duapuluhenam

238 24 0
                                    

Jieun melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup dengan kuat. Dia terus menaiki katil lalu memeluk lututnya nya sendiri.

Jieun menangis.

"Kenapa susah sangat nak dapat keluarga bahagia macam orang lain....

Omma....

Bogoshipeoyo.." esakkan Jieun semakin sayu. Dia membenamkan muka pada lututnya sendiri. Bahu nya terhincut hincut menangis.

Appa kejam.

Kenapa appa selalu pentingkan kerja appa dari anak sendiri?

TOK! TOK!

Jieun mengangkat mukanya setelah dia mendengar pintu biliknya diketuk. Air mata nya dikesat. Pintu biliknya dibuka perlahan lahan. Jieun ternampak yang kepala heolmeoni sedikit demi sedikit memasuk ke dalam ruang biliknya. Seperti orang mengintai...

"Yah heolmeoni, masuk jelah. Jangan lah ngintai ngintai macam tu."

Heolmeoni terus tergelak kecil. Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik Jieun sambil membawa beg yang agak sederhana besar. Jieun yang menyedarinya hanya dibiarkan. Dia merenung saja cadar katil nya sediri.

Heolmeoni melabuhkan punggungnya di sisi katil Jieun.

"Aigoo, cucu heolmeoni menangis ke? Uljimaa..." Heolmeoni mengangkat dagu Jieun lalu mengesat sisa air mata cucunya.

"Sejak omma takde Jieun rasa sunyi, heolmeoni. Appa selalu tak ada masa untuk luangkan masa dengan Jieun.

Jieun rindu omma..

Jieun nak ikut dia." Jieun kembali menangis.

Heolmeoni hanya tersenyum manis. Dia menyentuh kedua dua pipi cucunya.

"Appa kerja sebab nak cari duit untuk Jieun. Appa sayang Jieun. Sebab tu appa cari orang untuk jaga Jieun."

Jieun hanya berdiam diri.

"Dah. Jangan nangis. Buruk cucu heolmeoni yang cantik ni."

Jieun hanya tersenyum nipis. Dia nampak yang heolmeoni mengambil beg sederhana besar trsebut lalu ditaruk di atas katil Jieun.

Jieun mengerutkan dahinya.

"Apa ni heolmeoni?"

Heolmeoni hanya tersenyum lalu dia membuka zip beg tersebut dan mengeluarkan gaun putih yang sangat cantik.

"Ni gaun omma kamu. Dia pakai gaun ni masa dia nak pergi temu janji yang pertama dengan appa kamu."

Jieun membelek gaun tersebut. Sungguh cantik. Kalau lah omma nya masih ada dan memakai gaun ni mesti lebih menawan.

"Omma suruh heolmeoni simpan gaun ni untuk bagi dekat Jieun bila Jieun dah besar nanti. Jadi inilah masanya. Gaun ni sekarang dah jadi milik Jieun. Jaga elok elok. Pakai masa Jieun buat temu janji dengan Taehyung nanti."

Jieun terus mengangkat wajahnya setelah mendengar nama Taehyung.

"heolmeoni........ tahu?" soal Jieun yang mula gementar. Heolmeoni hanya tersenyum manis.

"Nae, heolmeoni tahu. Dan heolmeoni pasti Taehyung adalah orang yang baik. Jaga hubungan kamu baik baik, arraseo?"

Jieun tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia terus memeluk heolmeoni dengan erat.

"Gomawo heolmeoni..." kata Jieun.

Heolmeoni hanya membalas pelukan cucu perempuannya dengan lebih erat.

×××××××××××××××××××××××

Jiwon menutup pintu biliknya. Dia termenung seketika.

"Choi Minho..." Jiwon menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang membawa malang kepada dirinya.

"Tch...tak guna." Jiwon berjalan ke arah katilnya dan terus merebahkan dirinya di atas katil tersebut. Dia menyebut nama lelaki itu kerana dia baru saja terserempak dengan lelaki itu di mall dari jarak jauh. Jiwon memang tak nak berjumpa lelaki seperti itu.

Flashback...

"Kau nak apa jumpa aq? Cepat. Aq tak nak Jieun nampak kita berdua dekat sini." kata Jiwon dengan dingin.

"Hey chill, saya nak jumpa awak sebab saya nak jadikan awak sebagai teman wanita saya. Boleh kan?"

"Tchh....kau gila? Aq sayang Jieun sebagai adik aq sendiri. Takkan aq nak tikam belakang dia. Lagipon aq tak pernah ada apa apa perasaan sekali pon dekat kau. So please, jangan buat perkara macam ni."

"But please, aq betul betul sayang kan kau." Minho mula memegang tangan Jiwon. Jiwon tersentak. Dan pada masa yang sama Jieun telah datang secara mengejut.

End flashback...

Jiwon terus bangkit dari pembaringannya. Dia mengeluh kecil lalu berjalan menghampiri meja soleknya. Dia meneliti wajahnya. Subangnya dibuka. Jiwon membuka laci meja solek nya.

Dia terkaku apabila ternampak foto frame dia bersama dengan Jieun sewaktu sekolah dahulu. Perlahan lahan Jiwon mencapai foto itu dan ditatapnya. Terukir satu senyuman kecil pada gambar tu.

"I miss you, Jieun."

Jiwon meletakkan foto itu di atas meja soleknya. Dia terus mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

××××××××××××××××××××××××××

"Nanti dah sampai sana jangan lupa telefon heolmeoni..." kata heolmeoni kepada Jieun yang sudah berdiri di hadapan pintu bersama dengan Taehyung.

"Nae. Heolmeoni jaga diri baik baik. Kami pergi dulu." Jieun terus memeluk dan mencium pipi heolmeoninya. Orang tua itu hanya tersenyum sahaja.

"Kami balik dulu." ucap Taehyung sambil menundukkan kepalanya.

"Nae. Jaga Jieun elok elok." pesan Heolmeoni. Lelaki itu hanya mengangguk.

Mereka berdua terus memasuki teksi secara serentak. Jieun sempat lagi melambai lambai kan tangannya ke arah heolmeoni di dalam kereta.

Heolmeoni hanya tersenyum sambil membalas lambaian Jieun.

×××××××××××××××××××××××××××

"Awak ok?" tegur Taehyung sambil memandang ke arah Jieun di sebelah. Dari tadi Jieun hanya berdiam diri sambil memandang ke luar tingkap kapal terbang tersebut.

"Saya ok. Cuma...saya rasa sunyi, itu je." balas Jieun sambil menundukkan kepalanya.

Taehyung hanya tersenyum kecil. Dia meraih tangan Jieun lalu digenggam dengan erat.

"Kalau saya nk hilangkan rasa sunyi awak, boleh?" bisik Taehyung sambil tersenyum senget.

Jieun mula tersenyum. Dia memandang Taehyung di sebelah. Secara spontan dia meletakkan kepalanya di atas bahu Taehyung. Tangannya dibiarkan sahaja digenggam oleh lelaki itu.

"Saya sayang awak..." ucap Jieun dengan nada membisik.

"Saya lagi sayangkan awak..." Taehyung mencium rambut Jieun seketika. Jieun yang menyedarinya hanya tersenyum gembira lalu dia memejamkan matanya.

××××××××××××××××××××××××××××

Driver ; to be continue

1K. Ya allah, terkejut betul. Hahahahaha. Thank you so much yaa!🙌💕 *peluk readers erat2*

Xoxo readers♥♥

Vomment

dRiveR ↯ Taehyung [C]Where stories live. Discover now