BAB 1

6.8K 227 5
                                    

Jarum jam menunjukkan sudah pukul 3 pagi . Nur Aisyah Humaira masih memandang screen laptop untuk urusan niaga butiknya. Walaupun Aisyah bekerja di pejabat selama 3 tahun , dia tetap membuat kerja sampingan. Baginya , kerja sampingan ini dapat membantu kewangannya apabila dia terdesak nanti.

Hanya biskut tiger dan minuman coklat panas yang menemaninya di waktu pagi yang sunyi itu. "Weh , lewatnya kau tido ? Dah pukul 3 pagi ni . Kau tak ngantuk ke?", tanya Kamelia sambil mengusutkan rambutnya. Kamelia ni kawan satu rumah dengan Aisyah . Aisyah terkejut dengan kehadiran Kamelia yang separuh sedar itu lalu mengusap dadanya. 'Kus semangat , aku ingat hantu mana yang terlepas tadi . Minah ni buat aku terkejut je'. Omel Aisyah dalam hati . Mahu taknya , muka Kamelia putih melepak macam hantu langsuir disebabkan bedak sejuk yang dia pakai tambah pula rambut Kamelia dilepaskan serabai.

"Kau ni buat aku terkejut jelah . Lain kali masuk ketuk lah pintu dulu. Apa guna buat pintu cantik-cantik tapi tak guna", marah Aisyah. "Sorrylah beb, aku bukan nak buat kau takut. Ni kau tidur lewat-lewat ni kau buat apa? mesti tengah chat dengan boyfriend kan ?", teka Kamelia sambil tersengih. "Banyaklah kau punya boyfriend . Aku tengah kira-kira tempahan baju kat butik aku lah . Arissa dengan kak Ani cakap dah banyak baju kurang kat butik tu". Aisyah mengeluh sedikit .

Sejak kebelakangan ini , butiknya sering kekurangan pelanggan disebabkan dia banyak kerja di pejabat dan tidak sempat untuk menempah stok baju yang baru. "Beb aku masuk tidur dulu lah , ngantuk . Good nite",balas Kamelia sambil menguap . "Ish kau ni , kalau ye pun , tutup lah mulut tu . Good nite too". Aisyah juga terus menutup laptopnya untuk tidur kerana kepalanya sudah berat inginkan bantal.

♥♥♥♥

Usai solat subuh , Aisyah terus menyiapkan diri dan turun bersarapan sebelum ke pejabat. Memang runtin harian Aisyah dan Kamelia bergilir-gilir memasak , hari ini giliran Kamelia esok Aisyah pula.

"Morning princess", ucap Kamelia sambil tersengih macam kerang busuk. "Morning , kau apesal ? pagi-pagi dah happy-go-lucky aku tengok . Ni mesti ada apa-apa kan ?" kata Aisyah sambil mengangkat keningnya. "Mana adalah wei , aku ni memang hari-hari happy-go-lucky apa", kata Kamelia tersengih sambil membuat tanda peace . "Hello cik Kamelia Syahira bt Mohd Fadzil , aku stay dengan kau bukan 2 hari okey , tapi dah 2 tahun . Agak-agak lah wei nak tipu aku ". balas Aisyah sambil menuang air yang dibancuh Kamelia. "Kau ni kan , macam tahu-tahu jee ". Balas Kamelia memuncungkan mulut tanda merajuk. "Hahahaha, kau ni besar gedebak macam ni pun nak merajuk , nasiblah siapa yang dapat isteri macam ni" ejek Aisyah sambil meneguk air.

Kamelia menyilang tangannya ke dada meminta dirinya dipujuk. Aisyah hanya menggeleng dan tersenyum melihat kawannya seperti keanak-anakkan itu. Comel. Kamelia sedar Aisyah tidak memujuknya lantas dia membatalkan niatnya untuk merajuk kerana hatinya sedang berbunga - bunga saat ini.

Aisyah menikmati mee goreng yang dihidangkan oleh Kamelia tadi . Memang tidak dapat dinafikan lagi , masakan Kamelia memang sedap walaupun perangainya kadang-kadang manja , bukan kadang-kadang tetapi selalu.

"Emm Aisyah ? lunch nanti , aku jemput kau ea ? aku nak bawak kau pergi restoran special punya" kata Kamelia sambil mengukir senyuman manis dibibir. "No prob sis , tapi macam biasa lah ,kau belanja ek ?" Aisyah mengerdipkan matanya laju sambil membuat muka comel. "Okey bos" balas Kamelia membuat tabik spring.

♥♥♥♥♥

Aisyah memarking kereta Myvi berwarna biru laut hasil usahanya sendiri di hadapan tempat kerjanya. Aisyah menaiki lif ke pejabatnya di tingkat 14. Sesampainya Aisyah di ruang kerjanya , dia ternampak sehelai kertas berwarna merah jambu di atas mejanya lalu kertas itu diambil. 'Sejak bila pulak aku ada secret admire ni ? lain macam je kertas ni . Nak cakap Sofia yang bagi memang tak ar. Takkan dah songsang kut minah ni. Ish tak mungkin lah. Aisyah bermonolog sendiri.

Lamunannya terhenti apabila handphonenya berdering menandakan whatsapp masuk. "Beb , nanti jangan lupa tau . Aku tunggu kat lobi jam 1.30 petang". 'Ish minah ni , aku ingat lah'. "Ye my baby boo , i remember that honey bee". Sofia yang baru keluar daripada lif terus menyapa Aisyah "Assalamamualaikum Cik Aisyah Humaira , boleh saya ganggu sebentar ?" soalnya lemah lembut sambil tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipitnya itu . 'Senyum ada makna tu' duga Aisyah dalam hati. "Walaikummussalam . Kau kenapa Sofia ? Senyum-senyum , kena sampuk hantu ea?" soalku sambil membuka fail kerja.

"Kau ni , nak gurau sikit pun tak boleh . Ni aku nak cakap kat kau , bos baru kita panggil kau . Hensem siot . Kalah Aaron Aziz , melting aku hehehe " sambil membuat gaya gedik. 'Huh ? Bos nak jumpa aku ? aku ada buat salah ke ? setahu aku ,aku selalu datang kerja awal. Displin pun aku jaga rapi , aduh mak ! TERmasuk bakul angkat sendiri lah pulak.. hihihihi' Aisyah bermonolog sendiri.

tok tok tok . "Masuk" pelawa lelaki yang bergelar bos baru Aisyah. " Encik ada panggil saya ke ? Ermm.. Nur Aisyah Humaira" soal Aisyah. Lelaki yang dari tadi memandang kerjanya lalu mengalihkan pandangannya kepada Aisyah . Aisyah tunduk mukanya ke lantai .Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan bosnya yang kelihatan garang itu. "Saya nak menaikkan pangkat awak sebagai Personal Assistant saya kerana P.A saya sebelum ni dah berhenti kerja. Awak okey kan ? Oh , by the way, my name is Mohd Farish Aqashah". jawabnya sambil merenung Aisyah dari atas ke bawah . 'ish mamat ni , aku cucuk mata kasi buta baru tahu . Tengok aku macam nak telan je' . "Erm...Encik Farish , saya terima saja kalau itu yang encik mahu. Tapi bila saya boleh mula kerja ye ?". "Awak boleh start besok . So hari ni awak kemas dulu barang awak . Saya bagi awak half day " balas Farish tersenyum. " Terima kasih Encik Farish" lalu Aisyah keluar dari pejabatnya itu .

♥♥♥♥

Aisyah terus ke ruangannya untuk mengemas apa yang patut. Tiba-tiba kedengaran handphone bergetar menandakan whatsapp masuk. "Beb , kau kat mana? Aku dah ada kat depan office kau ni".
'Awalnya minah ni , baru pukul 11 pagi , dah tak sabar sangat ke ? nasib baik lah bos aku bagi half day je harini'.

"Jap gi aku turun 5 minit". Aisyah mencapai handbagnya lalu turun ke lobi. "Wei minah , kau asal cepat sangat ? dah tak sabar dah ?" jeling Aisyah tajam. "Sorrylah beb, aku lupa . Lepas lunch aku ada meeting ,bos aku lepas awal harini. Kau takpe ke keluar awal ni ? " . "Bos aku bagi aku half day hari ni " balas Aisyah sambil senyuman tidak lekang di bibir merahya. Mereka berdua terus menuju ke kereta Axia milik Kamelia di tempat letak kereta.

*sorry kalau bab ni terlalu panjang and boring , so ape ape hal jangan lupa vote ye.hihihi..kalau ada salah ejaan komen tau.. *

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Where stories live. Discover now