tigapuluhsembilan

183 19 2
                                    

"Kenapa sebelum ni kau tak pernah bagitau aku?" Jiwon memandang ke arah anak mata Jieun.

"Bagi aq benda ni cuma masalah kecil jadi aq tak perlulah besarkan."

"Pabo. Dapat surat ugutan. Amaran. Tahan rasa cemburu. Tahan rasa marah. Itu kau kata masalah kecil?"

Jieun terdiam.

"Taehyung dah tahu?" Soal Jiwon. Gadis itu mengangguk perlahan.

Jiwon mengeluh.

"Susah dapat teman lelaki kacak macam Taehyung tu. Nasib baiklah aq tak tersangkut dengan dia." Jiwon menyandarkan badannya pada kerusi sambil memeluk tubuh.

"Aq ajak dia kahwin...tapi dia cakap terlalu awal."

"Kau gunalah idea lain."

Jieun memandang Jiwon dengan dalam.

"Maksud kau?"

Jiwon tersenyum sinis.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Taehyung menuang air coca cola ke dalam gelas yang berisi ais. Fikirannya masih lagi segar tentang hal semalam. Sungguh dia pening sekarang ni.

"Patut ke aq setuju dengan cadangan Jieun?"  Taehyung mula bermonolog. Gelas itu diangkat dan badannya di sandarkan pada kabinet dapur.

"Termenung apa?"

Taehyung tersedar dari lamunannya apabila Ahjumma melangkah masuk ke dalam dapur dan menegurnya.

"Takde apa." Balas Taehyung dengan ringkas.

Dia melihat Ahjumma menuju ke peti ais lalu buka.

"Oh, coklat siapa ni? Jieun punya eh?" Soal Ahjumma.

Taehyung hanya menggeleng tanpa memandang wajah orang tua itu.

"Kamu punya?"

Taehyung mengangguk. Kepalanya ditundukkan.

"Aigoo, kamu ni kenapa? Gelisah semacam."

"Coklat tu bukannya beli tapi ada orang bagi."

"Siapa?"

"Budak sekolah Jieun."

Ahjumma diam seketika.

"Maksud kamu...peminat?"

"Lebih kurang."

Ahjumma tersenyum.

"Jadi? Apa masalahnya?"

Taehyung mengeluh. Dia mula menceritakan segalannya kepada Ahjumma. Setiap cerita yang dia ceritakan itu Ahjumma hanya mengangguk sahaja tanpa sebarang respon. Wajahnya pula tenang sahaja apabila mendengar.

"Jadi sekarang saya buntu." Akhirnya Taehyung mengakhiri cerita nya.

"Kamu jangan lah risau sangat. Mungkin Jieun cakap macam tu sebab dia takot kehilangan kamu. Kamu pon tahukan tentang kisah silam dia dengan bekas teman lelakinya dahulu. Minho?"

Taehyung mengangguk.

"Jadi, kamu kena lah berbincang dengan dia dan berikan keyakinan yang sepenuhnya pada dia."

"Tapi kalau dia tetap mahu kahwin juga?"

"Terima. Tak salah kalau kahwin awal. Daripada kamu menolak dan membuatnya semakin serabut lebih baik kamu terima. Lepas kahwin dia boleh sambung belajar bukan?"

dRiveR ↯ Taehyung [C]Where stories live. Discover now