BAB 2/ Part 3

112 9 0
                                    

Assalammualaikum semua!!

huhuhu..dah lama sangat ni tak update. Dah lama juga tak menulis.  ingatkan nak sambung masa cuti sekolah hari tu, biasalah cuti je semua sibuk..sibuk apa pun tak tahu, nak buka laptop pun macam malas je. haaaa, dah buka sekolah ni tak lama nanti sibuk pula dengan assignment dan maca-macam kerja lagi.

okaylah, macam biasa, siapa yang baca tu tolonglah vote and comment XD.

PLEASE!!!

________________________________________________________________________________

Hanya sehari sahaja tinggal sebelum aku memulakan tahun baharu. Kini aku berada di tingkatan empat dan Sijil Pelajaran Malaysia pula menysusur. Aku dan ibu berada di pasaraya besar untuk membeli barang-barang keperluan asrama. Kak Bad pula sudah seminggu tidak menghubungi aku malah tidak membenarkan aku ke rumahnya lagi. Itu sedikit sebanyak memberi harapan untuk aku memutuskan hubungan kami. Lebih cepat lebih bagus. Hubungan aku dan ibu juga semakin rapat dan kami akan melawat ayah sebulan sekali. Sebenarnya aku yang melawat ayah sebulan sekali. Ibu pula melawat ayah hampir setiap hari. Aku dan ibu menghabiskan masa seharian mencari barang keperluan untuk aku di asrama nanti dan esok kami akan bertolak ke Pahang dan menginap di sana selama sehari sebelum hari pendafataran dan aku agak berdebar untuk melalui hari baru di negeri orang.

Kami terserempak dengan kak Bad di restoran mamak bersama rakan-rakan sekuliahnya, aku yakin dia sedar bahawa aku berada di situ tetapi berpura-pura tidak menyedari aku. Aku berjalan ke ruang layan diri, aku menceduk nasi ke dalam pinggan aku, mengambil lauk yang aku inginkan dan seperti yang aku jangka kak Bad telah pun berada di sebelah aku. Rambutnya masih lagi pendek seperti sebelumnya. Aku juga agak terkejut kerana dia memilih untuk membuka tudung setelah tamat belajar di sekolah menengah. Mukanya tegang, dia menceduk nasi dan lauk, dia sengaja berjalan terlalu hampir dengan aku sehingga badannya bersentuhan dengan belakang aku dan pada ketika itu baru aku perasan ibu sedang memerhatikan aku dan aku dengan segera duduk semula di tempat aku. Kami pulang ke rumah pada jam hampir 10.00 malam. Aku juga berasa penat setelah seharian berjalan dengan barang yang terlalu banyak. Setibanya di rumah aku terus ke bilik dan terus masuk tidur.

Keesokan harinya, iaitu hari ini. Aku dan ibu sibuk memasukkan barang-barang aku ke dalam bonet kereta dan tempat duduk belakang. Aku tidak pernah ke asrama jadi aku tidak tahu bagaimana rasanya tidur beramai-ramai di dalam sebuah bilik yang besar dan panjang dengan katil dua tingkat. Ini bermakna aku berkongsi katil dengan orang yang tidak aku kenali. Ibu memberikan aku banyak pesanan kepada aku sepanjang perjalanan.

Hampir satu jam kami berada di atas jalan. Ibu juga telah senyap daripada ucapannya yang panjang. Pemandangan di luar begitu indah dengan pokok-pokok hijau tersusun indah di bukit-bukit berdekatan manakala gunung-ganang dan bukit-bukau dari kejauhan bewarna biru membuatkan aku sedikit tenang daripada rasa gelabah yang dirasai dari semalam. Sekiranya aku diberi pilihan di mana aku ingin mendirikan rumah, sudah tentu aku memilih tempat yang berdekatan dengan bukit yang dipenuhi tumbuhan hijau dan tasik sekiranya boleh. Kami juga turut berhenti di beberapa persinggahan R & R dan hampir 3 jam akhirnya kami tiba di Pahang. Kami pergi ke sekolah yang bakal aku mendaftarkan diri esok hari untuk melihat dan menyesuaikan diri di jalan baru yang jarang kami lalui. Kemudian kami ke hotel untuk berehat dan bersedia untuk esok pagi.

Aku merebahkan katil di atas katil king bilik hotel ini. Ibu telah memiilih luxury room untuk kami berdua berehat dengan keadaan yang sangat selesa. Tanpa aku sedari aku tertidur sehingga ibu mengejut aku untuk solat asar. Kebiasaannya aku memang jarang solat tetapi kali ini aku bangun dan aku perlu belajar solat kerana asrama aku akan solat berjemaah dan aku tidak mahu malukan diri sendiri kerana aku tidak tahu bagaimana cara bersolat. Semasa aku di dalam bilik mandi aku melayari internet bagaimana cara-cara bersolat. Aku mengambil masa yang agak lama untuk mengingati semula surah-surah dan cara-cara yang betul sebelum aku keluar dari bilik mandi. Setelah aku yakin aku sudah boleh melakukan solat aku keluar dari bilik mandi dan ibu sedang duduk di atas katil sambil bertelukung. Aku melihat ibu pelik manakala ibu tersenyum memandang aku. Dia bangun dan berjalan ke sejadah. Terdapat dua sejadah terbentang di situ, satu daripadanya dibentang ke hadapan sedikit daripada satu lagi yang berada di sebelah kanan.

Baru aku faham, ibu mengajak aku berjemaah bersama-sama ibu. Aku sedikit berasa lega, dengan segera aku memakai telekung aku dan berdiri di sebelah ibu. Seusai kami solat berjemaah dan berdoa aku menyalam ibu. Ibu tidak melepaskan tangan aku malah dia menghulurkan aku sebuah al-Quran. Aku agak terkejut dengan itu kerana aku telah begitu lama meninggalkan al-Quran dan sekiranya ibu ingin mendengar aku membacanya di hadapan ibu, aku risau sekiranya ibu kecewa dengan bacaan aku yang tidak lancar dan tersekat-sekat. Tetapi muka ibu terlalu lembut, dia meminta aku membuka surah al-mulk dan aku terpaksa merujuk indeks di belakang. Aku mengambil masa yang agak lama untuk mencari kerana nombor dan tulisan bertulisan jawi sehingga aku terpaksa melayari internet. Aku tahu ibu tidak akan tolong aku mencarinya kerana itulah cara dia mengajar aku. Dia ingin aku mencari sendiri agar aku cepat belajar.

Akhirnya aku berjaya membuka muka surat yang tepat. Ibu hanya tersenyum melihat aku berjaya mencari surah itu. Ibu sememangnya seorang yang penyabar. Dia memulakan bacaannya dan aku hanya mendengar sehingga habis. Kali kedua ibu menyuruh aku mengikut bacaannya dari satu ayat ke satu ayat dan kali ketiga ibu menyuruh aku membaca surah itu sendiri. Ibu terpaksa membetulkan hampir setiap huruf bacaan aku. Air mata ibu bergenang membuatkan aku berasa begitu bersalah. Aku tahu, aku terpaksa belajar dari awal iaitu iqra'. Aku memeluk ibu, aku meminta ampun kepada ibu sebelum ibu meninggalkan aku esok.

Kami keluar sebentar untuk membeli makanan malam. Kami juga singgah di sebuah kedai buku islamik untuk membeli iqra'. Pada malamnya selepas isya' kami memulakan pelajaran sehingga 11.00 malam. Aku berasa begitu letih sekali tetapi kasihan aku pada ibu lebih tinggi membuat aku tidak merungut sedikit sekali pun untuk berhenti memulihkan pelajaran aku semula. Ibu melepaskan aku dan menyuruh aku masuk tidur dan berehat. Sebelum tidur aku memeriksa telefon aku. Begitu banyak panggilan yang tidak dijawab dan mesej-mesej dari kak Bad. Aku ingatkan dia tidak mahu lagi menghubungi aku. Aku memeriksa kesemua mesej dan pesanan suara dari kak Bad.

Aku tidak tahu bagaimana untuk membalas kesemua pesanan itu, kerana kesemua pesanan itu meminta aku untuk kembali kepadanya. Aku memilih untuk tidak membalas kesemua pesanan itu dan terus masuk tidur setelah berjam-jam aku mengaji bersama ibu. Ibu seorang yang lembut tetapi tegas dalam pada masa yang sama.

Ibu mengejut aku, aku melihat jam baru pukul 3.30 pagi. Aku melihat ibu sudah lengkap bertelukung, mukanya bersinar dan tersenyum. Aku bangun.

"Jom, kita solat tahajud."

Aku terkesema melihat ibu, biasanya aku akan merungut mengantuk, tidak larat, penat dan sebagainya, yang peliknya aku tidak merasakan apa-apa malah terasa begitu segar sekali sedangkan kami berdua telah berjalan jauh dan berjam-jam menghabiskan masa dengan mengaji. Aku berasa takjub dan segera mengambil wudhu'. Sebelum kami memulakan solat kami ibu mengajar aku bagaimana untuk solat tahajud. Aku berasa begitu tenang sekali malam itu. Seusai solat aku menyambung pelajaran aku malam semalam dan pagi ini aku begitu bersemangat dan lebih mudah untuk belajar.

Ibu membimbing dan aku belajar. Aku belajar sehingga tibanya waktu subuh. Aku tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali dan sedikit sebanyak aku sudah boleh membaca dengan lebih lancar daripada semalam. Ibu juga memberikan aku buku panduan untuk aku di asrama nanti. Kami solat subuh bersama, bersiap, bersarapan dan bergerak ke sekolah. Aku terasa sebak kerana ibu akan meninggalkan aku di sini dan gelabah kerana aku akan mengharungi hidup aku di sini sendirian. Di sekolah ini, hari pendaftaran agak lama kerana ada sesi pengenalan di dewan, membeli barang-barang di koperasi dan mendaftarkan diri di asrama. Aku meletakkan barang-barang di katil yang telah aku pilih. Ibu menolong aku memasang cadar dan membawa keluar barang-barang aku.

Jam menunjukkan 11.45 pagi. Sekali lagi memberikan pesanan dan nasihat yang banyak sebelum dia meninggalkan aku. Aku ingin sahaja menjerit agar ibu menemani aku sepanjang hari aku di sini atau sehingga aku sudah selesa dengan tempat ini. Tetapi aku tahu sekiranya aku melambatkan kepulangannya dia akan tiba di rumah malam sedangkan ibu sudah cukup penat memandu semalam dan sudah tentu dia ingin segera pulang ke rumah untuk berehat. Begitu juga aku, aku ingin segera pulang ke rumah dan tidur di atas katil queen empuk aku. Aku menyalam ibu dan memeluk ibu sebelum ibu pergi. Aku sedikit risau kerana ibu memandu seorang diri dan nasib baik hari masih pagi jadi dia tidak perlu meredah malam yang gelap untuk tiba di rumah.

________________________________________________________________________________

Ada masa aku sambung lagi. 

Vote and Comment Please!!

XP

-Endaforit-

#ReadersAreMyInspiration

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now