BAB 1 / Part 1

1K 25 1
                                    

Sayup-sayup kedengaran azan dari kejauhan. Hujan yang lebat semakin reda. Aku menarik selimut sehingga menutupi seluruh tubuhku dan aku menggapai telefon yang berada di atas lampu meja bersebelahan katil bersaiz queen milik aku ini. Aku melihat skrin telefon aku, pukul 5.55 pagi. Bunyi tapak kaki menaiki tangga ke arah bilik ini telah mengejutkan aku. Aku menyelitkan telefon ke bawah bantalku dan memejamkan mata seakan-akan aku masih belum bangun. Aku cuba memanaskan badan aku sebaik mungkin dengan menggosok dahiku menggunakan tapak tanganku.

"Hajar, dah azan ni. Bangun, lepas tu siap, sarapan, pergi sekolah." Ibu mengejutku di balik pintu. Suaranya lembut memanggil. Aku memastikan dahi aku cukup panas untuk menipu ibu. Tombol pintu dipulas. Ibu berjalan masuk dan katil melendut menandakan ibu telah duduk di sebelah aku. Dia menarik selimut dari muka aku dan mengusap lembut rambut ku.

"Hajar tak larat lah ibu." Aku melemahkan suaraku untuk meyakinkan ibu. Ibu merasa dahi aku. Matanya memandang tepat ke mataku. Reaksi mukanya kosong, tidak dapat ditafsirkan.

"tapi Hajar kena solat. Bangun." Ibu melangkah keluar dan menutup pintu bilik ku dengan perlahan. Aku memasang telinga untuk memastikan dia sudah betul-betul jauh. Aku melompat dari katil ku dan menekan tombol pintu.

"Yes! Boleh keluar!" Aku berpusing-pusing kegembiraan dan menghempaskan badan aku ke katil. Aku menarik selimut dan memejamkan mata untuk melayan lena ku yang masih berbaki. Belum sempat aku dibuai mimpi, pintu aku diketuk kuat bagai mahu bercerai kepada serpihan. Aku terduduk kerana terkejut. Ayah! Alamak ayah! Macam mana ni. Apa yang patut aku jawab nanti. Aku bangun perlahan dari katil ku. Lutut aku lemah dan menggigil. Dalam keadaan ketakutan aku menuju ke pintu, semakin hampir aku dengan daun pintu ku, semakin kuat bunyi ketukan pintu itu. Aku menggenggam tombol pintuku mencari kekuatan untuk memulas. Tidak lama kemudian pintu aku terbuka dan merempuh aku. Aku melayang ke belakang dan jatuh ke lantai. Ayah telah merempuh pintu bilik aku sambil memegang erat sebatang rotan di tangannya.

"Bodoh! Kamu ingat aku ni apa?!" Ayah datang ke arah aku, merentap kuat tangan aku dan merotan aku sekuat hati. Sakitnya seperti berbisa. Aku meraung dan meronta-ronta agar dilepaskan. Air mata aku gugur membasahi pipi. Penglihatan aku kabur dek air mata penuh di kelopak mata.

"Aku bayar kau pergi sekolah, kau pergi mana?! Kau ingat mak bapak kau ni suka-suka ke hantar kau pergi sekolah? Aku nak tengok kau berjaya. Faham?" Ayah merapatkan mukanya ke muka aku. Aku menggigil. Tangan aku sakit, belakang aku pedih, begitu juga belakang peha dan betis aku yang sudah luka disebat ayah.

"Faham tak?!" Ayah menengking di telinga aku dan menampar aku yang tidak aku tahu berapa kali. Keadaan sekeliling aku semakin kabur. Sebuah bayangan dan bunyi tapak kaki menghampiri aku. Ibu. Tolong ibu, sakit. Air mata aku terus mengalir.

"ABANG! Sudahlah tu abang. Sudah, sudah!" suara ibu tegas. Dia memegang bahu ayah. Semuanya kabur, yang pasti ibu sedang menangis.

"Ahhh! DIAM! Ni hal aku dengan budak ni! Kau tepi!" Ayah menolak ibu menyebabkan ibu jatuh tersungkur. Ayah memegang kaki aku, aku terkejut dan dengan tindak balas badanku, aku tertendang ayah di rahangnya. Dia meraung sekuat hati, darah keluar memancut-mancut dari mulutnya. Dia menekup mulutnya dengan kedua tapak tangan. Apa yang terjadi? Kenapa ayah berdarah? Ayah mengerekot menahan sakit. Aku terlalu terkejut untuk bergerak. Mata aku membulat melihat ayah dalam kesakitan dan pada masa yang sama ibu menjerit memanggil ayah namun ayah bangun dan menolak ibu ke tepi dan berlari keluar. Jantung aku berdegup kencang seperti baru menghabiskan marathon.

Ibu bangun mendapatkan aku. Dia menganggkat aku ke atas katil dan meniarapkan aku kemudian matanya memandangkan belakang dan kaki aku yang luka. Ibu mengusap dan mencium dahi aku sebelum berlari keluar. Mungkin mencari ayah. Air mata aku telah lama kering. Aku memalingkan kepala ke arah lantai di mana ayah bermandikan darah. Darah penuh di atas lantai seperti sebuah pembunuhan telah berlaku di bilik aku. Aku bangun dan menggapai baju luar dan seluar jeans yang tergantung di dalam almari pakaian lalu aku menyarung jeans dan baju luar. Aku berlari keluar dari rumah. Aku perlu kosongkan fikiran aku. Satu sahaja tempat yang dapat aku pergi. Kak Bad....

________________________________________________________________________________

Komen dan Vote please!!

*wink wink*

XD

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now