Duhai Hawa ...
Pandang lah cermin ,
Tataplah wajah mu ..
Allah itu ciptakan engkau cantik wajah , cukup sifat , sempurna dan tenang pabila dipandang .Hawa ...
Tenung wajah mu di deoan cermin dalam dalam ...
Berapa banyak kali kau menayang muka mu menjadi tatapan ajnabi?
Berapa banyak kali kau menayang aurat mu dengan percuma di hadapan mereka?
Apakah dosa mu masih sebesar kuman?Hawa ..
Rambut sehelai yang ditayangkan akan menjadi saksi di akhirat kelak ..
Ayahmu menjadi taruhan menanggung dosa menayangkan aurat.
Apakah kau tidak menyayangi ayahanda mu? Kau membebaskan ayah berbuat apa sahaja , tapi aurat kau tayangkan percuma pada ajnabi. Murah sangatkah harga diri mu wahai hawa?Hawa ...
Rambut mu itu aurat , lengan mu itu aurat , kaki itu aurat , susuk tubuh mu itu aurat pada pandangan ajnabi . Tidakkah kau sedar dosa menayangkan aurat ditanggung ayahanda mu?
Labuh kan tudungmu separa dada , sarungkan lengan mu dengan kain yang legap dan longgar , pakailah stokin ketika keluar , longgarkanlah pakaian mu ketika bergaya .Hawa ..
Bukankah kau berniat menjadi bidadari syurga?
Harus lah berjihad !
Ya ! Berjihad ini pahit , lebih pahit dari hempedu , tapi pengakhiran nya manis lebih mania dari gula.Hawa ...
Aku menegur bukan kerana aku telah "perfect" ..
Aku menegur kerana aku tak mahu kau sesat ke lembah dosa ..
Ku sedari ku mungkin lebih banyak dosa dari mu , izinkan aku mengubah diriku dan dirimu .Hawa ...
Aku tegur .. kerana aku sayang .. dan aku takut andai Allah murka kerana membiarkan kau tersesat dalam dunia yang kau cipta . Aku malu sebagai muslimah andai aku tidak menegur mu . Ayuhlah .. pimpin tangan ku menuju syurgawi meskipun jalan itu berduri !
Stay qowwi 💪😭.Allahu Rabbi !
Assif Jiddan lambat update... Doakan sy agar dpt jwb final exam... Allah yuftah alaikum kpd sesiapa yg ambil SMU dan STAM...
YOU ARE READING
Let's Tarbiah !!!
PoetryBuku ini saya terbit untuk muhassabahkan diri kita yang sementara hidup di dunia ini. Semoga dapat manfaat apabila membaca buku ini... Semoga Umat Islam bangkit... Dunia hari ini perlu memberi sentapan agar Umat Islam bangkit menjadi Singa Ummah. Ka...