"Weyh! Aku rasa tu HyunJi." Kata Wonwoo.
"Dah 15 minit diorang pergi. Jom kita pergi cari." I.M dan Wonwoo pun pergi mencari HyunJi dan HaNa.
---------
Pada waktu malam,
Di rumah banglo.Langkah Joohoen terhenti apabila dia berdiri di depan pintu bilik milik Shownu.
Joohoen menarik nafas dan ketuk pintu bilik Shownu.
"Come in" balas Shownu dari dalam.
Joohoen melangkah masuk dan melihat Shownu sedang menghadap Macbook.
"Oh, Joohoen saeng. Tak tidur lagi?" Shownu mengalih pandangannya kearah Jooheon.
"Err. Hyung. Joo-- joohoen"
"Hey, kenapa jadi gagap pula ni? Ada apa?" Shownu tersenyum dan menyambung semula kerjanya.
"Mianhae! Sebab Joohoen tak bagitahu awal-awal pasal ni." Joohoen terus melutut membuatkan Shownu terkejut dan merepati adiknya itu.
"Wae-yo? Cuba cakap." Shownu menghampiri Joohoen.
"Tapi tolong jangan bertindak dulu. Bagi aku jelaskan dulu." Shownu mengangguk dan Joohoen pun menyerahkan sampul surat besar kepada Shownu.
Shownu pun mengambil dan mengeluarkan isi kandungan yang terdapat di dalam sampul surat tersebut.
"Apa ni? Macam mana kau boleh dapat?"
"Err. Tu sebenarnya I.M yang dapat tapi aku rampas time dia nak bukak." Terang Joohoen.
"Dan-?" Tanya Shownu.
"Dan...." belum sempat Joohoen mahu menyambung tiba-tiba muncul bunyi yang menandakan Amaran dari iPad yang terletak di atas meja kerja Shownu.
Shownu segera mengambil dan memeriksa.
"Joohoen!" Shownu memandang Joohoen.
"Jejak I.M hilang!!!" Balas Jooheon dengan riak wajah yang terkejut.
Shownu segera mencapai kunci kereta, wallet dan jaketnya berlalu keluar.
Wonho yang hendak ke dapur terkejut apabila melihat Shownu berlari dan memecut keretanya.
"Yah! SHOWNU!!" jerit Joohoen.
"What's wrong?" Tanya Wonho apabila melihat Joohoen mengejar Shownu.
"Wonho! Jom jom kita pergi Busan!" Kata Joohoen sambil menarik Wonho.
"Buat apa?" Tanya Wonho pelik.
"I.M... diaa... diaa- dalam bahaya!" Reaksi Wonho secara drastic tukar. Mereka berdua pun keluar dari rumah itu dengan keadaan terkejar-kejar.
Dalam perjalan, Joohoen sempat menelefon Kihyun, Minhyuk dan Hyungwon yang masih kerja.
Mereka semua terus menuju ke Busan.
******
"Weyh! Aku rasa tu HyunJi dengan HaNa." Kata Wonwoo.Tiba-tiba bunyi tapak kaki yang sedang berlari mula mendekati mereka.
"Ahh, I.M! Wonwoo!!" Hyunji dan Hana lari kearah mereka dalam keadaan ketakutan.
"Yah! Asal korang lari??" Tanya I.M dengan keadaan risau.
"Vam- vampire!" Kata Hyunji sambil tangannya menunjuk ke arah semak samun.
I.M dan Wonwoo melihat semak samun. Tiba-tiba keluar beberapa pasang mata.
I.M, Wonwoo, Hyunji dan Hana segera melarikan diri. Tidak lama kemudian, perkara yang tidak diingini berlaku.
YOU ARE READING
VAMPIRE MONSTA X [MALAY FF]
FanfictionSebuah keluarga yang sungguh perfect. Shownu sebagai ketua keluarga setelah ibu bapa mereka pergi buat selamanya. Wonho anak kedua diikuti Kihyun, Minhyuk, Hyungwon , Joo Hoen dan I.M. Setiap karakter mereka amat berbeza. Shownu seorang detektif...