Bab 4

746 8 0
                                    

Im terbangun daripada tidurnya. Dia melihat Melisa tiada di sisinya. Bunyi kedengaran seperti orang menangis. Im melihat Melisa menangis di penjuru dinding. Melisa melempar kain kepada Im.

***

"Maafkan aku Mel" kata Im. Im fokus terhadap pemanduannya.

Melisa membuat muka merajuk.

"Mel, perkara itu biasalah untuk suami isteri macam kita ni. Mel janganlah marah" kata Im.

"Yelah. Yelah aku tak marah" Melisa memeluk tubuhnya dengan muka yang berapi.

Sebenarnya memang perkara itu sudah biasa bagi suami isteri. Namun, pada usianya yang begitu mentah. Jadi Melisa belum benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Kedengaran bunyi alunan musik sahaja dari corong radio.

"Im, aku nak minta maaf. Buat masa ini, aku belum betul-betul bersedia lagi untuk menjadi ISTERI untuk kau. Dalam masa ini, kita kawan jelah" kata Melisa dengan nada yang lembut.

Im tidak membantah. Im fokus terhadap pemanduan.

"Imran, aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan" kata Melisa.

"Ye Melisa. Aku faham."
tiada senyuman di bibir Im.

***

"Assalamualaikum Ma, pa" Melisa memberi salam.

"Waalaikumsalam. Eh Mel, Im masuk... Masuk.. "Jemput Puan Marsha.

"Eh tak apa. Saya duduk di luar dulu" kata Im.

Melisa bersalam dengan ibunya. "Mama, i miss you" kata Melisa.

"Miss you too, Mel. Lama tak jumpa Mel. Nampak macam kurus sikit" kata Puan Marsha.

"Mana ada lah mama... Mel macam biasa ja. Mana papa and abang Ijoy? I miss them so much" kata Melisa.

Ijoy meluru ke arah mereka. Dia terus memeluk adiknya, Melisa. "Apa khabar adik Ijoy yang paling comel ni? Sihat tak?" Tanya Ijoy.

"Alhamdulilah.. Mel sihat bang. " kata Melisa.

"Em duduklah dulu, Mel. Mama nak buat air mesti letih" Puan Marsha terus meluru ke dapur.

"Dik, Dia ada buat apa tak dekat adik? Kalau dia ada buat apa-apa. Adik bagitahu abang tau" kata Ijoy.

"Tak adalah. Dia tak buat apa-apa pun. " kata Melisa.

"Abang! Mel rindu sangat nak mandi sama-sama dengan abang" kata Melisa.

"Yelah... Abang pun rindu nak tidur sama-sama dengan adik" kata Ijoy.

" lain kali kita mandi sama-sama k?" Kata Melisa bersahaja

"Nanti kita ajak Im sekali tau" kata Ijoy.

Melisa mengukir senyuman di bibir.

"Em... Duduklah dulu.. Abang nak ke beranda sekejap" ujar Ijoy terus berlalu pergi.

Puan Marsha menghidangkan minuman dan makanan di atas meja.

"Mel, jemputlah minum" kata Puan Marsha. Puan Marsha menuangkan ait ke dalam gelas Melisa.

APA ITU CINTA?Where stories live. Discover now