'TEGUR'
Nak tegur orang kena ada cara, ada strategy ; means tegur dengan hikmah, penuh adab ; bukan stick on their fault ibarat mereka memang sudah didaftar sit vvip di neraka.
No.
Fikir.
Berapa ramai yang sempurna menutup aurat ; tudung labuh sampai ke lutut ; handsock n stokin tak pernah tinggal ; tambah dengan secebis kain hitam yang hanya menampakkan mata ; tapi lemah bila diuji dengan cinta? Lupa batasan pergaulan ; ikhtilat terabur? Berapa ramai?
Jangan diam.
Tegurlah!Berapa ramai yang ilmu penuh didada ; huffaz yang dibangga ; lahir dari sekolah agama ; hukum hakam memang sedia khatam di kepala ; tapi masih selamba couple tanpa rasa itu perbuatan dosa? Membenarkan couple islamik sebagai taaruf dimata dunia? Berapa ramai?
Jangan diam.
Tegurlah!Memang nak tegur orang bukan suatu yang mudah. Tapi, kita ada hak!
Hak apa?
Hak untuk kekal kaya dengan pahala kat akhirat sana ; bukan muflis kerana dituntut segalanya oleh mereka yang berbuat maksiat di dunia namun tidak ditegur oleh kita.
Bukan!
"Mereka dah faham agama, biarlah mereka."
"Kita ni jahil, tak layak tegur mereka yang berilmu."
Allahu, sampai bila semua tu jadi alasan kita?
The change starts with u. If u want to see the world change, u must change urself first!
Even seorang perompak tegur silap kau, kau selayaknya DENGAR dan UBAH.
Cukuplah,
Bantu diri kau untuk jadi berani ; berani menegur!If u are a muslim, u are a Daie, dan seorang daie bukan seorang yang 'pengecut'.
Tegur tak berani ; tapi mengumpat kemain tak berhenti.
Imbas balek dakwah nabi Nuh. Berapa ribu tahun nabi Nuh berdakwah? Namun, berapa orang sahaja yang terima dakwah baginda?
Berdakwahlah, jangan berhenti.
Nak tunggu kita sempurna baru nak tegur silap manusia, memang waktu itu takkan pernah ada bcs we are a sinner ; bukan maksum dari dosa.Tiada siapa yang mampu ubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri!
Kubur memang masing² tapi selagi mana kau kenal dia, kau tahu dia buat dosa, kau WAJIB tegur salah dia. Bukan membiarkan dia terus² dengan maksiat semata² sebab risau bila kau tegur dia terasa.
Tak!
Tegurlah. Dalam masa yang sama, muhasabah diri kau.
Orang terima atau tak, orang dengar atau tak, itu bukan kudrat kau.
Hidayah milik Allah.
Tugas kau, tegur!Lagi sekali, TEGUR!
Siapa tahu, dengan satu teguran kau dengan niat kerana Allah, mampu jentik hati dia untuk perbaiki silap dia?
Taknak tegur orang buat maksiat ni sebab nak masuk syurga sorang² ke?
Tak syok pun masuk syurga sorang² tanpa member. ;)
YOU ARE READING
Let's Tarbiah !!!
PoetryBuku ini saya terbit untuk muhassabahkan diri kita yang sementara hidup di dunia ini. Semoga dapat manfaat apabila membaca buku ini... Semoga Umat Islam bangkit... Dunia hari ini perlu memberi sentapan agar Umat Islam bangkit menjadi Singa Ummah. Ka...