Tok Tok Tok !
"Aisyah !! Bangunlah , dah pukul berapa ni ? Nanti kau lewat masuk ofis". Mulut Kamelia terkumat - kamit membebel Aisyah.
"Aisyaaahhhh ! Bangunlah Syah" Kamelia membuat muka bosan di hadapan pintu bilik Aisyah.
"Ye Lia , aku bangun lah ni" jawab Aisyah lemah. Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Rambutnya dikusutkan sedikit dan matanya masih terpejam. Dia menggapai telefon bimbitnya. 'Mashaallah , dah pukul 6.30'. Aisyah bangun dari katilnya terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai solat subuh , Aisyah bersiap dan turun kebawah.
"Kau apesal bangun lewat sangat ? Selalu tak macam ni . Penat tau aku jerit-jerit macam kuntilanak terlepas dari sangkar" Kamelia memuncungkan mulut.
"Hehehehe , sorrylah Lia . Semalam aku buat kerja aku yang tertangguh. Ni Syakir punya pasal lah ni . Cakap nak bawak lari sekejap je" Bebel Aisyah pula. Kamelia hanya tersenyum melihat sahabatnya itu.
"Kau pehal Lia ? Aku tengah marah ni , boleh pulak kau angau kan ?" Aisyah menyilang tangannya tanda merajuk.
"Habis tu ? Nak suruh aku lompat then nyanyi lagu Bingo Didi & Friends depan kau ?" Lia sambung makan makanannya.
"Kau ni ada-ada jelah" Aisyah tersenyum melihat Kamelia. 'Lia , Lia. Kaulah sahabat dunia akhirat aku' getus Aisyah di dalam hati.
♥♥♥♥
"Aisyah , bos kesayangan kau panggil. Gerun weh tengok mood dia harini" sapa Sofia sambil membuat muka meluat.
'Ish mamat ni sehari tak menyusahkan aku , tak sah !' omel Aisyah sendiri. 'Herm , nota pink lagi. Siapalah yang kurang pandai sangat. Ingat sweet lah hantar nota macam ni Ish' Aisyah memasukkan nota tadi ke dalam kotak. Sudah berpuluh-puluh nota pink di dalam kotak itu. Masih tiada sebarang bukti siapa yang menghantarnya.
Tok ! Tok ! Tok !
"Masuk" ucap Farish sambil leka membuat kerjanya."Ye Encik Farish ? ada apa nak jumpa saya ?" Aisyah memandang ke arah lantai. Takut untuk bertentang mata dengan bosnya itu. Mood bosnya sekejap okey , sekejap tidak.
"Aisyah , petang ni saya ada meeting dengan client. So , saya nak awak hadir juga walaupun awak tak terlibat. Saya ada hal penting nak bincang dengan awak" ucap Farish lembut sambil mencuri pandang Aisyah.
"Okey Encik Farish. Saya minta diri dulu" Aisyah bangun untuk keluar dari pejabat Farish.
"And one more thing Aisyah , awak pakai dress biasa je petang ni. Tak perlu pakai baju kemeja. Jam 5 petang". Farish memandang mata Aisyah.
"Erk , baiklah Encik Farish".
♥♥♥♥
Aisyah memandu keretanya menuju ke rumahnya. Myvi Aisyah masuk ke dalam garaj kereta. Dia memandang dan menikmati angin di taman mini tepi rumah.
"Hai princess. Duk menung apa tu ? buah hati eh ?" usik Kamelia lalu menghulur Aisyah segelas jus oren.
"Liaaaa" Aisyah membuat muka tidak puas hati.
"Alololo , tayang-tayang jangan marah. Kau ni , asal sebut pasal tu je , terus melenting". Kamelia menghirup jus oren tadi.
"Lia , kau tak keluar dengan Hafiz ke ? biasanya time-time macam ni lah korang dating kan?" Aisyah mengubah topik. "Tak , Hafiz outstation". jawab Kamelia sepatah. Suasana kembali sepi. Aisyah dan Kamelia masing-masing melayan perasaan.
Aisyah membersihkan diri lalu menunaikan solat zohor. Jam di tangan ditilik. Pukul 2.30 petang. 'Herm ajak Lia jalan-jalan best jugak. Dah lama tak jalan-jalan dengan minah ni . Yelah orang ada boyfriend katakan. Tu tidak kahwin lagi. Mahu berkepit 24 jam dibuatnya' Aisyah bermolog sendiri.
YOU ARE READING
Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)
RomanceNur Aisyah Humaira seorang wanita yang tidak sanggup lagi membuka hati kepada insan yang bergelar 'lelaki' setelah orang yang diminati menghancurkan perasaanya. Aisyah pernah meminati seorang jejaka idaman gadis sejak dahulu lagi iaitu Mohd Syakir...