sahaja yang berada di rumah.

"Emm...saya masuk bilik dulu." Jieun terus melangkah mendaki anak tangga.

Taehyung yang memerhatikannya hanya tersenyum nipis.

×××××××××××××××××××××××××××

Pada malam itu, Taehyung bermundar mandir di dalam bilik sambil mengigit ibu jarinya.

"Aq kena selesai kan perkara ni. Yes. Aq kena selesaikan."

Taehyung terus menekan skrin telefonnya dan menghantar sms kepada seseorang.

dRiveR ↯ Taehyung [C]Where stories live. Discover now