BAB 13

657 25 8
                                    

Lama menunggu Aisyah dibilik doktor , tiba-tiba pintu bilik doktor dikuak dari dalam . Kelihatan nurse tadi bersama Aisyah keluar dari bilik doktor menuju ke Farish. "Isteri encik tiada apa-apa hanya seliuh kecil. Sila ambil ubat di kaunter farmasi ye encik" ucap nurse sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Farish. "Terima kasih" ujarnya. "Sama-sama" ucap nurse lalu beredar pergi. Aisyah masam mencuka mukanya mendengarkan itu. Yelah semua orang ingat Farish tu suami dia. 'Ish , semua salah kau lah ni Farish. Nasiblah kau boss aku' Aisyah bermonolog sendiri. "Sekejap ye , saya pergi ambil ubat Aisyah" Farish minta diri ke kaunter farmasi.

Setelah ambil ubat , Farish menghantar Aisyah pulang. Dalam perjalanan pulang , Aisyah hanya mendiamkan diri sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. "Aisyah , awak tak payah pergi kerja lah untuk beberapa hari ni , saya bagi awak cuti bergaji" ucap Farish memecahkan kesunyian. Aisyah masih mendiamkan diri tidak memberi respon. "Aisyah ?" panggil Farish. "Aisyah !" kalini dengan nada yang sedikit tinggi.

"Hah ? Ye ?" ucap Aisyah kembali ke dunia nyata,  terkejut dengan Farish yang menjerit namanya. "Ish awak ni ,tak dengar ke saya cakap tadi ? Suka mengelamun" bebel Farish dengan nada sedikit kesal. "Encik cakap apa ya tadi ? Maaf saya tak dengar bising bunyi kereta" bohong Aisyah padahal tiada satupun kereta lalu disitu. "Saya cakap ,awak tak payah pergi kerja lah untuk beberapa hari ni , saya bagi awak cuti bergaji . Nanti bila dah betul- betul sihat , baru awak masuk kerja balik" ujarnya. "Ehh takpelah encik , saya boleh je pergi kerja ni haa" ucap Aisyah sambil mengusap kakinya. "Tak payah nak degil . Ikut saja arahan saya" Farish memandang ke arahnya sekilas lalu memandang kedepan.

"Hmm , baiklah encik. Terima kasih encik banyak tolong saya harini" balas Aisyah akur. Dia sebenanya tidak selesa bila Farish memberinya cuti bergaji selepas apa yang Farish tolong dia harini. Tapi dah Farish tu bossnya dia terpaksa ikut. "Sama-sama , and by the way , haritukan saya dah cakap tak payah ber encik-encik dengan saya bila kat luar" balas Farish. "Maaf , saya lupa" ucap Aisyah. Farish menggeleng kepalanya kecil melihat Aisyah.

Tiba di rumah Aisyah , Farish memapah Aisyah masuk kerumah walaupun dihalang oleh Aisyah , tapi Farish tetap degil nak memapah Aisyah. Kebetulan Kamelia sudah pulang dari kerja. "Assalamualaikum " Aisyah memberi salam sambil dipapah oleh Farish. "Waalaikumsalam" Kamelia membuka pintu lalu tekejut melihat Aisyah. "Weyh , asal kau ni ? Kenapa boleh jadi macam ni ? And kenapa rumah bersepah weyh aku balik tadi ?" Bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Kamelia. "Nanti ah aku cerita" sambil memaut tangan Aisyah. "Thanks Farish" ucap Aisyah lembut lalu memberikan sebuah senyuman. "You're welcome , makan ubat tu tau . Jaga diri" ujarnya lalu mengenyitkan mata ke arah Aisyah dan masuk ke dalam perut kereta. Aisyah menunduk malu dengan tingkahnya itu.

Kamelia yang jadi perhati sejak tadi tergamam dan tersenyum kecil . Sel-sel otak nakalnya sedang berhubung. Farish meninggalkan perkarangan rumah Aisyah. Kamelia menolong memapah Aisyah ke ruang tamu. Aisyah duduk dan menghelakan nafas sambil membuka tudung di kepalanya. "Raja sedang jatuh cintaaa , kepada mu.. huuu uu uuu uu.. huu uuu uuu uuu" Kamelia bernyanyi  sambil menari. Sedang asyik menari , pak! satu bantal hinggap ke muka Kamelia , siapa lagi kalau bukan Aisyah yang melepaskan das tembakan meriamnya. Terbahak-bahak Aisyah ketawa melihat muka terkejut Kamelia. "Hahahhahahaha , asal berhenti menari cik puteri ? Tadi kemain kau menari menyanyi la la la la" ucap Aisyah sambil mengajuk kembali perbuatan Kamelia. "Kau ni kalau kaki tu tak sakit , dah lama aku smackdown kan kau tau" ucap Kamlia sambil buat tangan macam ultraman. "Hahhahhahaha , smackdown lah kalau berani" Aisyah mengugut Kamelia. Kamelia berlari anak cuba menangkap Aisyah , belum sempat Aisyah lari , dia sudah terjatuh di lantai. "Aduhh !" Aisyah menjerit kecil . "Haaa , padan muka buat orang lagi . Kan dah kena" giliran Kamelia pula ketawa. Kamelia menolong Aisyah kembali duduk di atas sofa.

"Dah jadi buah hati ke ?" Tebak Kamelia. "Haah ,dah" ucap Aisyah selamba. "What ? Seriously babe ?". Kamelia terkejut. "Tu bos aku lah ngok , gila ke kau bercinta dengan bos sendiri"balas Aisyah sambil menutup mulut Kamelia yang terlopong tu. "Weyh , handsome gila bos kau tu , melepas lah kau kalau reject dia" seloroh Kamelia. Kamelia tahu tentang bos Aisyah , tetapi belum pernah bertemu lagi dengan bosnya. "Hmm , yelah" ucap Aisyah sambil menekan tombol remote Tv , malas melayan otak Kamelia yang tengah menjadi-jadi tu. "Aku tengok dia kenyit mata kat ....................."

Aisyah sengaja menaikkan lagi suara TV hingga suara Kamelia tidak kedengaran. Kamelia yang melihat Aisyah sengaja membuat begitu menjerit di telinga Aisyah "Malas aku layan kau ! Aisyah gila !! Aku benci kau !!" lalu pergi ke dapur meninggalkan Aisyah.  Aisyah tersenyum melihat tingkah Kamelia seperti keanak-anakkan itu. Aisyah menurunkan volume TV dan kedengaran Kamelia masih lagi membebel di dapur seorang diri 'Lia , lia . Tak habis-habis perangai budak-budak kau tu' desis hati Aisyah.

*****

Sudah seminggu berlalu , seminggu Aisyah duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa , dia merasa bosan duduk dirumah , bukan dia tidak mahu mengemas atau memasak di rumah , tetapi Kamelia menghalangnya. Katanya Aisyah kena cukup rehat . Selama seminggu , Kamelia ni lah yang kehulur-hilir menjaga Aisyah sehinggah Aisyah sembuh. Ting tong ! Loceng rumah Aisyah ditekan. Aisyah mendengar dan menggapai tudungnya lalu menuruni anak tangga perlahan-lahan. Dia melihat jam di dinding menunjukkan baru pukul 10 pagi. 'Aik ? Awalnya Lia balik ?' Aisyah bermonolog di dalam hati. Sampai di pintu lalu dia membuka pintu rumahnya. Kelihatan seseorang yang sedang melambai-lambai tangan ke arah Aisyah. Sesorang yang dia kenali susuk tubuhnya. Aisyah berjalan membuka pintu pagar "Aisyah , i miss u" ucap gerangan tersebut sambil menghulurkan sejambak bungan coklat. "Em , Syakir , awak buat apa kat sini ? Macam mana awak tahu ni rumah saya?" soal Aisyah awkward. "Mama awak bagitahu saya" jawab Syakir selamba. "Oh , emm masuk lah" jemput Aisyah.

Aisyah sedikit rimas bila mata Syakir tidak berganjak dari matanya sejak dari tadi. "Awak tinggal sorang je ke kat rumah ni?" ucap Syakir memecahkan kesunyian sambil matanya melilar sekitar rumah. "Tak , dengan kawan saya , Lia" balas Aisyah. "Ohh" ucap Syakir sepatah. "Awak nak jus ke caffeine?" soal Aisyah lalu bergerak ke dapur. "Jus pun boleh" jerit Syakir . Aisyah datang kembali membawa segelas jus lalu dihulurkan kepada Syakir. "Terima kasih sweetheart"ujar Syakir.

Aisyah yang mendengar perkataan tersebut , membuat muka menyampah. "Kenapa awak datang sini ?" soal Aisyah mengubah topik. "Saje rindu awak" balas Syakir selamba. Aisyah semakin meluat dengan loyar buruk Syakir. "Saya sebenarnya datang nak tengok awak lah , Lia cakap awak sakit?" ujar Syakir. "Haa , ye . Tapi dah sihat dah ni. Sikit" balas Aisyah sambil mengurut kakinya. "Macam mana lah awak boleh jatuh tangga ni". Aisyah melemparkan senyuman kepada Syakir kerana dia tidak mahu ceritakan hal itu. "Kalau awak dah sihat baguslah, em dah nak masuk tengahari ni , sya minta diri dulu ye. Jaga diri elok-elok , jangan nakal-nakal lagi. Nanti kang tak pasal-pasal masuk wad pula"ucap Syakir sambil tersenyum. "Hm , yelah" balas Aisyah sepatah. Aisyah menghantar Syakir ke pintu. Syakir masuk ke perut kereta dan membunyikan hon sebelum beredar pergi.


Syakir nak lawat Aisyah jelah hehehe. Okey , bab ni panjng sikit tau sorry , memandangkan korang tergantung lama cerita ni, raa update 2 bab sekali gus okey.. love u

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dulu 'Crush', Sekarang 'Husband' (HOLD)Where stories live. Discover now