Chapter 6

1.3K 114 5
                                    

"Ahhh!! Gumawoo." I.M pun memeluk leher Wonho dan Joohoen.

--------

Di Fresh Market.

"I.M nak buat apa dekat sini?" Tanya Wonho sambil melihat barang -barang masakan yang dijual.

"I.M nak masak." Balas I.M dengan teruja.

"What? Are you serious" Tanya Joohoen dengan wajah terkejut.

Sampai saja di bahagian basah, I.M segera membeli octopus, lobster dan kepah.

Setelah selesai membeli barang dibahagian basah, mereka pun bergerak menuju ke bahagian kering sebelum menuju ke kaunter bayaran.

"I.M teman hyung pergi tandas jom." Kata Jooheon.

"Ha? Ala hyung ni." I.M mengeluh. Wonho yang sedang menyusun barang untuk dibayar pun menyuruh I.M menemani Joohoen.

I.M pun mengangguk dan mereka pun pergi ke tandas.

"I.M tunggu dekat luar je tau. Kalau hyung lambat I.M tinggal" kata I.M sebelum Jooheon melangkah masuk ke dalam tandas lelaki.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang memakai suit hitam mendekati I.M.

I.M yang sedang mendengar lagu menggunakan headphone, terkejut dengan kehadiran orang asing.

Orang tersebut memberikan I.M sekeping sampul surat yang besar dan berlalu pergi. I.M terpinga-pinga.
Baru saja I.M hendak membuka Joohoen cepat-cepat merampas sampul itu dari tangan I.M.

"Yah, hyung!" I.M cuba mengambil sampul surat tersebut tetapi tidak berjaya kerana Joohoen lebih tangkas bertindak menyorokkan sampul itu.

"Jom, Wonho hyung dah tunggu tu." Joohoen pun menarik tangan I.M menuju ke kereta.

Tiba sahaja di rumah, Wonho dan Joohoen membantu I.M mengeluarkan barang daripada kereta.

"Wonho hyung, boleh tolong ajarkan I.M? Hyung just tengok je. Biar I.M yang masak."

Wonho memikir sejenak dan setuju. I.M tersenyum kegembiraan.

I.M terus mencapai apron dan mulakan misinya. Wonho pula memberi arahan kepada I.M.

Joohoen pula selesai saja meletakkan barang I.M. Dia segera masuk ke bilik tidurnya.

Di hadapan skrin komputer, jari jemari Joohoen mula lincah menaip sesuatu.

"Yes, I got it!" Kata Joohoen setelah berjaya meng hacker CCTV di Fresh Market.

Dia melihat rakaman itu dengan teliti. Sampai saja di satu scene dia terus mencari identiti orang yang memberikan sampul surat pada I.M.

"Oh SH*T!" Joohoen menghentak meja komputernya apabila mendapat identiti orang tersebut.

Di dapur pula.

Bunyi oven kedengaran menandakan lobster sudah masak. I.M segera mencapai sarung tangan untuk mengeluarkan lobster dan meletakkan di meja yang berhadapan Wonho duduk.

"Wow, good job dongsaeng!" Puji Wonho. Dia berpuas hati dengan masakan I.M. Tak sangka I.M pandai memasak sepertinya.

"Well, I.M the best dongsaeng. Hahaha."

"Okey, tu periuk tu cuba tengok octopus dah masak ke belum." Jari Wonho menunjuk ke arah periuk yang mengeluarkan wap.

"Hyung, boleh tak I.M nak tambahkan pasta dalam ni? Selalunya orang letak ramen kan? Kita tukarkan kepada pasta." Cadang I.M.

VAMPIRE MONSTA X [MALAY FF]Where stories live. Discover now