lapanbelas

224 18 1
                                    

" Mana Jieun?" soal Taehyung yang baru sahaja masuk ke dalam kedai. Dye baru sahaja bersiar siar di dalam mall bersama dengan Jungkook sementara menunggu Jieun habis belajar.

"Bwo? Bukan sepatutnya dia ada dengan kau ke?" Suga menyoal Taehyung balik sambil menyusun album di dalam rak tersebut.

Jungkook dan Taehyung saling berpandangan. Jimin dan Hoseok hanya dengar sahaja perbualan mereka dari jauh.

"Apa yang kau mengarut? Kan aq keluar pergi jalan jalan dengan Jungkook sekejap sementara Jieun tengah belajar dengan kau. Kenapa kau cakap yang Jieun sepatutnya ada dengan aq?"

"A'ah, hyung. Kitaorang datang sini balik sebab Taehyung hyung nak amik Jieun lah." sokong Jungkook.

Suga terdiam.

"Jieun cakap kau ada dekat restoran tengah tunggu dia. Dah dengar dye cakap macam tu aq pon ok je lah."

Taehyung kaku. Tak. Tu semua bohong. Jieun bohong. Mesti dye nak elakkan diri nya dari aq. Ni mesti pasal Rose.

"Dia tipu..."

"Bwo?!" jerit Jungkook dengan Suga secara serentak.

Jimin dengan Hoseok mula terkejut.

"Kau jangan cakap yang Jieun...."

"HOSEOK! KAU ADA BERHUTANG NYAWA DENGAN AKU!" jerit Taehyung lalu berlari keluar dari kedai tersebut. Dia perlu segera mencari Jieun di dalam mall.

Hoseok mula takut. Rasa bersalah pada diri dia semakin membuak. Kalau dia tidak terlepas cakap tadi mesti tidak jadi macam ni.

"Ahh ottokae. Macam mana ni?"

"Sepatutnya aq perlu sumbat mulut Hoseok ni dengan stokin. Biar diam sikit."

Jimin mengeluh perlahan sambil memandang Hoseok di sebelah.

……………………………………

Jieun duduk bersila di atas bumbung bangunan mall tersebut. Dia menikmati suasana di seluruh bandar Seoul. Angin yang mendamaikan dapat menyejukkan dan menenangkan hatinya seketika.

Jieun melihat telefonnya. 10 missed call dari Taehyung. Jieun hanya membiarkan sahaja. Dia perlukan masa untuk menyejukkan hatinya yang sedang panas ini.

"Dekat sini rupanya awak..." Jieun terus menoleh ke belakang. Terkejut apabila terdengar suara yang amat dia kenali.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?"

Jieun hanya melihat sahaja Taehyung duduk disebelahnya.

"Saya tahu awak masih lagi ada di dalam mall ni. Saya dah cari awak di sekeliling mall tapi takde jadi saya tekad pergi sini dan akhirnya saya jumpa awak." Taehyung tersenyum sambil memandang Jieun.

Jieun terus mengalihkan pandanganya dari terus merenung biji mata Taehyung.

"Saya nak balik." itu sahaja yang diungkapkan oleh Jieun. Taehyung memandang Jieun yang sudah bangun dari duduknya.

Belum sempat Jieun ingin melangkah pergi, Taehyung sudah memegang jari jemari Jieun.

"Awak cemburu?"

"Nae. Memang saya cemburu sebab saya dah mula sayangkan awak lebih daripada seorang pekerja. Pabo." Jieun menepis perlahan tangan Taehyung lalu pergi meninggalkan nya.

Taehyung terkejut mendengar luahan Jieun...dia tidak percaya yang Jieun begitu cepat membalas cinta nya.

……………………………………

dRiveR ↯ Taehyung [C]Where stories live. Discover now