BAB 11

3.4K 92 19
                                    

Puan Ruslina dan Aisyah tiba di sebuah butik pengantin. Mereka menapak masuk ke dalam butik tersebut. "Excuse me madam , may i help you ?" soal ramah seorang pekerja wanita. " Saya nak cari baju pengantin untuk saiz dia. Nak kain songket warna gold & grey and bla bla bla" jawab Puan Ruslina. Pekerja wanita itu hanya mengangguk-angguk. Aisyah malas nak pasang telinga. Dia ingin mamanya yang handle hal kahwin ni. Maklumlah , dia kahwin ni pun sebab terpaksa. Ops , kecuaian diri sebenarnya. Hehehehe. Aisyah berjalan melihat baju pengantin di butik itu. "Isyah , meh sini try baju ni" panggil Puan Ruslina. Aisyah mengikut pekerja wanita ke fitting room. Baju itu kelihatan cantik dipakai oleh Aisyah. " Wah , cantiknya anak mama" sapa Puan Ruslina.
"Maa , okey tak maa ? Isyah rasa ketat lah sikit dekat bahagian paha ni" adu Aisyah manja sambil membelek-belek baju itu. "Anak mama pakai apa pun tetap comel. Tetap jadi princess di hati mama" . Puan Ruslina mencubit hidung mancung milik Aisyah. Geram.

"Maaaa , Isyah serious ni" Aisyah membuat muka duckface.

"Ye , mama pun serious. Okey cantik , dah sekarang kita pergi cari barang hantaran pula" ucap Puan Ruslina. Aisyah mengganti pakaiannya lalu masuk ke dalam kereta. Puan Ruslina menyusul Aisyah setelah membuat bayaran.

♥♥♥♥

"Assalamualaikum" Aisyah memberi salam lalu masuk ke dalam rumahnya dan Kamelia. Aisyah melabuhkan punggungnya atas sofa. "Beb , bila kau balik ?" soal Kamelia dari arah belakang.

"Baru je" jawab Aisyah sepatah. Letihnya masih bersisa setelah seharian membeli barang hantaran. Aisyah meraup wajahnya lalu naik ke atas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Aisyah mengenakan baju t-shirt long sleeve berwarna biru dan seluar track. Rambutnya diikat toncang , dia menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam.

"Aisyah , boleh aku tanya sesuatu tak ?" soal Kamelia yang baru muncul. "Apa dia?" jawab Aisyah sambil tangannya lincah memotong bawang. "Kau selalu keluar dengan mama kau kan ? Kenapa eh ?". Kamelia merenung Aisyah. Aisyah hanya diam membisu , dia tiada mood untuk membicarakan tentang hal ini. Kamelia juga menutup mulutnya setelah melihat riak wajah Aisyah berubah.

Setelah selesai makan malam , Aisyah ke biliknya untuk berehat. Kring ! bunyi phone Aisyah menandakan WhatsApp masuk.

"Hai , assalamualaikum. Awak tengah buat apa tu ?" -Syakir

"Waalaikumsalam , tak buat apa pun. Ada apa awak text saya ni ?" -Send.

"Saje , rindu awak" -Syakir

'Ish , gatallah mamat ni' desis hati Aisyah. Aisyah meletakkan handphonenya disisi katil. Mesej Syakir dibiarkan begitu sahaja.Hatinya sangat serabut buat masa ini. Hanya tidur yang bermain di benaknya.

♥♥♥♥

Aisyah bangun awal harini untuk singgah ke butik nya sebelum masuk ofis. Dia hanya mengenakan pakaian berwarna hitam dari tudung hinggalah ke kaki. "Morning Lia" ucap Aisyah lalu memeluk Kamelia dari belakang. "Aku mintak maaf pasal semalam , tak layan kau" Aisyah membuat muka comel.

"Morning , princess. Yee , aku faham. Dahlah jom breakfast nanti lewat kau masuk kerja" Kamelia mengukir senyuman manis. Dia hanya memerhati gerak-geri Aisyah yang dari tadi sedang menikmati makanan yang dihidangkan olehnya. "Kau jujur boleh tak ?" soal Kamelia kepada Aisyah.

"Apa dia ?" soal Aisyah acuh tak acuh. Tangannya khusyuk menjamah makanan.

"Babe , kita dah kawan selama 2 tahun kot. Aku anggap kau dah macam adik aku sendiri. Asal kau tak cakap yang kau nak kahwin ?". Aisyah yang sedang menikmati makan tersedak lalu mengusap dadanya.

"Mana kau tahu ni ? Kau spy aku eh ?" soal Aisyah sambil minum air. "Hello Miss Aisyah Humaira , of course lah mama kau yang bagitahu. Kalau tidak sampai ke mati pun aku tak tahu" ucap Kamelia denga nada sedikit rajuk.

"Hmm sorrylah babe , aku bukan taknak bagitahu , tapi aku belum sedia lagi. Aku kahwin ni pun , semua mama aku handle" pujuk Aisyah. Lia tersenyum lantas memeluk Aisyah erat untuk menyalurkan semangat buat Aisyah. Dia tahu bukan mudah untuk lalui semua ini. Kahwin
bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main. 'Sabar ye Aisyah , aku tahu kau kuat'. Desis hati Kamelia.

♥♥♥♥

Ringgg ! Ringgg !

Bunyi jam loceng menunjukkan sudah masuk pukul 5.30 pagi. Aisyah bangun sambil menggosok kelopak matanya beberapa kali. Dia mencapai tuala di ampaian lalu menapak ke bilik mandi. Usai solat subuh , Aisyah turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Memandangkan hari ini Aisyah cuti , dia memasak masakan yang special untuk Kamelia. "Lia ! Lia ! , Breakfast ready ," teriak Aisyah dari dapur. "Cantik sangat perangai anak dara sorang ni , teriak riak macam langsuir terlepas je aku tengok". tegur Kamelia sambil menuruni anak tangga. Aisyah tersengih sambil membuat tanda peace.

"Kau ingat comel lah tu ?" jawab Kamelia sambil tangannya lincah mengambil pinggan dan mee goreng basah. "Huhuhuhu , mestilah comel . Kau tak kerja ke harini ?" soal Aisyah. "Tak" jawab Kamelia sepatah sambil menyuap mee goreng basah ke dalam mulut. Setelah selesai bersarapan , Aisyah mengambil kunci kereta Myvinya lalu memandu menuju ke butik. Sudah lama dia tidak berkunjung ke butik kerana sibuk untuk menyiapkan barang-barang perkahwinan atas kecuaiannya sendiri.

Sorry author lame xupdate , disebabkan ramai yang request , author sambung update , sorry sangat2 tau readers , author baru install semula wattpad ni.. buzy skit , SPM:-( .. wish me luck !

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Where stories live. Discover now