tigapuluh

221 19 2
                                    

"Kenapa dia buat aq macam ni Joohyun? Kenapa?" Esakkan Jieun semakin kuat. Dia membenamkan mukanya pada bahu Joohyun dan menangis lagi.

Joohyun hanya menepuk belakang Jieun sruh bersabar. Dia memandang Kyungsoo yang sedang berdiri di hadapannya.

"Sabar. Sabar. Aq faham perasan kau."pujuk Joohyun.

Jieun hanya menangis. Menangis. Dan terus menangis. Rasa kecewa, marah, sedih masih lagi belum hilang dalam dirinya.

×××××××××××××××××××××××

Jieun duduk di Han River. Seorang. Manakala Joohyun dan Kyungsoo, Jieun menyuruh mereka balik dahulu.

Dia mahu berseorangan buat masa sekarang.

Jieun mula termenung...

"Terima kasih..."

"Untuk?"

"Terima saya sebahagian dari hidup awak."

"Janji dengan saya yang awak tak akan tinggalkam saya dan tak kan lukakan hati saya.

"Baik cik. Saya janji."

Terpapar wajah senyuman Taehyung pada kotak fikiran Jieun. Jieun mula memeluk lutut nya.

"Saya akan sokong bidadari saya..."

"Percayalah. Saya dah bagitahu awak banyak kali yang saya sayangkan awak takde orang lain."

"Sebab tu saya nak awak jadi milik saya. Saya takkan lepaskan awak tau. Ingat."

Air mata Jieun berair semula. Sungguh kuat kata kata Taehyung bermain dalam fikirannya.

"Saya sayang awak...".

"Saya lagi sayangkan awak..."

Jieun tidak tahan. Dia segera membenamkan mukannya pada lututnya sendiri dan menangis.

×××××××××××××××××××××××××

"Aq tak tahu lagi nak buat macam mana. Kalau lah aq cakap benda ni dari dulu lagi. Mesti semua ni takkan jadi." Taehyung mengeluh. Dia memandang kawan kawannya.

"Dia sekarang dekat mana?" Soal Suga.

"Keluar." Balas Taehyung sepatah.

"Aq tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau Namjoon hyung dengan Jin hyung ada mesti dyeorang boleh tolong. Tapi aq cuma boleh nasihatkan, kau cuba pujuk dia lagi. Jangan putus asa." Nasihat Jimin.

"Haa betul tu hyung. Hyung kena usaha lebih keras sikit untuk pujuk Jieun. Hyung kena sabar."

"Aq yakin. Dengan usaha kau Jieun dapat lembutkan hati dia." Sokong Jungkook dan juga Hoseok.

Taehyung hanya diam. Dia merenung sahaja ke bawah.

×××××××××××××××××

Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah. Dia ternampak susuk tubuh Jieun terbaring di atas sofa. Perlahan lahan dia menuju ke arah sofa tersebut.

dRiveR ↯ Taehyung [C]Where stories live. Discover now