BAB 1 / Part 5

171 12 1
                                    

Assalammualaiku. ini part terakhir..

Part terakhir untuk Bab 1.

Vote and comment please.

________________________________________________________________________________

Aku berada di sebuah lorong sunyi, aku terus terduduk dan menangis sepuas hati. Kenapa aku sanggup buat begini pada diri sendiri? Pada ibu yang sentiasa berlembut? Aku tahu hubungan sesama jenis amat dibenci oleh Allah. Aku mengaku Allah itu ada dan aku solat semasa aku tinggal bersama-sama ibu di rumah sewa kami dahulu. Namun setelah aku bertemu kak Bad semula semuanya berubah. Dia meluahkan perasaannya kepada aku dan aku terus menerimanya tanpa berfikir panjang. Aku memang menyukainya tetapi mungkin bukan cinta, cuma sayang aku kepadanya yang terlalu tinggi kerana dia telah banyak menggembirakan aku.

Mungkin juga atas faktor lain kerana ketika aku bersekolah di tempat ibu bekerja ketika aku berumur 10 sehingga 11 tahun aku telah dibuli dengan rakan-rakan sekelas. Ketika hari pertama aku di sana semuanya berjalan lancar dan aku juga mendapat beberapa kawan baru. Mungkin pelajar kelas itu merasa pelik dan tidak senang dengan sikap aku. Aku juga mempunyai seorang rakan yang paling rapat dengan aku dan kami sentiasa bersama-sama di sekolah. Ketika rehat, dalam kelas, makmal komputer ataupun masa di padang kami akan sentiasa berjalan beriringan. Aku tidak tahu mengapa aku diejek lesbian ketika itu dan kawan aku itu hanya mendiamkan diri. Aku juga tidak kenal apa itu lesbian dan aku hanya tidak mengendahkan mereka kerana aku hanya menganggap itu bukanlah apa-apa. Selama dua tahun aku dibuli. Rakan-rakan aku yang lain semuanya meninggalkan aku kecuali rakan aku seorang ini. Mungkin dia sedar bahawa aku tidak kenal apa itu lesbian dan dia simpan maknanya jauh daripada aku agar aku tidak terasa kerana aku sudah cukup diseksa.

Dia mungkin tidak mampu membuat apa-apa ketika aku dikerumuni untuk diejek dan dibuli. Namun aku tetap menghargainya kerana dialah satu-satunya rakan yang masih mahu duduk berdekatan dengan aku, yang masih mahu bercakap dengan aku. Aku tidak tahu dimana yang membuatkan aku kelihatan seperti itu. Aku tidak boleh terima jika aku digelar sebegitu rupa kerana aku terlalu rapat dengan seseorang. Alangkah aku bernasib baik kerana aku masih terlalu mentah dan tidak tahu banyak perkara. Aku hanya menangis apabila pelajar lelaki mula mengerumi aku dan ada suatu ketika aku meninggikan suara aku kepada mereka di suatu pagi. Seperti biasa aku tiba di sekolah dan terus ke tempat duduk aku. Apa yang mengejutkan aku ialah meja aku dipenuhi sesuatu cecair berlendir yang lutsinar. Aku merasa cecair itu dengan jari aku. cecair itu ialah gam yang dilumur sepenuh-penuhnya di atas meja aku. Aku menangis. Bagaimana aku mahu mencuci meja ini. Aku tidak mempunyai sebarang kain untuk mengelap meja aku. Mereka semua mentertawakan aku. Darah mengalir laju ke otak aku. Waktu pendidikan jasmani juga telah masuk waktu dan semua orang meninggalkan aku di dalam kelas berseorangan. Pada ketika itu rakan yang paling rapat dengan aku datang dengan sebaldi air dan kain lap. Aku bingkas bangun dan mengelap air mata di muka aku. Dia meletakkan baldi itu disebelah meja aku dan mula membersihkan meja aku. Aku juga turut mengambil satu lagi kain dan turut membersihkan meja aku.

"Hajar. Hajar tak boleh senyap macam ni. Maaflah aku selalu tiada masa kau dibuli. Aku tahu aku pengecut. Tapi kau terlalu lemah sampai semua orang pandang rendah dekat Hajar."

Aku terdiam. Ada benar katanya, aku tidak pernah mempertahan diri sendiri. Aku menunggu rakan kelas aku yang lain pulang dari padang. Loceng berbunyi dan tidak lama seketika mereka kembali. Aku terus berdiri dan meninggikan suara aku.

"Hajar tahu Hajar lembik, bodoh, pengecut. Tapi apa salah Hajar sampai korang nak letak gam atas meja Hajar?!" Tangan aku meggenggam erat bingkai meja. Mata aku kembali panas untuk tangisan kedua.

"Diamlah! Kau tu yang tidak sedar diri. Pergi balik neraka lah wei! LESBIAN!"

Aku tersentak. Aku tidak tahu apa makna semua itu. Aku memandang rakan rapat aku. Dia hanya menundukkana kepalanya. Aku juga hairan mengapa dia tidak pernah diperlakukan apa-apa atau disebabkan keputusan dia dalam akademik adalah antara yang terbaik di sekolah membuatkan seua orang hormat dirinya. Terlalu banyak yang kelas ini telah lakukan kepada aku. Mereka juga pernah mengurung aku di dalam tandas sepanjang waktu Bahasa Inggeris sehingga cikgu tersebut mula membenci aku kerana dia menganggap aku ponteng kelasnya.

Keputusan aku juga teruk merosot sehingga aku sentiasa berada di kedudukan yang terakhir dalam kelas. Ayah mula tidak suka akan sikap aku yang mula memberikan pelbagai alasan kepada ibu untuk tidak kesekolah, keputusan teruk. Ayah menganggap pemberian telefon bimbit yang kak Bad berikan punca kepada semua masalah ini. Setiap kali aku dan ibu pulang ke rumah ayah pasti merotan aku kerana surat amaran yang diterima dari sekolah. Aku bertahan selama dua tahun sebelum ibu berhenti kerja. Aku tidak tahu mengapa ibu berhenti kerja dan aku amat lega kerana aku dapat berpindah semula ke rumah lama kami. Akhirnya aku dapat bertemu kak Bad semula. Aku rindu cara kak Bad menenangkan aku ketika aku takut, aku ingin kerumahnya seperti dahulu.

Aku tahu setelah aku menjejakkan kaki aku di rumah rotan yang panjang sedia menanti. Tapi sudah tidak memikirkan semuanya lagi. Aku terlalu gembira untuk pergi dari sekolah kampung yang menyeksakan. Pada keesokan harinya seperti biasa aku akan lari ke rumah kak Bad dalam keadaan badan aku luka-luka. Muka aku penuh dengan darah kerana ayah telah mencampakkan mangkuk kaca ke kepala aku. Pada ketika itulah kak Bad meluahkan perasaannya kepada aku dan aku terus menerimanya kerana aku menganggap dengan adanya kak Bad sentiasa di sisi aku akan dapat perlindungan yang terbaik untuk lari dari ayah.

Aku kembali ke dunia realiti. Matahari kini semakin tegak di atas kepala. Aku masih lagi menangis di lorong yang sunyi dan aku terasa badan aku terlalu lemah. Keadaan sekeliling semakin kabur dan semuanya gelap.

________________________________________________________________________________

Lesbian? maknanya sebelum dia ada hubungan dengan Kak Bad pun dah digelar lesbian. mungkin ini salah satu faktor kenapa Hajar jadi macam tu? hurmmmmm

apa pun, komen dan vote please.

#ReadersAreMyInspiration

WaniR

ENDAFORIT

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now