Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Hanya beberapa minit lagi , majlis akan bermula. Kak Ani hanya membuat majlis ini secara sederhana sahaja , hanya menjemput kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat. Sudah ramai tetamu yang hadir. Qaseh asyik bersuka ria dengan rakan-rakannya yang lain. Suasana di malam itu sungguh meriah.
"Beb , betul ke ni aku cantik ? macam badut sarkas je aku rasa sekarang ni . Malu aku ditertawakan nanti" ucap Aisyah gelisah. Dia tidak pernah berpakaian dan bermake up sebegini rupa. Dia merasa sangat rimas tetapi dia sabar , ini semua demi Qaseh. "Okey , kau cantik. Aku yakin hundred percent. Takkan lah aku nak tipu kau . Aku kan kawan kau" puji Arissa.
"Eleh ,haritu kau tipu je aku. Cakap nak belanja aku. Last-last aku jugak yang bayar" Aisyah memuncungkan mulut.
"Hahahahaha , kau ni ada-ada jelah. Itu hari tu , hari ni aku tak tipu kau sumpah!" Arissa mengangkat tangannya sebelah macam anak kecil. "Dahlah , jom. Nak mula dah ni" sambung Arissa lagi. Mereka keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam rumah kak Ani. Semua tetamu memandang Aisyah. Muka Aisyah mula blushing menyebabkan Aisyah menundukkan sedikit wajahnya.
"Mama !" Qaseh berlari anak ke arah Aisyah. Qaseh memeluk Aisyah seeratnya. Aisyah membalas pelukan itu. "Mama , Qaseh ingatkan mama tak datang" Qaseh memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
"Mestilah mama datang. Tengok mama pakai baju princess lagi . Ni semua demi Qaseh tau" Aisyah memujuk Qaseh lalu memberikan sebungkus hadiah untuk Qaseh. Qaseh tersenyum lalu menyambut hadiah itu dengan gembira. "Terima kasih , mama ! Sayang mama" ucap Qaseh gembira seraya menghadiahkan ciuman di pipi Aisyah. Aisyah mengukir senyuman manis. Aisyah mula bersembang dengan saudara-mara kak Ani dan dalam masa yang sama , ada sepasang mata asyik memerhati Aisyah yang leka bersembang. "Aisyah , kenalkan ni kawan kak Ani , Datin Linda" ucap kak Ani memperkenalkan Aisyah dengan Datin Linda. Tanpa disuruh Aisyah menghulur tangan lalu bersalam dengan Datin Linda.
"Aisyah ni umur berapa ye?" soal Datin Linda. "22 , Datin" jawab Aisyah sepatah."Tak payah panggil Datin , Aisyah. Panggil Aunty je . Aisyah kerja apa ? dah kahwin ke ?" soal Datin Linda seperti seorang inspektor.
"Aisyah kerja kat Syarikat Dato Mudzaffar Holding tapi Aisyah ada buka bisnes sendiri Butik Aisyah Baju Muslimah dekat Ampang. Kerja sampingan Aisyah ,butik tu kak Ani yang jaga. Aisyah tak kahwin lagi aunty , belum ada jodoh lagi" ucap Aisyah memberikan senyuman.
"Oh , baguslah macam tu. Dah buka bisnes sendiri" Datin Linda tersenyum.
"Hai ,mama !" tegur seorang lelaki . Aisyah memandang ke arah suara tadi dengan terkejut. Syakir ! . 'Ish , apa mamat ni buat kat sini. Dahlah senyum - senyum macam kerang terlebih wangi' bebel Aisyah dalam hati.
Wait ! 'oh my god , patutlah mamat ni senyum-senyum , aku lupa aku pakai dress princess ni. Adoii ! malunya ya Allah ' Aisyah menundukkan wajahnya sedikit. Mukanya bertukar merah seperti udang goreng.
"Aisyah ? awak okey ke ?" soal Syakir.
"Akir dah kenal Aisyah ke ?" soal Datin Linda.
"Tak","Ye" ucap Aisyah dan Syakir serentak. Mereka saling berpandangan.
"Ye atau tak Akir ?" soal Datin Linda lagi sambil menjongket keningnya sebelah.
"Ye mama . Ermm mama , mama ingat tak Akir pernah cerita kat mama yang Akir minat seseorang ? Aisyah lah orangnya" ucap Syakir tersenyum.
"Erm , aunty ? Boleh tak Aisyah nak pinjam Akir sekejap ?" ucap Aisyah lembut lalu menarik lengan Syakir.
"Kejap ye mama , bakal menantu mama nak pinjam anak mama ni kejap" bisik Syakir kepada Datin Linda tetapi masih dapat didengari oleh Aisyah. Aisyah mencubit lengan Syakir halus. "Auch ! sakitlah Aisyah ! " Syakir mengaduh kesakitan. 'Padan muka kau . Gatal lagi ngan aku ,rasakan !' Desis hati Aisyah.
![](https://img.wattpad.com/cover/85643902-288-k647991.jpg)
YOU ARE READING
Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)
RomantikNur Aisyah Humaira seorang wanita yang tidak sanggup lagi membuka hati kepada insan yang bergelar 'lelaki' setelah orang yang diminati menghancurkan perasaanya. Aisyah pernah meminati seorang jejaka idaman gadis sejak dahulu lagi iaitu Mohd Syakir...