"Hey... macam mana dengan perjanjian tu?" Tanya Mia.
"Aku setuju" kata Melisa.
" Disebabkan kau kalah, kau kena ikut cakap aku... kau kne kahwin tahun ini jugak!" Mia menekankan perkataan JUGAK.
"Tapi kau kan masih muda lagi" kata Emma.
" Takpa Emma" kata Melisa.
"Tapi kalau aku menang?" Kata Melisa.
"Yelah... kalau dah menang takde papelah... ini sebab balasan kau kalah "kata Mia dengan angkuh.
Melisa mengangguk.
Mia, Sara dan Nasuha terus pergi dengan megah dan sombong.
"Weyh Melisa kau dah gila ke?" Kata Nely.
"I'm not" kata Melisa tenang.
"Kenapa kau setuju? kau sanggup ke berkahwin dengan usia sebegini?" Nada Nely meninggi.
"Betul cakap Nely. Sekurang-kurangnya kita jadi hamba mereka dalam masa setahun." Kata Emma.
Nely mengangguk.
"Kau nak ke jadi hamba diorang selama setahun? Tak nak kan? Jadi, aku korbankan diri aku ni untuk mencabar cabaran diorang" kata Melisa.
"Wah thanks Mel... kaulah kawan aku yang terbaik" kata Nely.
Mereka berpelukan.
***
"Mama nak pergi ke mana?" Tanya Melisa.
"Mana nak pergi tempah katering. Yelah kamu dah nak kahwinkan" kata Puan Marsha.
"Ok" jawab Melisa pendek.
Datin Maria menelefon Melisa.
"Hallo"
"Hello" jawab Melisa.
"Melisa pergilah beli kad jemputan perkahwinan dengan Im." arah Datin Maria.
"Ok... tapi auuuun... eh.. mummy yang bagitau" kata Melisa.
"Eh.. kita pulak... sapa yang nak kahwin? Mel kan? So ajaklah dia" kata Datin Maria.
'Lol siapa yang nak tempah ni sebenarnya' desis hati kecil Melisa.
"Ok mummy nanti Mel call Im." Kata Melisa.
Melisa mematikan talian telefon.
melisa menelefon Im. Tidak terjawab. Call lagi. No answer. Call lagi. Baru angkat.
"Ada apa?" Tanya Im.
"Kau buat apa?" Tanya Melisa.
"Aku duk tidur ni." Kata Im.
"Mummy suruh beli kad jemputan" kata Melisa.
"Alah kacaulah" kata Im.
"Tak apa. Nanti aku ambil kau" kata Melisa.
Melisa terus memandu ke rumah Im.
Sesampai di rumah banglo mewah milik Datuk Nash, mata Melisa melilau-melilau melihat keindahan rumah Datin Maria.
Seorang pengawal keselamatan membuka pintu pagar untuk Melisa.
![](https://img.wattpad.com/cover/84532919-288-k986695.jpg)
YOU ARE READING
APA ITU CINTA?
RomanceDatin Maria dan Puan Marsha mengatur perkahwinan anak mereka supaya perniagaan mereka lebih maju. Melisa dicabar oleh rakan-rakannya supaya berkahwin hal ini menyebabkan Melisa terus bersetuju untuk berkahwin. Manakala Im bersetuju kerana dia tida...