Pernah tak saat kau bersungguh nak berubah, tapi niat kau terbantut asbab dihujani dengan sindiran masyarakat yang mengatakan kau hipokrit?
"eleh, hipokrit je die tu. Acah je tudung labuh, tapi perangai mengalahkan orang tak pakai tudung!"
"Takyah nak tunjuk baik sangat la, macam aku tak tahu perangai sebenar kau. Dasar hipokrit!"
Nauzubillah.
Ini antara adegan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. SALAH FAHAM ISU HIPOKRIT.
Kalau kita tak perbetulkan salah faham ini dengan segera, maka akan ramailah manusia yang DOWN untuk berubah, dan yang paling parah terus TAK JADI nak berubah! Seram gile seyh!
Kalau kita google, makna hipokrit ni,
Hipokrit : bermuka- muka / talam dua muka.
Ok. Noted.
Sekarang, kita perlu memahami pula, berkenaan fitrah manusia.
Fitrahnya, manusia berasa aman, tenang, tenteram dengan kebaikan. Dan lumrah setiap manusia ingin jadi baik.
Dan manusia akan berasa resah, gelisah dan tidak tenteram dengan kejahatan, serta tidak suka menjadi jahat dan benci dengan orang yang melakukan kejahatan.
Ini lah fitrahnya. Anda tak dapat menafikan akan hakikat ini.
Jadi dapat saya simpulkan bahawa,
"mereka yang suka dengan kejahatan, dan masih selesa terus bergelumang dengan dosa, golongan inilah sebenarnya HIPOKRIT SEBENAR! Kerana mereka telah menyalahi fitrah manusia dan menipu diri mereka sendiri. Mereka menyangka mereka menjadi diri sendiri, sedangkan mereka tak sedar mereka menjadi yang syaitan ingini."
Nauzubillahiminzalik.
"Dan, mereka yang dahulunya jahat, teruk, serta menyesal akan jahiliyah lamanya, lantas terasa ingin berubah menjadi baik, golongan ini, BUKAN HIPOKRIT. Tetapi mereka KEMBALI KEPADA FITRAH. Mereka ingin menjadi hamba yang Allah redhai."
Dapat?
Kepada yang ingin berubah, saya ada sedikit pesanan.
"Terkadang, Allah hantar mereka untuk mengeji dan mengutuk penghijrahan kita kerana Dia ingin menguji sejauh mana keihlasan kita berubah.
Kerana manusia atau kerana Allah semata? Kalau kerana manusia, ingin dipuji, ingin dipandang mulia, maka kita akan cepat goyah dengan cercaan manusia. Dan tak jadi nak berubah.
Tapi kalau sungguh kerana Allah semata, kau takkan endah ape pun manusia nak kata, asalkan Allah REDHA dengan kau"
*""Penghalang besar untuk kita berubah ialah alasan-alasan yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup untuk berkorban!""*
Moga Allah pelihara kita!
Assiff jiddan....lambat update... Selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua muslimin dan muslimat... biarlah dah lambat pn... tp masih raya lg kan... Jom hayati dan muhassabah... Voting !^^
YOU ARE READING
Let's Tarbiah !!!
PoetryBuku ini saya terbit untuk muhassabahkan diri kita yang sementara hidup di dunia ini. Semoga dapat manfaat apabila membaca buku ini... Semoga Umat Islam bangkit... Dunia hari ini perlu memberi sentapan agar Umat Islam bangkit menjadi Singa Ummah. Ka...