BAB 12

419 23 1
                                    

Tiba di perkarangan butik , Aisyah menapak masuk ke dalam butiknya. "Aisyah , kak Ani cakap stok baju dah kurang" ucap Arissa sambil menghelakan nafas panjang . Sejak kebelakangan ini , Aisyah kurang jengah ke butiknya . Selalunya , Aisyah yang akan uruskan keluar masuk stok dengan pembekal.

"Aduh , aku lupa nak tempah weyh. Berapa banyak lagi yang kita ada ?" Soal Aisyah sambil menggarukan kepalanya. Fikirannya sedikit serabut selepas mengetahui tentang perkahwinan tidak diduga itu. "Tinggal dalam 5-6 kotak lagi. Ramai customer yang mintak saiz S & M tapi dah out of stock sekarang ada saiz yang besar je" jawab Arissa. Aisyah tanpa berfikir mencapai telefon dan mendail nombor pembekal. Aisyah meletakkan panggilan setelah beberapa minit berbual dengan pembekal tersebut.

"Dah , aku dah order semua . Dalam 3-4 hari barang sampai" ucap Aisyah sambil tersenyum. Aisyah masuk ke bahagian dalam untuk memeriksa barangan lebih lanjut.

"Mama !" Jerit Qaseh lembut sambil berlari anak ke arah Aisyah. "Mama , kenapa mama tak datang jumpa Qaseh , Qaseh rindu mama" ucap Qaseh manja sambil memeluk Aisyah. Aisyah membalas pelukan Qaseh "Mama pun rindu Qaseh , maaf mama busy sikit sekarang ni" balas Aisyah. Muka Qaseh kelihatan sedikit sedih. "Sayang , nanti mama ajak sayang pergi main dekat taman okey ? Dah jangan sedih sedih , nanti tak cantik dah princess mama ni" pujuk Aisyah sambil mengusap kepala Qaseh.

"Betul ke ni mama ? Yeay ! Nanti kita beli aiskrim ok?" Ucap Qaseh keriangan. Aisyah melontarkan senyuman manis kepadanya. Sudah lama dia tidak bermain dengan anak kecil itu.

*****

Aisyah pulang ke rumah untuk mengambil failnya yang tertinggal. 'Ish mana aku simpan ni ,time macam ni lah kau nak hilang senah' gerutunya. Pak ! Kedengaran bunyi sesuatu jatuh di bahagian dapur. Aisyah yang tadinya sedang mencari terhenti perbuatannya. Aisyah bangun dan segera menuruni anak tangga untuk melihat bunyi tersebut. "Ya Allah !" Jerit Aisyah kecil lalu menutup mulutnya.

Rupanya ada seseorang yang sedang mengeledah barang seperti mencari sesuatu , tangannya terdapat sebilah pisau. Aisyah dalam keadaan menggigil naik semula kebiliknya perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi. Sampai dibilik dia tutup dan kunci pintu biliknya. Di menggapai telefonnya. Tangannya menggigil sambil mendail nombor seseorang secara rawak. Dia tidak memikirkan sesiapa yang di dailnya "Hello , tolong saya , ada pencuri di rumah saya . Dia pegang pisau dan dia sedang selongkar rumah saya . To..to..tolong sa..sa..saya" ucap Aisyah ketakutan .

"Hello , Aisyah. Ya Allah Aisyah ! Aisyah jangan pergi mana-mana nanti i datang . Aisyah bawa bertenang ya" ujar pemanggil sebelum mematikan panggilan.

Aisyah mendengar satu lagi bunyi yang kuat seperti sesuatu benda telah pecah. Tiba-tiba tombol pintu biliknya dipulas seseorang dari luar dan pintunya diketuk dengan kuat sekali. "Buka pintu ni cepat !" ujarnya. "Buka atau aku bunuh kau!". Dengan kuat pintu biliknya ditolak oleh sesorang dari luar untuk masuk kedalam . Aisyah menutup telinganya sambil duduk di atas katil . Matanya terpejam rapat. Dia sangat takut. "Hoi ! Kau buat apa ni ! Jangan lari !" ujar seseorang. Bunyi tapak kaki yang sedang berlari dan bunyi hempasan pintu yang kuat dari luar.

Aisyah memeluk tubuhnya ketakutan. Beberapa minit kemudian tidak ada sebarang bunyi lagi diluar—sunyi.  Tok ! Tok ! Tok ! pintu bilik Aisyah diketuk . "Aisyah , bukak pintu ni" ujarnya. Aisyah setelah mendengar suara tersebut lalu dia perlahan-lahan mendekati pintu biliknya. Daun pintu dikuak dan dia terus memeluk gerangan tersebut tanpa melihatnya. Dia menangis teresak-esak di bidang dada tersebut. Gerangan itu membalas pelukan dan mengusap lembut kepala Aisyah yang bertudung sambil memujuk "Pencuri tu dah kena tangkap. Dah ! Dah ! Shhh !" ujarnya.

Aisyah kemudian leraikan pelukan dan menyeka airmatanya. Mukanya mula rona kemerahan setelah melihat gerangan tersebut. "En.. en.. encik Farish, Encik buat apa kat sini ?" soal Aisyah sambil menunduk malu. "Aik ? Dia yang call kita , dia tanya kita pulak" ujarnya lembut sambil mengukir senyuman manis impian gadis-gadis. "Hah ? Saya call encik ke? Hehehe " Aisyah terkejut dan melontarkan senyuman yang dibuat-buat. "Maafkan saya encik , apa yang berlaku tadi" sambungnya lagi.

"Takpe , lagipun , dah lama saya tak dipeluk begini oleh perempuan , tambah lagi perempuan cantik pula tu. Lain kali peluk lama lagi ok?" usik Farish sambil tersenyum manis pada Aisyah. Muka Aisyah bertambah merah setelah mendengar begitu. "Erm saya mi..mintak di..diri dulu ye encik" ujarnya lalu meninggalkan Farish sendiri.

'Aduh , bodohnya kau ni Aisyah , kenapa tak tengok dulu sape kat depan kau tu , kan dah mendapat' Aisyah bermonolog sendiri. Farish yang tadi melihat Aisyah , mengekori Aisyah dari belakang sambil tersenyum keriangan. Mana taknya ,perempuan yang dia minati memeluknya.

Sedang berjalan menuruni anak tangga entah bagaimana Aisyah tersepak kakinya sendiri lalu terjatuh duduk dan kakinya terseliuh. "Aduh !" Aisyah mengadu sakit sambil memegang kakinya . "Ya Allah ! Aisyah , macam mana boleh jatuh ni" ucap Farish cemas. Farish berlari mendapatkan first aid di atas peti sejuk. Dia mengangkat kaki Aisyah ke atas ribanya . Kaki Aisyah diurut perlahan dan disapu ubat. "Takpe encik Farish , saya boleh buat sendiri" ujar Aisyah. Dia hendak mengalihkan kakinya tapi dihalang oleh Farish. "Sikit je ni encik , encik takyah susah-susah" sambung Aisyah lagi.

"Shh ! Diam boleh tak ?" ucap Farish sambil melihat Aisyah dengan nada serius. Aisyah membiarkan saja Farish melalukan kerjanya. Farish membalut kaki Aisyah dan memapah Aisyah untuk cuba bangun tetapi Aisyah tidak boleh bergerak. Kakinya semakin bengkak. "Aduh , sakitnya"ucap Aisyah lalu airmatanya mengalir laju. Farish menyising lengan kemejanya dan dengan perlahan dia menggendong Aisyah. Aisyah menjerit kecil tangannya di leher Farish. Farish membawa Aisyah ke dalam perut keretanya. Pintu rumah Aisyah ditutup dan dikunci. Farish memandu laju meninggalkan perkarangan rumah Aisyah.

Tiba di hospital , Farish mengambil kerusi roda lalu dibawa Aisyah ke bahagian kecemasan. "Nurse , tolong bawak isteri saya ni jumpa doktor. Kaki dia terseliuh" ujarnya. "Sekejap ye encik"ucap nurse itu lembut. Aisyah yang mendengar perkataan 'isteri' itu terus mencubit  kecil lengan Farish. "Auch, sakitlah Aisyah" aduh Farish. "Kenapa encik cakap kat nurse saya isteri encik?" soal Aisyah—geram. "Takpelah , kalau saya tak cakap macam tu , nanti nurse tu lengah-lengahkan awak untuk jumpa doktor" bohong Farish sambil tersenyum kecil. "Yelah tu !" Aisyah memberikan jelingan tajam kepadanya. Farish tergelak kecil. 'Comelnya dia marah' desis hati Farish. "Encik, encik daftarkan dulu nama di kaunter , saya bawa isteri encik ke dalam ye" ucap nurse tadi lalu menolak kerusi roda masuk ke bilik doktor.

Aduh ! Farish dan Aisyah mcm suami isteri lah pulak bab ni.. hehehhehe.. mcm2 lah.. okey gais..Kalini author akan buat , cerita bersambung bab tau , mcm ni. Cerita dalam bab ini.  Akan author sambung sikit je bab sebelah.  Ha cantu.. so , takdelah tergantung je ceritanya... Hehehge okey , enjoy ur read babes.. muahhh

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Where stories live. Discover now