Bab 5

558 9 5
                                    

Setelah selesai shopping, mereka terus menuju ke arah kereta Myvi milik Melisa.

"Im, biar aku pandu pula. Sebab kau nampak letih hari ini" kata Melisa.

"Thanks Mel" terus duduk di tepi Melisa.

Melisa amat mematuhi peraturan jalan raya. Dia memakai tali pinggang supaya keselamatan dititikberatkan.

Lagu kegemaran Melisa berbunyi di corong radio. Yourself- Justin bieber. Dia menyanyi perlahan-lahan.

"Baby, cantik tak baju ni? Ini baju couple. Special. I nak baju ni. Boleh tak U bayarkan?" kata Lara.

"For U, i sanggup buat apa sahaja" Im terus mencium pipi Lara.

"Thanks baby" kata Lara.

"Im.. Im.. " Im tersedar daripada lamunannya tadi.

"Im, kau masih rindu dengan kekasih lama kau ke?" tanya Melisa.

"Tak" kata Im pendek.

"Serius ni. Cakap betul-betul aku tak marah dekat kau " kata Melisa ingin kepastian ini.

"Nothing. Focus on your driving" jawab Im dengan tenang. Dia memalingkan mukanya ke luar cermin kereta. Angin menampar-nampar mukanya setelah dia membuka cermin.

Melisa tanpa banyak bicara. Dia terus memandu ke rumah agam mewah milik Datin Maria dan Dato Nash.

"Assalamualaikum mummy, daddy. Kami dah balik" Melisa menjinjing barang yang baru dibeli. Tanpa segan silu dia sudah tidak terketar-ketar lagi nak memanggil 'mummy and daddy'.

"Ye. Melisa dan Im sudah balik ya?" kata Datin Maria.

Melisa menyalam tangan ibu mentuanya.

"Kenapa mummy telefon kitaorang?" tanya Melisa.

"Eh. Duduklah dulu. Berdiri pulak" kata Puan Maria mempersilakan duduk.

"Oh begini. Mummy want both of you go to Karon beach, Thailand. Next week" kata Puan Maria.

"For what?" tanya Melisa.

"For honeymoonlah" kata Puan Maria.

Melisa dan Im terkejut.

"Oh... Semua perkara di sana mummy dah settlekan. So, untuk minggu ini, Im kena settlekan semua dokumen- dokumen yang tertangguh. Jangan risau, budak- budak daddy akan bantu Im sama ada dari segi fizikal atau mental. For Melisa, sementara cuti sem ni selama 3 month , time ni lah you should enjoy and kalau ada assignment yang belum siap, siapkan segera. Dah tak ada apa-apa kan? K bye" kata Datin Maria panjang terus berlalu pergi.

Semua assignment Melisa sudah siap kerana dia melakukan bersama-sama Nely dan Emma.

***

Melisa duduk di beranda luar sambil melihat ikan keseronokan bermain di dalam kolam.

Bibik Jah mendekati Melisa terus menyapa. "Lihat ikan ke?" tanya Bibik Jah.

"Ya"kata Melisa pendek. Memanglah takkan tengok tv pulak.

"Bibik dah berapa lama duduk di rumah milik Dato dan Datin ni?" sambung Melisa.

"Sudah 3 tahun, nak" kata Bibik Jah yang sudah separuh usia.

Melisa mengangguk macam burung belatuk.

***

"Eh Im kau nak pergi mana ni?" tanya Melisa.

APA ITU CINTA?Where stories live. Discover now