BAB 2

3.2K 129 2
                                    

Kamelia dan Aisyah masing-masing mendiamkan diri di dalam kereta sepanjang perjalanan mereka ke tempat special Kamelia itu. "Beb, kau tahu tak ? Aku rasa macam mimpi je hari ni" Aisyah bersuara memecahkan kesunyian.

"Apesal ? kau dah jumpa boyfriend eh?" soal Kamelia tersengih tanpa memandang Aisyah.

"Ish kau ni , sikit-sikit boyfriend kau tahukan aku ni macam mana" balas Aisyah dengan nada sedikit geram. Kamelia bukannya tidak tahu bahawa Aisyah anti dengan perkataan 'Boyfriend' disebabkan kisah silam Aisyah yang gagal dengan cinta pertamanya.

"Rilekslah beb, aku gurau je. Aku bukannya apa , aku nak lah juga merasa pangkat aunty sebelum aku naik pangkat mama nanti" ucap Kamelia merajuk.

"Okeylah my baby boo, dahla tu merajuk. Tak cantik dah muka tu . Macam tongkang pecah pun ada aku tengok " pujuk Aisyah dalam nada bergurau. "By the way , aku nak cakap yang aku dinaikkan pangkat oleh bos aku" sambung Aisyah lagi.

Kamelia yang sedang memandu terbeliak biji mata lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan . Mujurlah waktu itu hanya kereta mereka sahaja yang lalu disitu.

"Kau biar betik beb ?" soal Kamelia .

"Betik lah ni , siap ada papaya lagi . Tunggu masa buat jus je" balas Aisyah dengan loyar buruknya itu.

"Bos kau naikkan pangkat apa ?".

'Ish minah ni , excited betul. Macam dia pula yang dinaikkan pangkat'. Omel Aisyah di dalam hati. "Personal Assitant . Sebab P.A sebelum ni dah berhenti kerja".

"Uish , makan sedap lah aku lepasni." usik Kamelia lalu meneruskan pemanduannya.

Setiba di restoran special yang Kamelia sebutkan , seorang lelaki yang duduk di hujung restoran asyik melambai - melambai ke arah Kamelia dan Aisyah .

Kamelia balas lambaianya lalu menarik Aisyah ke meja dimana lelaki itu duduk. "Beb kenalkan ni boyfriend aku , Hafiz. Hafiz ni kawan I Aisyah Humaira yang selalu I ceritakan tu".

"Aisyah" ucap Aisyah sambil tersenyum. "Hafiz" balas Hafiz seraya mengukir senyuman. Mereka bertiga duduk lalu memesan makanan .

"Beb , kau jangan marah kalau aku nak cakap ni" Kamelia membuka mulut memecahkan kesunyian.

"Cakaplah" jawab Aisyah sambil menyuapkan pencuci mulut kek coklat cheese yang dipesannya.

Suasana di meja mereka kembali sepi. Kamelia dan Hafiz pula asyik memandang antara satu sama lain ,seperti ada sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Aisyah hanya mendiamkan diri sambil menikmati kek coklat cheesenya.

"Sebenarnya beb, Hafiz ajak aku tunang. Then kitorang rancang nak nikah 4 bulan dari sekarang" ucap Kamelia seraya mengukir senyuman.

Aisyah yang dari tadi menyuap kek ke mulut terhenti perbuatannya itu. "Kau biar betul beb ? Oh , patutlah haritu beria-ia sangat nak aku cari calon suami" balas Aisyah sambil mengangkat keningnya.

"Cakap nak jadi pangkat aunty lah , rupanya dah nak nikah dah bestie aku ni. Kau ni kan , tipu aku je" sambung Aisyah lagi dengan nada sedikit sebak lalu memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

'Eh eh Aisyah ,sejak bila kau pandai mucungkan mulut ni? , ni mesti terkena penangan minah Kamelia ni' Aisyah bermonolog sendiri.

"Alaaa... Sorrylah beb .Bukan aku taknak bagitahu . Tapi aku risau bila aku kahwin nanti , tak ada orang nak jaga kau. Tu yang aku nak kau kahwin dulu" pujuk Kamelia .

Kamelia sangat prihatin terhadap Aisyah walaupun umur mereka berbeza iaitu Aisyah 21 tahun dan Kamelia 23 tahun. Tambahan pula Kamelia anak tunggal kepada Datin Maria dan Dato' Fadzil. Kamelia juga telah menganggap Aisyah seperti adiknya sendiri.

"Yelah , tapi make sure kasi aku anak sedare yang cantik macam aku nih okey ?" Aisyah mengerdipkan mata sambil tersenyum.

"Weh, masuk bangkul angkat sendirilah". kata Kamelia . Mereka bertiga terus tertawa dan berborak - borak pasal pertunangan Kamelia nanti. 'Hope kau bahagia minah' desis Aisyah dalam hati.

♥♥♥♥

Aisyah menuju ke butiknya setelah dihantar pulang oleh Kamelia. Aisyah hanya mengenakan blouse labuh hingga paras kaki berwarna cream dan memakai instant shawl berwarna grey pada tubuhnya. Setibanya Aisyah di butik miliknya , Aisyah memandang sekeliling mencari sesusuk tubuh iaitu Arissa .

'Mananya minah ni . Cakap nak teman aku pergi ambil stok baju . Dah lewat dah ni' Getus Aisyah sendiri .

"Assalamualaikum, Rissa , Rissa ? kau nak pergi tak ni ?" jerit Aisyah di muka pintu butik sambil menilik jam di tangannya .Beberapa minit kemudian, Arissa berlari anak ke muka pintu mendapatkan Aisyah

"Beb , sorry beb , tadi aku tengah bersolek lah. Tak dengar kereta kau masuk sini " kata Arissa sambil membuat tanda peace dan muka comel.

"Kau tak payah buat muka comel sangat lah. Aku tahu kau saja nak meredakan mood aku kan ?" ucap Aisyah sambil tersenyum.

Memang Aisyah dah masak dengan perangai Arissa ni. Selalu membuat bosnya hilang marah.

"Mama !" jerit Qaseh Qashdina.

"Hai, anak mama dah besar dah" balas Aisyah sambil memeluk Qaseh Qashdina yang berumur 3 tahun.

Qaseh ni anak kak Ani. Sejak kak Ani bekerja di butik Aisyah , kak Ani selalu membawa Qaseh bersamanya sehinggakan Aisyah menganggap Qaseh seperti anaknya sendiri.

"Mama , nak ikut ?" Qaseh membuat muka comel.

"Okey , tapi Qaseh kena janji dengan mama tau jangan nakal-nakal". Aisyah mencuit hidung Qaseh.

"Qaseh janji" Qaseh mengangkat jari kelinkingnya seperti janji.

"Okey sayang . Tapi Qaseh pergi panggil ummi jap boleh ?" Aisyah mengangkat keningnya sebelah sambil mengukir senyuman.

"Baiklah mama. Kejap ye Qaseh panggilkan ummi " Qaseh berlari anak meninggalkan Aisyah dan Arissa di muka pintu.

Qaseh dan kak Ani datang sambil berpimpin tangan . "Kak Ani ? boleh tak kalau Aisyah nak ajak Qaseh temankan Aisyah pergi ambil stok baju ?" tanya Aisyah separuh merayu lalu mengerdipkan matanya laju sambil membuatkan muka comel.

"Hahahaha . Aisyah ni ada-ada jelah. Patutlah Qaseh ni pandai buat muka comel . Ikut mama dia rupanya. Pergilah , akak izinkan" . Qaseh dan Aisyah masing-masing melompat
kegembiraan.

"Qaseh , jangan nakal-nakal tau . Dengar cakap mama" pesan kak Ani kepada Qaseh.

"Okey ummi" Qaseh membuat tanda 'ok' kepada kak Ani.

Sorry , Author terpaksa sambung cerita ni dekat bab 3 , sebab nanti panjang pulak bab ni.. hihihi..sorry jugak kalau cerita ni boring.. ape ape pun jangan lupa vote guys. thanks sebab reading.. sorry , bukan slow update. tapi Author siapkan bab dulu banyak -banyak baru publish.. huhuhu.. sorry kalau buat tertunggu2 next bab.

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Where stories live. Discover now