BAB 3 / Part 5

106 4 1
                                    

"Betul ke budak tu dengan Jasper?"

"serius la weyh"

"Tadikan dia sebut Jasper"

Aku mula tertumpu pada orang-orang di luar. Kalau betul, mengapa mereka tidak menahan aku seperti mana Hana menahan aku? salah seorang senior ahli dorm aku menepuk bahu aku. riak mukanya seperti berkata ikut akak sekarang. Aku menurutinya ke stor dorm kami. Di dalam itu kedap suara kerana di tampal dengan papan-papan telur. Jadi bilik itu tidak kotor seperti stor malah dihias cantik untuk dijadikan tempat melepak mereka dan bernyanyi sesuka hati. Kak Kaira menutup pintu. Dia memandang aku dan kali ini mukanya serius.

"Akak nak minta maaf. Pada mulanya akak tak nak masuk hal kamu dengan Jasper. Tapi Hajar, Jasper memang ada perangai buruk dia. Dia pernah beberapa kali memacah masuk aspuri. Tapi sebab dia kaya, dia pandai sukan, dia pandai akademik juga. Cikgu tak berani buang dia. Itu yang akak tahu. Ada yang cakap mak ayah dia rasuah pengetua sekolah ni. Minta rahsiakan kes dia. Tapi akak sendiri rasa mustahil. Akak tak pasti Hajar. Sebab sebelum ini jarang perempuan rapat dengan dia. Dia biasanya dengan perempuan lain dari sekolah ni. Dia juga selalu ponteng itu yang akak nampak. Lagi satu, orang cakap jangan cerita keburukan dia pada orang lain. Macam bala, bila kita cerita, kita kena. Itu yang budak-budak kepoh kat luar bising tadi. Bila mereka dengar Hajar cakap Hana cuba bagitahu kamu yang Jasper tu jahat, mereka semua fikir Hana dah terkena bala Jasper. Sebab itu dia sakit. Ramai yang cakap Hana kena rogol. Akak tak pasti." Dia menarik nafas dalam.

"kalau betul. Akak berani bagitahu saya?" aku seperti tidak terkejut dengan kenyataan yang Hana telah dirogol. Dia yang tidak berfikir, kenapa mesti jumpa orang di tempat yang tiada orang.

"Akak takut. Tapi aku lagi takut biarkan seseorang stress bersendirian. Boleh gila tahu tak?" Dia menepuk bahu kanan aku.

Aku sedikit tenang kerana masih ada yang mahu berkongsi. Tetapi masih banyak yang aku perlu tanya, terlalu banyak tetapi aku tidak tahu bagaimana nak mula, tidak tahu apa yang patut ditanya. Keadaan aku seperti menyelesaikan puzzle yang susah dan rumit. Bagaimana aku perlu mula untuk menyelesaikan puzzle ini. Dari penjuru atau mula dari apa yang aku nampak? Mungkin aku patut mula dari sekeliling tetapi yang paling awal aku nampak. Keadaan sunyi semasa aku diam berfikir. Kak Kaira memberi ruang kepada aku berfikir.

"Baiklah Kak Kaira. Banyak yang Hajar nak tanya. Macam yang Kak Kaira tahu Hajar masih masih baru. Tidak sampai setengah tahun pun Hajar dekat sini. Hajar mungkin rapat dengan Jasper sebab kami pernah jumpa sebelum ni. Tapi tak lama, cuma dia tanya Hajar sekolah mana dan Hajar dah malukan dia depan orang ramai sebab dia kejar Hajar masa Hajar lari dari dia. Tapi dia lari lepas tu sebab dia cakap ada cikgu nampak, lebih kurang macam tu, Hajar tak ingat. Itu bukan soalan Hajar, tu cuma sebagai panduan macam mana Hajar kenal Jasper. Pengetua tak buat laporan polis ke kalau keluarga Jasper bagi rasuah dekat dia? Dia tahu rasuah tu haram kan?"

"Hajar, akak tak boleh nak jawab soalan tu sebab akak tak tahu. Semuanya rahsia sekolah dan akak sendiri nak tahu kenapa? Akak pun masih tak nampak perkara yang buruk sangat dia buat. Macam yang akak cakap, akak cuma nampak dia pernah ponteng beberapa kali sahaja. Lagipun Hajar, Hajar nampak prestasi dia dekat sekolah kan? Bukan senang sekolah nak lepaskan pelajar yang macam dia. Tengok Hana, berapa ramai cikgu tidak setuju dia keluar? Kadang-kadang kita hidup, kita tahu benda tu salah tapi kita tetap buat. Macam tinggal solat, salah dosa besar. Tapi berapa ramai yang buat. Merokok, haram. Berapa yang buat? Bercinta, pegang tangan, bercium lagilah dilarang. Semua orang tahu dan ramai yang masih buat. Kenapa? Sebab syaitan dah hias semuanya cantik. Sebab tu kita nampak ssemuanya cantik, indah penuh nikmat. Kita tahu salah tapi iman kita lemah. Macam tu juga rasuah. Duit Hajar. Macam-macam boleh buat. Macam-macam boleh beli. Siapa tak nak? Akak pun nak duit. Tapi akak tak nak tuduh sekolah kita ni terima rasuah. Tapi bayangkan, kalau Jasper merupakan murid impian semua sekolah, susah cikgu nak lepaskan, ditambah pula dengan duit yang nilaninya banyak, memang susah nak lepaskan Jasper macam tu je." Jawab Kak Kaira panjang lebar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 22, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now