Aisyah memandu kereta Myvinya ke gedung pemborong baju di Puncak Alam. Arissa dan Aisyah keluar dari perut kereta serentak setelah sampai ke destinasi. Arissa mendukug Qaseh yang kelihatan letih untuk berjalan lalu mengekori Aisyah yang sedang menuju ke gedung itu. Banyak design-design yang menarik di gedung ini. Aisyah menilik baju-baju yang baru sampai itu.
"Assalamulaikum cik ? ada apa-apa yang boleh saya bantu ?" sapa seorang pekerja lelaki.
"Waalaikumussalam. Erm saya ada membuat tempahan baju di gedung ni". ucap Aisyah sambil mengukir senyuman.
"Oh , boleh saya tahu nama cik ?" soalnya.
"Nama saya , Nur Aisyah Humaira ".
"Oh , cik Aisyah yang menempah baju bulan lepas tu ke ?".
"Haa, ye" Aisyah menangguk.
"Sekejap ye cik Aisyah , saya pergi ambil tempahan cik Aisyah dan buat resit untuk cik Aisyah sebentar". Pekerja itu beredar meninggalkan Aisyah sendirian.
Aisyah berlalu pergi mendapatkan Qaseh dan Arissa yang sedang bermain di sudut gedung. "Mama , mama , Qaseh nak aiskrim boleh? " soal Qaseh gembira. "Boleh sayang , tapi kita pergi nanti boleh kan ? mama nak ambil baju dengan pakcik tu kejap". Aisyah menunding jarinya ke arah pekerja tadi. "Tapi mama , Qaseh nak aiskrim sekarang jugak" rengek Qaseh.
"Beb , kau pergilah beli aiskrim . Biar aku settlekan tempahan kau ni" celah Arissa.
"Kau okey ke ni ?" Arissa mengangguk. "Okeylah kalau macam tu , ni duitnya. Nanti apa-apa call aku tau ?".
"Jom Qaseh" Aisyah memimpin Qaseh lalu keluar dari gedung itu.
♥♥♥♥
"Qaseh , Qaseh nak aiskrim perisa apa?" tanya Aisyah. "Qaseh nak perisa Strawberry Vanilla". sambil tersenyum .
"Pakcik , bagi saya aiskrim strawberry vanilla satu". kata Aisyah sambil tersenyum.
Aisyah mengambil aiskrim dari pakcik tadi lalu menghulurkan not 5 sekeping. "Terima kasih pakcik" ucap Aisyah tersenyum. "Nah, aiskrim Qaseh" Aisyah menghulurkan aiskrim yang dipegangnya kepada Qaseh. "Yeay , aiskrim" Qaseh menepuk tangan kegembiraan.
Aisyah memusingkan badannya lalu badannya dilanggar oleh seseorang. "Maaf encik" ucap Aisyah lembut sambil memandang ke lantai.
"Tak tak saya yang langgar awak tadi, saya minta ma.. " lelaki tadi menghentikan kata-katanya seketika sambil merenung Aisyah. "Aisyah ? Ni Aisyah Humaira ke ?" tanya lelaki itu sambil mengangkat keningnya sebelah.
"Yee ? erm.. awak siapa ye ?" Aisyah melihat lelaki yang melanggarnya tadi dengan dahi berkerut.
"Akir , saya Akir. Mohd Syakir Fahmi . Takkan dah lupa kot ?" Syakir senyum hingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.
Terbuntang mata Aisyah mendengarkan pengakuan lelaki itu. "Akir ? s..so..sorry saya tak perasan awak . Awak dah banyak berubah s..se..sekarang" ucap Aisyah tergagap -gagap lalu mengukirkan senyuman.
"Mama , jomlah kita pergi . Aunty Rissa dah panggil tu". Qaseh menggoncangkan tangan Aisyah. "Ye sayang . Jum" ucap Aisyah lalu beredar tanpa memandang Syakir.
"Aisyah , boleh kita jumpa lagi macam ni ?" soal Syakir. "Insha Allah kalau ada jodoh" ucap Aisyah tersenyum lalu pergi ke arah Arissa. Syakir menghantar Aisyah dengan ekoran matanya.
"Beb , siapa tu ?" soal Arrisa. "Kawan lame aku , takde apelah. Tak penting pun dia . Kau dah settlekan semua barang-barang ?" soal Aisyah mengubah topik.
"Dah , jomlah" kata Arissa lalu memimpin Qaseh ke dalam perut kereta.
♥♥♥♥
Aisyah asyik termenung memikirkan kejadian petang tadi. Tentang dimana dia terjumpa dengan lelaki yang pernah menyakitinya suatu ketika dahulu. 'Akir, saya Akir. Mohd Syakir Fahmi . Takkan dah lupa kot?' ucapan Syakir masih terngiang-ngiang di telinga Aisyah. Aisyah mengeluh kecil. 'Ya Allah betapa kecilnya dunia ini' getus Aisyah sendiri.
Angin malam bertiup menampar lembut pipi Aisyah yang putih gebu itu. Aisyah memejamkan matanya menghayati suasana malam yang tenang dan sunyi itu. Aisyah merasakan dirinya diselimuti seseorang dari arah belakang. "Nanti kau masuk angin . Lagipun kau buat apa malam-malam kat luar ni ? Sejuk lah kat sini" ucap Kamelia sambil menghulurkan segelas minuman coklat panas kepada Aisyah. Aisyah menyambutnya dengan tersenyum. "Lia , kau ingat tak yang aku pernah cerita dekat kau yang aku minat someone dulu ?" soal Aisyah sambil menghirup minuman kegemarannya. "Yup, asal ?" tanya Kamelia lalu mengambil tempat di sebelah Aisyah
"Aku terjumpa dia petang tadi" ucap Aisyah perlahan tetapi didengar oleh Kamelia dengan jelas. "What ? macam mana kau boleh jumpa dia beb ?" tanya Kamelia dengan nada terkejut. "Masa aku beli aiskrim dengan Qaseh petang tadi. First aku tengok dia , memamg aku tak cam dia . Then dia cakaplah yang dia tu Syakir. Dia dah banyak berubah. Macam tak percaya pula kan ?" Aisyah memandang Kamelia dan cuba mengukir senyuman di hadapan kawan baiknya itu.
Kamelia mengangguk lalu tersenyum tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia juga turut merasakan apa yang Aisyah rasa sekarang . Remuk, sebak , pilu , hancur dan sebagainya. Bab kata pepatah Melayu "Cubit peha kanan , peha kiri turut terasa sakitnya". Mereka melempar pandangan mereka ke arah bintang-bintang di angkasa sambil menikmati angin malam.
Sorry author buat skit je bab ni.. thnk you reader
. hope u enjoys. slah eja ke.. salah maksud ke apa.. komenlah ye.
YOU ARE READING
Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)
RomantikNur Aisyah Humaira seorang wanita yang tidak sanggup lagi membuka hati kepada insan yang bergelar 'lelaki' setelah orang yang diminati menghancurkan perasaanya. Aisyah pernah meminati seorang jejaka idaman gadis sejak dahulu lagi iaitu Mohd Syakir...